Art in The City – Hasil Seni Dibawa Keluar Muzium

Share

Jika anda jenis suka tengok hasil seni, tapi tiada masa atau tidak tau dimana untuk mencarinya, anda hari ini hanya perlu ‘menyesatkan’ diri anda di Kuala Lumpur, kerana sebanyak 14 hasil seni daripada 13 orang anak seni tempatan.

Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kolaborasi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, bersama CENDANA (Cultural Economy Development Agency) telah melancarkan Art in the City.

Apa Art in the City ni? Ia adalah satu paparan karya seni visual dalam menyemarakkan kesedaran rakyat terhadap lanskap seni dan budaya Malaysia. Usaha ini bagi mempromosi komuniti seni tempatan dan menjadiakan seni itu lebih mudah diakses umum. Tiada lagi alasan untuk tak melihat hasil seni kan?

Art in the City ni bukanlah satu malam punya kerja, ia bermula dari 1,000 hasil seni pertama yang dikemukakan untuk dipamirkan back in Januari 2018. Hasil daripada pemilihan dari pakar yang terdiri dari para akademik danahli seni dan kebudayaan, 30 hasil seni yang unik dan terbaik telah masuk dalam senarai pendek. Kemudiannya, proses pengundian akhir bagi memilih top 10 hasil seni yang akan dipamirkan kepada umum.

Selai itu juga, 4 hasil seni pengamal seni lagenda, iaitu Dato’ Mohd Hoessein Enas, Datuk Ibrahim Hussein, dan kok Yew Puah turut dipamerkan.

Di Mana Nak Cari Art in the City ini?

Art in the City ada dipamerkan di lokasi strategik di seluruh Kuala Lumpur yang mempunyai akses public transport seperti Monorail, MRT, LRT, KTM, Bus Hop On Hop Off, dan GOKL City Bus. Ia akan dipamerkan di dalam Museum, Art Gallery, Mural Point dan Digital Billboard.

peta art in the city kuala lumpur

peta lokasi Art in the City Kuala Lumpur yang anda boleh aksess.

Anda boleh snap gambar untuk IG photo anda dan lengkapkan koleksi Art in the City anda di lokasi-lokasi berikut.

  1. Bursa Malasia Berhad –  Brinda KumarCulture Syok! 
  2. Wisma Maran – Dato’ Mohd Hoessein EnasDulang Washer
  3. Permodalan Nasional Berhad – Dato’ Mohd Hoessein EnasSchool ChildenSyamsul AddennoSilent Unity, Kok Yew PuahCamera View of a Group of School Childen Laughing.
  4. Balai Seni Negara (National Art Gallery) – Datuk Ibrahim HusseinGenting
  5. Malayan Mansion (Mural Point) – Tomi HeriMural at Jalan Masjid India
  6. Jalan Haji Taib  (Mural Point) – Art:TechMural at Jalan Haji Taib
  7. Bukit Bintang – Lot 10 – Yaul AcapMural 
  8. KL Citywalk – Suzie ChuaGentle Giant 
  9. Valete Gallery (Art Gallery)
  10. Institut Jantung Negara (Billboard)
  11. Bank Negara Malaysia Art Gallery
  12. Bank Negara Malaysia Museum
  13. Islamic Arts Museum Malaysia
  14. Royal Malaysian Police Museum
  15. National Museum
  16. Orang Asli Craft Museum
  17. Akasia Art Gallery
  18. Telekom Museum
  19. KL City Museum
  20. Merdeka Square (Billboard)
  21. Menara Manickavasagam (Billboard)
  22. Artcube
  23. Art WeMe Conteporary Gallery

Sangat banyak kan lokasi untuk anda melihat hasil-hasil seni? Jika ada kelapangan tu, daripada menghabiskan masa ke shopping mall dan tengok movie, lebih baik terjah lokasi-lokasi Art in the City. Siapa tau, satu seni, boleh bagi satu inspirasi untuk mengubah hidup anda kepada yang lebih baik.

429 total views, 15 views today

Share
Comments
  1. Wan syahida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge