Baiki Gadget Face 2 Face Di Chamo Bangi

Share

Nak baiki gadget memang tak dinafikan mahal. Nak-nak lagi kalau nak repair iPhone. Tukar screen je kat Apple Service Centre dah berapa ratus terbang. Adeh. Nak beli baru? Memang tak la selagi tak keluar iPhone 8 haha.

Tau tak sejak beberapa bulan lepas uncle ada masaalah phone uncle tak functon bila uncle touch? Kena tutup balik phone, on balik baru dia function. Kejap pastu dia buat hal tak function balik. Dah satu hal nak off balik iPhone dan nak on balik. Memang kacau la kalau uncle ada kerja penting perlu selesaikan waktu tu.

Mujur kawan uncle rekomen kedai repair handphone murah kat Bangi, Chamo Bangi.



Repair iPhone Dengan Harga Berpatutan di Chamo Bangi

Nak ke Bangi dari rumah uncle tak jauh mana pun, ikut highway dalam 30 minit je. Jadi kalau anda nak repair phone dan ada area Kajang, Nilai ataupun Semenyih, kira dekat sangat nak ke Chamo Bangi ni.

Jadi ada problem phone je, uncle boleh hantar phone uncle terus ke Chamo Bangi, dan diorang akan repair gadget uncle tu face to face. Makna kata, kita nampak la apa diorang repair semua, jadi tak ada la kena cong diorang caj mahal-mahal dengan repair benda yang tak sepatutnya.

Jadi tak la datang dengan duit berkepuk, balik lepas minum air teh o je kan.

Repair-iPhone-Kajang-murah

Dan kalau anda memang terkejar masa, tak perlu risau juga, sebab mereka boleh siapkan servis face to face tak sampai 30 minit!

Waranty 6 Bulan

Dengan setiap servis tukar alat ganti gadget anda, anda akan dapat waranty selama 6 bulan! Mana nak dapat kan? Biasanya sebulan je warranty.

Repair-iPhone-Nilai

Fizo Omar pun pernah repair dengan Chamo Bangi.

Kalau Chamo Bangi ni boleh bagi waranty 6 bulan, ini bermakna, kualiti barang ganti tu adalah yang terbaik dan bukan yang cikai-cikai punya barang ganti yang baru 2-3 minggu repair dah kena repair balik.

Repair Gadget Lain Pun Boleh

Selain dari kepakaran repair smartphone seperti iPhone, smartphone jenama lain pun boleh temasuk yang windows atau android based phone.

Kalau smartphone anda screen retak, lcd problem, phone masuk air, bateri phone rosak, dan macam-macam lagi la, boleh bawa dulu ke Chamo Bangi untuk tanya mengenai servis yang mereka tawarkan. Tanya je dulu apa problem pun boleh, tak ada masaalah.

Uncle juga diberitahu staff Chamo Bangi ni, diorang boleh gak repair  tablet yang rosak dan boleh repai juga Mac & PC.

Boleh kata one stop centre la tuk repair gadget!

Chamo-Bangi-iPhone-Repair-Bangi

Untuk dapatkan servis perkhidmatan baiki gadget face to face dengan Chamo Bangi boleh terus ke alamat;

No. 50, Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor, Malaysia
Landmark : Sebaris Dengan Sup Urat Keting (Blok No.3)

Waktu operasi :- 10am – 9pm

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.chamobangi.com.my, atau terus hubungi di talian +60 18-988 6531, atau boleh terus email untuk sebarang pertanyaan, sales@chamobangi.com.my.




6,333 total views, 5 views today

Share
Comments
  1. haziq
  2. Nurnabila Huda Khairudin
  3. Rawlins GLAM
  4. miera nadhirah
  5. Rika
  6. Rane Chin
  7. Sherry
  8. Wan Zawawi
  9. siti hazreen
  10. zik
    • Uncle Zuan
  11. Wan Syahida
  12. emalin mohd
  13. Joe
  14. Ina Ainaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge