B-Hotel Penang, Hotel Bajet Yang Mudah Di Akses

Hujung tahun adalah waktu sesuai untuk clearkan cuti-cuti yang ada. Waktu ni la macam-macam festival akan berlansung. Ia adalah waktu paling ideal untuk bercuti bersama keluarga.

Tapi pada yang bujang macam uncle? Perlu ke nak sibuk-sibuk bercuti waktu tu? Perlu la! Setiap bulan adalah waktu bercuti yang ideal pada uncle *sementara masih bujang ni la* hehehe.

Sebelum uncle kongsikan mengenai percutian uncle selama 2 hari di Tanjung Bidara yang harini di panggil sebagai Pulau Pinang, mari uncle kongsi dulu tempat uncle menginap sepanjang percutian pendek uncle di sana.



B-Hotel Penang

hotel bajet sungai nibong

Uncle menginap di B-Hotel Penang sepanjang 2 hari uncle bercuti di sana. Kalau korang ke Pulau Pinang menaiki bus dan tercari-cari hotel budget, B-Hotel adalah hotel paling ideal untuk korang menginap sebab ia hanya 3 minit berjalan kaki dari Terminal Bus Sungai Nibong.

Kalau korang menaiki kereta pula dari Jambatan Pulau Pinang, hanya 5 minit perjalanan ke sini. Hotel ini juga hanya 10 minit perjalanan kereta dari Penang International Airport,  dan 15 minit perjalanan menaiki kereta dari jeti feri.

b-hotel penang bajet hotel (8)

B-Hotel Penang adalah hotel budget atau murah yang mudah di akses sebab ia berdekatan dengan Terminal Bus Sungai Nibong, Pulau Pinang. Banyak juga kedai makan dan kemudahan asas ada di sekeliling kawasan B-Hotel Penang.

single room bajet hotel penang

Memandangkan uncle travel solo, jadi uncle ambil single room je. Tak mahal pun, cuma RM45 untuk satu malam. Siap ada TV lagi, tapi uncle tak pernah bukak sebab takut leka melayan rancangan di TV.

b-hotel penang bajet hotel (4)

Uncle bagi kredit kepada pengurusan hotel ni sebab ada letak sekali penunjuk arah kiblat. Mudah untuk orang Islam bersembahyang. Tak perlu turun ke lobi dan tanya kepada reception.

b-hotel penang bajet hotel (2)

Di dalam bilik single ataupun double tidak disediakan tandas. Sedikit kelecehan untuk mandi atau ke tandas sebab tandas hanya 1 di sediakan di tingkat bawah. Semua penginap hotel perlu berkongsi satu tandas dan tempat mandi.

b-hotel penang bajet hotel (1)

Nak booking hotel ni sangat mudah. Haritu uncle booking by phone call je. Diorang hanya ambil nama dan nombor telefon uncle tanpa minta deposit. Bilik akan di reserve untuk korang ikut bilik apa korang book tu. Tapi pastikan korang book la bilik sebelum datang sebab B-Hotel hanya ada 70 bilik.

rate harga b-hotel bajet penang

Kadar harga di B-Hotel bermula dari Rm45 hingga ke RM180 bergantung kepada jenis bilik.

Alamat B-Hotel Penang:

2a Jalan Pantai Jerejal 11 , Sungai Nibong, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia

Nombor Telefon : 04-6570000 / 012-8849800

e-Mail: penanghotel@yahoo.com / bhotelpenang@gmail.com

724 total views, 3 views today

Comments
  1. Amirul
  2. Sheila Adziz
  3. Jie Susanos
  4. Nurul Shahira
  5. titan
  6. Raihanah Ahmad
  7. zik
  8. syamsid dhuha
  9. Ikhwan
  10. Sync
  11. bukharimalek
  12. MDHAFiZ.NET
  13. Akak Kembang
  14. suri
  15. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge