Apa Yang Uncle Buat Di Ipoh Pada Hujung Minggu

Share

Agak lama juga uncle tak update blog Uncle Zuan ini. Maaf la kalau membuatkan anda tertunggu-tunggu kisah uncle untuk kali ini. Oh ya, pada yang masih belum follow uncle di Instagram, boleh follow uncle di @unclezuan11, banyak juga uncle update tempat menarik yang uncle dah terjah di sana. Jadi jangan lupa follow dan like sebanyak gambar yang anda boleh ya 😉

Uncle sekarang tengah study teknik buat video travelog di YouTube. Mungkin lepasni uncle akan lebih banyak buat video pula. Jadi stay tuned ya. Apa-apa uncle akan update di sini.

Baik, ada yang tanya uncle, “Pernah ke Ipoh?”, “Macam tak ada apa-apa je kat Ipoh…”, “Apa yang ada kat Ipoh selain dari batu batu bukit yang kita nampak di tepi highway PLUS?”

Alrite. Menaik soalan tu. Jadi uncle pun pada beberapa minggu lepas, secara tak sengaja ke Ipoh, Perak. Tak plan pun nak kesana. Jadi maaf la ya sahabat-sahabat uncle yang tinggal di Ipoh, tak sempat uncle nak roger uncle ke sana. Next time ya?




Perjalanan dari Senawang, Negeri Sembilan ke Ipoh mengambil masa dalam 2 jam lebih bergantung pada trafik kat highway pada waktu itu la. Uncle pun tak la bertolak ke Ipoh dari pagi, dah lepas Zohor baru nak gerak dari Senawang. Jadi petang baru sampai. Alhamdulillah, perjalanan smooth je haritu. Memang dipermudahkan perjalanan uncle ke Ipoh pada waktu itu.

Sampai je dah agak petang. Langit pun dah gelap pada waktu tu. Jadi uncle dan travel buddy uncle terjah dahulu ke Ipoh Railway Station (Stesen Keretapi Ipoh) yang terletak di Pekan Lama yang mana telah beroperasi sejak tahun 1917! Station keretapi ini juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan. Mungkin sebab reka bentuknya dan warnanya ada iras-iras Taj Mahal yang terletak di India.

Ipoh Railway Station (Stesen Keretapi Ipoh)

Oh ya, pernah tengok filem tahun 1999, Anaa and the King? Salah satu lokasi pengambaran filem ini adalah di Ipoh Railway Station!

Lepas puas berselfie di sekitar kawasan station keretapi, uncle tinggalkan kereta dan terus berjalan kaki ke salah satu tarikkan pelancong, Birch Memorial Clock Tower (Menara Jam Peringatan Birch). Menara ini dibina pada tahun 1909, sebagai memperingati arwah James WW Birch yang merupakan Residen British yang Pertama di Perak.

Birch Memorial Clock Tower (Menara Jam Peringatan Birch)

Waktu kat sini, sempat lagi la uncle dan kawan uncle ‘photoboom!’ shooting weeding orang hahaha.

Lepastu kami terus menjejaki mural (juga dikenali sebagai Art of Old Town) yang ada di sekitar bandar Ipoh. Tak jauh pun lokasi setiap mural yang ada. Jalan kaki je. Lagi syok kot! hehe

Tanpa sedar, cuaca semakin gelap. Uncle pun terus bergegas ke Masjid Negeri yang juga dikenali sebagai Masjid Sultan Idris Shah II. Masjid ni terletak betul-betul di hadapan Menara Jam Peringatan Birch.

Oh ya, terlupa nak cerita, bila travel ni kena juga selitkan kat mana menginap. Kami menginap di One Stop Budget Hotel yang terletak hanya beberapa meter dari Masjid Negeri. Rate satu malam untuk dua orang cuma RM75! Dapat 2 katil bujang. Tapi kalau nak lagi jimat, ambil queen size punya bilik, baru RM65!

One Stop Budget Hotel IPOH

Not bad la hotel bajet ni, standard macam hotel bajet yang lain. Tapi pada uncle dia unik sebab dekat dengan masjid dan dekat beberapa attraction yang ada di kawasan sekitar. Jadi kalau jenis tak kesah tidur hotel bajet, boleh la try One Stop Budget Hotel.

Tak ambil masa lama di dalam bilik sebab perut pun sudah lapar, kami terus ke Plan B pada sebelam malamnya untuk makan malam. Pada yang tak tau, Plan B ini adalah salah satu restoran yang popular di Ipoh yang juga tersenarai dalam laman web TripAdvisor. Nak chillax, nak rasa hipster sambil makan makanan local dan international, boleh la layan kat sini.

Disebabkan masing-masing dah lama tak manjakan diri dengan mandi air panas. Kami terus terjah ke Lost World Tambun! Nasib baik la tak tutup lagi. Dan untuk pengetahuan anda, Lost World Tambun punya hotspring dibuka sehingga jam 11 malam. Dapat manjakan diri dalam sejam 2 jadi la kan? Hehe

Lost World Tambun

Siapa cakap air panas hanya rendam rendam je? Air panas pun ada dalam bentuk air tenjun okay

Pagi ahad kami bangun sangat la awal. Ini adalah disebabkan uncle dan travel buddies uncle dah plan untuk balik awal ke Senawang, sebab takut jem. Dan supaya ada masa untuk rehat sebelum kembali ke dunia pekerjaan pada esok harinya.

Pagi-pagi lagi kami dah morning walk sambil cover mural yang tak sempat kami cover pada hari semalam. Morning walk di bandar Ipoh agak santai sebab jalan tak busy dengan kereta dan dapat melihat senibina rumah kedai yang lama-lama.

Sambil sambil tu mencari juga la tempat sarapan pagi popular di Ipoh. Malangnya, banyak kedai yang tutup pada hari ahad. Sobss.

OLDTOWN White Coffee Padang Old Man Coffee

Nasib la terjumpa outlet OldTown White Cofee Padang yang terkenal dengan mural ‘Old Uncle With Coffee Cup’. Jadi pekena Nasi Lemak dan Black Coffee sebelum teruskan perjalanan ke Pasar Karat Ipoh yang terletak di Memory Lane Market.

Pasar Karat IPOH

Kat sini, macam-macam barang antik yang rare yang anda boleh dapat. Jadi sebelum ke sini, uncle advise senaraikan dulu apa rare item anda nak cari tu, takut-takut nanti tak muat bonet kereta hehe.

Untuk pengetahuan Pasar Karat ini hanya dibuka pada hari ahad seawal jam 6.30 pagi sehingga jam 1 petang sahaja. Jadi set timing jadual anda awal-awal sebelum ke sini.

Tanpa berelengah lagi kami terus ke salah satu hidden gem yang ada di Ipoh yang agak leceh untuk di locate lokasi sebenarya tanpa bertanyakan kepada penduduk tempatan. Pakai waze ataupun google map pun belum tentu bawa anda ke sini dengan tepat. Nak tak nak kena tanya local.

Maaf uncle tak teringat nak rekod video perjalanan ke Tasik Cermin sebagai panduan anda. Tapi untuk rujukkan sahaja, uncle attach gambar pun boleh la ek? hehe.

macam mana nak ke tasik cermin ipoh

Untuk memudahkan anda, gunakan waze cari ‘Tasik Cermin’ kemudian dia akan bawa hingga ke gambar yang pertama belah kiri. Kemudian anda kena masuk ke dalam kawasan tesebut, ikut je gambar atas kanan. Jalan lurus je, tak perlu belok belok, ada la 200 meter kot. Kemudian di belah kanan akan nampak terowong seperi gambar bawah kanan. Pastikan ada lampu suluh, dan masuk terowong tu. Tak panjang pun terowong tu, jalan tak sampai 1 minit pun. Hehe Selamat mencari Tasik Cermin.

Sungguh tenang bila kat sini. Bunyi bising jentera berat di kawasan luar terus hilang apabila anda sampai ke sini. Masaalah kerja, masaalah yang ada akan hilang apabila kita leka bersyukur dapat melihat keindahan alam yang ada di sini.

Tasik Cermin

Uncle suggest ambil la seberapa banyak masa yang boleh semasa berada di sini. Tak perlu la online sebab tak dapat pun line internet kat sini. Hehe.

Lepastu kami terus bergerak ke Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah. Tak jauh pun dari Tasik Cermin. Ada la dalam 20 minit drive.

Kellie Castle

Entrance masuk Kellie’s Castle cuma RM10. Bangunan istana kota ini dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan ini ada 14 buah bilik dan dilengkapi dengan lif pertama di bina di Tanah Melayu!

Memang teruja meneroka istana ini. Dan selain dari Stesen Keretapi Ipoh, Kellie’s Castle juga pernah menjadi lokasi pengambaran filem Anna and the King! Boleh tahan gak kan Ipoh di mata dunia ni.. Hehe

Sejujurnya, travel pada waktu hujung minggu memang memenatkan sebab rushing ke banyak lokasi. Tapi bila kita dah selalu sangat travel, penat tu hanya satu alasan untuk kita berhenti dan bermalasan. Jadi untuk elakkan penat tu, hilangkan sikap bermalasan. Pasti penat tu tak terasa.

Harap perkongsian uncle ni memberi sedikit sebanyak idea kepada mereka yang masih blur tentang apa yang boleh dibuat di Ipoh. Nasihat uncle simple je kalau tak reti jalan, gunakan Google Map! Ataupun tanya je local apa best kat tempat yang anda pergi tu. Segan silu akan menyebabkan anda makin tersesat.

Apa lagi, jom travel 😉

1,659 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. sabree hussin
  2. siti hazreen
  3. TrendslinkStore
  4. nila anggraini
  5. hafizi
    • Uncle Zuan
  6. mommyfiqa
  7. Noriza Rahman
  8. Afif Rayyan
  9. Hairul Hissam
  10. Mummy Julia
  11. reezluv
  12. Khir Khalid
  13. ruggedmom
  14. Muhammad Khairuddin Lim
  15. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge