Asianic Kini Hadir Dengan Lulur Scrub Pada Harga Mampu Milik

Share

Jenama Asianic bukanlah jenama yang baru dipasaran tempatan, malah telah banyak mengeluarkan produk dalam rangkaian penjagaan kulit. Baru-baru ini, uncle dan isteri telah dijemput ke majlis pelancaran Lulur Scrub Asianic di Baiwago Plus Cafe. Majlis dihadiri para blogger terkenal tempatan yang pakar dalam pelbagai niche terutamanya beauty, lifestyle dan travel.

lulur scrub asianic blogger

Event pelancaran produk terbaru Asianic ini mengumpulkan para aktivitis blogger tempatan yang pakar dalam pelbagai niche tersendiri.

Pada majlis pelancaran tersebut, kami diperkenalkan dengan rangkaian Lulur Scrub terbaru daripada Asianic. Terapat 4 variasi lulur srub iaitu Seri 7 Bunga, Betik, Susu Beras dan Delima. Setiap satu diformulasikan dai bahan smulajadi yang mampu memberi kesan maksimum kepada pengguna.

Kebetulan isteri uncle adalah pemilik spa Anjung Jelita di Kajang, memang kena la sangat kami hadir pada majlis pelancaran lulur scrub ini. Lepas ni, bukan sahaja boleh manjakan diri di Spa,  boleh juga manjakan diri ala-ala spa di rumah.

Lulur Scrub Didatangkan dengan 4 Variasi

Set keluaran Asianic ini diformulasi daripada bahan semulajadi yang dipercayai mampu memberikan kesan maksimum kepada pengguna. Setiap satu vasiasi ada kelebihan tersendiri dan aroma tersendiri.

lulur scrub asianic

Lulur Scurb Asianic diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi yang mampu memberikan kesan maksimum kepada pengguna.

Seri 7 Bunga mampu memberi seri kepada bakal pengantin, anak dara dan mampu mengelak dari dari perkara yang kurang baik. Manakala batik pula mampu memberi kelembapan kulit. Selain itu Susu Beras mampu melembut dan merawat kulit agar sentiasa sihat dan cerah. Dan untuk Delima pula, dapat mengembalikan sel, melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit disamping membantu pembentukkan semula tisu-tisu badan.

Mana satu pilihan hati? Kalau tanya uncle, mesti la nak semua supaya sentiasa nampak tampil muda dan sehat.

Cara penggunaan sangat mudah, lulur sahaja pada bahagian badan, kemudian biarkan seketika supaya ia meresap ke dalam kulit dan selepas itu bilas dengan air. Lulur Scrub Asianic sesuai pada semua jenis kulit, jadi tak perlu risau jika anda ada kulit sensetif.

Boleh Didapati Dengan Harga Mampu Milik

Setiap lilir scrub Asianic boleh didapati pada harga mampu milik iaitu serendah RM16.90 secara online di wonderlandprimary.com ataupun di pasaraya terpilih seperti Guardian, Giant, Aeon Wellness, dan KK Mart. Selain itu, boleh dapati juga di AladdinStreet.com, Lazada, 11Street, Coopmall.my dan Cmasa.my.

Anda tak lagi perlu mengeluarkan kos yang mahal untuk beli bahan untuk scrub, malah boleh bawa lulur scrub daripada Asianic ke spa anda selalu pergi. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Asianic, serta Facebook Asianic dan Instagram @asianic.hq.

633 total views, 15 views today

Share
Comments
  1. Ira
  2. mamapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge