Apa Yang Menarik di Bandar Seri Begawan?
Yes! Berjaya sudah misi ‘Ramadhan di Bandar Seri Begawan‘ uncle. Tak lama pun berada di Bandar Seri Begawan, cuma 24 jam di sana.
“Haaa? 24 jam sahaja di Brunie?”
Yups, uncle hanya berjaya berada di sana selama 24 jam sahaja (2 hari, 1 malam secara teknikalnya). Ini adalah sebab uncle punya cuti tahunan sudah tinggal sedikit, jadi uncle hanya boleh ke sana pada hujung minggu sahaja.
Syukur dipermudahkan untuk trip kalini, kenalan uncle di Instagram yang tinggal di Bandar Seri Begawan telah menjadi ‘tour guide’ rasmi uncle selama uncle berada di sana. Ada beberapa tempat yang menarik di Bandar Seri Begawan yang sempat uncle terjah sepanjang misi ‘Ramadhan di Bandar Seri Begawan‘ ini.
Sampai sahaja di Airport Brunie, kenalan uncle, Jimi datang jemput uncle dan bawa uncle ke Bazar Ramadhan Stadium Brunie. Menurut Jimi Bazar Ramadhan yang terletak di Stadium Brunie ini adalah bazar yang terbesar di Brunie. Jadi macam-macam juadah berbuka boleh didapati di sini. Trafik di Brunei sangat lancar pada hari tersebut. Menurut Jimi lagi di Brunie tak banyak kereta tetapi ada banyak highway, dan semua highway tidak dikenakan tol. Tersenyum lebar uncle mendengarnya…
Puas pusing mencari juadah di Bazar Stadium, kemudian kami terus ke Bazar Ramadhan Pasar Gadong pula. Tak kurang hebat pilihan juadah berbuka yang ada di sini. Selesai membeli apa yang nak di makan untuk berbuka, kami terus ke Restoran Aminah Arif untuk berbuka puasa.
Jimi telah order siap-siap Ambuyat untuk uncle. Memang teruja la bila ada peluang untuk mencuba ambuyat untuk pertama kali. Pada yang tak tahu, ambuyat atau juga dikenali sebagai linut ini adalah sejenis hidangan makanan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Makanan ini ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, Labuan Sarawak dan Sabah.
Nota: ‘Awda’ adalah shortform untuk awang dan dayang. Jadi jangan terkejut kalau ada yang panggil anda awang atau dayang, sebab di sana, panggilan awang adalah untuk lelaki, dan panggilan dayang adalah untuk perempuan.
Apa Yang Menarik di Bandar Seri Begawan?
Selesai berbuka, kami terus ke Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak di sana. Selalunya uncle dapat tengok gambar pemandangan masjid ini pada sebelah siang, tapi lebih mengujakan rupanya bila di sebelah malam. Sangat cantik luaran dan dalaman masjid ini. Ruangan solat juga besar dan selesa untuk para jemaah.
Dikalangan orang tempatan, masjid ini turut dikenali dengan nama Masjid Kiarong. Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah masjid terbesar di Brunie.
Kemudian kami check-in hotel 3 bintang, Hotel Jeruton yang terletak di Jalan Jerutong, Bandar Seri Begawan. Menurut Jimi, di Brunie tiada hotel bajet. Hotel paling murah adalah hotel 3 bintang. Okay la satu malam menginap di Hotel Jeruton dikenakan bayaran BND40.
Keesokkan harinya jam lebih kurang 9 pagi Jimi datang jemput kami di Hotel untuk jalan-jalan di sekitar bandar sebelum menghantar kami ke Airport. Yups, dah nak balik dah, flight uncle hari tu pada pukul 3 petang. Sobs…
Jadi saki baki masa yang ada kami tak persiakan. Kami mulakan dengan berjalan di sekitar tepi Sungai Brunei untuk melihat Mercu Dirgahayu 60, dan ofcos la bergambar di sana.
Kemudian kami disapa seorang pakcik pertengahan usia yang sedang berada di dalam bot;
“Nak pusing-pusing Kampung Ayer?”
Kami buat tak tahu sahaja, sebab tahu yang rate untuk pusing-pusing Kampung Ayer (Water Village) agak mahal.
“Murah sahaja, satu pusingan, 20 ringgit.”
Terus menarik perhatian uncle untuk memujuk yang lain untuk memikirkan untuk ke kampung ayer. Dan kami terus tanya berapa lama masa diperlukan untuk habiskan satu pusingan,
“20 minit sahaja, tak lama..” jawab pakcik tersebut.
Tanpa berfikir panjang kami pun setuju dengan tawaran tersebut dan mulalah pengembaraan kami pusing-pusing kampung ayer selama 20 minit. hahaha
Agak teruja dengan trip tersebut. Walaupun agak singkat dan kami hanya duduk di atas boat tanpa buat lawatan ke dalam kampung ayer, ia sudah cukup memuaskan hati uncle.
Walaupun tak dapat merasa untuk jalan-jalan di dalam Kampung Ayer, dapat melihat dari atas bot sudah cukup memuaskan hati uncle
Kampung Ayer adalah sebuah perkampungan atas air yang terbesar di Asia Tenggara. Ia diduduki oleh lebih kurang 10 peratus daripada rakyat negara brunie iaitu dengan kepadatan 39,000 orang penduduk. Semua rumah, sekolah, masjid, balai bomba, balai polis, dan bangunan pentadbiran di kampung ayer dibina di atas tiang di atas Sungai Brunei. Tak perlu risau, kelengkapan asas seperti bekalan elektrik dan stesen minyak disediakan di sini.
Selesai sahaja pusing-pusing sekitar kampung ayer, kami teruskan perjalanan dengan ke Pasar Kiangeh (Tamu Kiangeh) yang terletak bersebelahan dengan Sungai Kiangeh. Tak lama pun berjalan kaki, 5 minit sahaja.
Di Pasar Kiangeh, macam-macam anda boleh beli. Kebanyakkan adalah seperti ikan dan sayuran, buahan, kuih muih, dan hasil kraftangan tempatan. Sempat juga Jimi belikan candas di sini dan hadiahkan kepada uncle sebagai kenangan.
Perjalanan diteruskan lagi dengan ke Royal Regalia (atau dikenali sebagai Muzium Alat Kebesaran Diraja).
Tergamam juga melihat semua alat kebesaran Diraja yang dipamerkan disini. Anda boleh lihat sejarah kehidupan Sultan Brunei, replika takhta sulta, mahkota, senjata, dan ufti yang dihadiahkan kepada Sultan Brunei.
Tanpa kami sedar, masa menceburui kami. Kami terus bergegas ke tempat menarik yang terakir yang sengaja kami simpan sehingga akhir sekali, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien dilabelkan sebagai salah sebuah masjid tercantik di Asia Tenggara telah siap dibina pada tahun 1958.
Masjid yang tersegam indah ini dibina dipinggir dengan Sungai Brunie mampu memuatkan sehingga 3,000 orang jemaah pada satu masa.
Selepas selesai solat sunat Tahiyyatul Masjid dan melihat sekitar masjid kami pun berangkat terus ke airport untuk check-in.
Nota: Agak sukar sebenarnya nak dapatkan pengangkutan awam seperti teksi dan bus di Bandar Seri Begawan. Perkhidmatan teksi hanya disediakan di hotel yang anda inap, atapun boleh didapati di stesen bus dan di airport. Jadi untuk mengelakkan masalah bagi mendapatkan perkhidmatan teksi atau bus, adalah lebih baik anda booking dahulu penginapan di Brunie sebelum ke sana.
Pantas sungguh misi 24 jam Ramadhan uncle di Bandar Seri Begawan. Tak la sukar sangat travel ketika sedang berpuasa. Alhamdulillah, banyak juga tempat yang berjaya diterjah, dan diharap kalau ada lagi peluang ke Brunei, uncle akan Canopy Walk di Ulu Ulu Resort, dan akan amek pakej untuk masuk ke dalam perkampungan Ayer bagi melihat sendiri budaya masyarakat di sana.
Selain dari bulan Ramadhan, uncle rekomen juga anda pergi pada bulan bulan lain. Tak ada masaalah pun nak pergi pada bulan apa sekalipun, janji dapat melihat sendiri tempat orang dengan mata kita sendiri. Travel ke tempat orang, bukan je melihat kecantikkan dan tarikkan tempatan, kita juga dapat belajar sesuatu yang baru dan boleh dikongsi dengan orang lain.
Apa tunggu lagi? Book tiket anda ke Bandar Seri Begawan dan alami sendiri keunikkan yang ada di sana.
22,542 total views, 1 views today
Menarik…ntah bila bleh sampai sini…
Ada contact no tour guide yang boleh bawa tour di Brunei dengan harga berpatutan? Bercadang ke Brunei pada Sept 2017
maaf, tak ada contact mana-mana tour guide di Brunei
kapan ya saya bisa jalan jalan seperti abg ni
Ahmad recently posted…Jasa Karikatur Murah
Good info. Thanks for sharing.
Ira recently posted…Respon Keluarga Bila Insan Tersayang Dapat Kesan
Banyak juga aktiviti dan lokasi persinggahan dalam masa sehari.
tu baru sehari, kalau 2-3 hari, mungkin lagi banyak aktiviti dan lokasi persinggahan boleh dilawati 🙂
Uncle Zuan recently posted…VIDEO: Ramadhan di Bandar Seri Begawan, Brunei
Akak x sampai Brunei lg – padahal bknnya jauh pun! Skrg anak2 dah besar, Insya-Allah…. Pendek kata, jalan puas2 ya Uncle Zuan, slagi masi bujang. 😀
Zurainny Ismail recently posted…Drama Bersiri di Internet (Web Series)
hehe harus. selagi ada peluang memang akan banyak explore keindahan dunia ini 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
Memang disana tiada teksi kalau ada pun dari hotel la, sangat mahal juga..almaklumla semua disana mampu ada kenderaan sendiri kan
Noriza Rahman recently posted…Kisah Cancer Survivor Nikmati Kebebasan Masa, Kewangan dan Kesihatan Bersama Shaklee
tu la, kalau nak travel secara jimat ke brunei, agak sukar
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
Wah bestnyer uncle, bilalah saya nak menjejakkan kat sana
siti hazreen recently posted…Program Sarana Psikososial (Zon Selatan) KPM: Kaunseling Keluarga
Selagi tak book tiket selagi tu tak tau bila akan ke Brunei. Book tiket sekarang! hehe
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
mmg cantik masjidnya di waktu malam.. teringin pula nak pergi..
tak terkata saya bila pertama kali tengok masjid sultan brunei untuk kali pertama pada sebelah malam
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
bersihnya pasar dia!
nikkhazami recently posted…Boat Noodle di Aeon Mall Kota Bharu
yups, sangat bersih. bau tengik pun tak ada 🙂
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
orang kata kalau terserempak dengan sultan brunei berpeluang dapat $$$, banyak juga. ada tips utk kasi jumpa sultan? haha
Raihanah recently posted…Resveratrol dan Cucurmin Membantu Merawat Sopak / Vitiligo
kalau nak jumpa sultan, kena la datang ke istana pada hari raya pertama 🙂
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
Terbaik la..
tak tau bila sampai sana
ada kesempatan masa, ada bajet, pergi je.. tengok negara orang. macam-macam boleh belajar 😉
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
Masjid Sultan Ali pun apa kurangnya cantik
aRz MoHa recently posted…Sedetik Lara Nyanyian Hazama OST Tercipta Untukku
kampung ayer ada tengok di majalah3 kalau tak silap. Cantik Masjid Hasanul Bolkiah…
dalam tak ada gambar ka? atau tak boleh bergambar?
aRz MoHa recently posted…Kisah Penjaga Parking Yang Patut Dicontohi
kat dalam masjid, kawasan ruangan solat tak boleh bergambar. so tak ambil la gambar huhu
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
owh patutla….mesti cantik kan di dalam masjid
aRz MoHa recently posted…Dapat Duit Raya Di Bank Islam Melalui Akaun Al-Awfar
cantiknya Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah
yup, sangat cantik. 🙂
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
Dulu 1st pergi Brunei Arrival kat Miri untuk satu hari then dari Miri ke Brunei terjumpa kawan Brunei lalu dia suruh naik kenderaan dia untuk ke Brunei. Sempat habis pusinglah kat seluruh Bandar Seri Begawan and then balik via Labuan.
Sebenarnya ke Kampung Ayer murah jer lebih kuran RB 2.00. Lepas ni try lah pulak pergi wedding Brunei memang menarik 3 hari berturut tak habis dengan acara yang berbeza.
Malaysia Backpacker recently posted…Trip Indochina 3 Negara Malaysia, Thailand dan Laos (Kuala Lumpur – Hadyai – Bangkok – Nong Khai – Vientiene)
laaa RB 2 je? adehhh.. patut nego je haritu haha
ada dengar juga pasal wedding di brunie, kena tunggu jemputan kawan kawin dulu la baru ke sana lagi nanti hehe
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
nice sharing Uncle Zuan…
thanks bro. harap membantu kalau kalau nak ke Brunei suatu hari nanti 🙂
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
walaupun boleh dikira dekat gak la dengan tempat saya.tapi masih tak berpeluang ke Brunei.
apdm recently posted…Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM
ada rezeki nanti, pasti akan sampai Brunei 🙂
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
bestnya bro dapat ke Brunei..jarak tempat saya ke Brunei dekat..satu pulau Borneo sahaja tetapi belum ada bajet lagi..in shaa boleh dijadikan dream place for honeymoon with my wife in future..
Hero Borneo recently posted…Nikmati Hari Terindah Dalam Seminggu
amin. moga impian bro terlaksana 🙂
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
Asik ke Indonesia je, Mungkin boleh cuba ke Brunei.
Just nak tanya, BND40 bersamaan dengan berapa MYR?
Bro Framestone recently posted…OPPO F1 Plus FC Barcelona Dilelong Pada Harga RM43,398
lebih kurang RM140 la bro. hehe
kita ke Indonesia pun belum pernah sampai lagi huhu
Uncle Zuan recently posted…Apa Yang Menarik di Bandar Seri Begawan?
Jumlah tu masih boleh diterima lagi..tak la mahal sangat dan sama seperti tempat yang lain juga
mrhanafi recently posted…Cinta Lahir Untuk Balas Budi
tak pernah ke Indonesia lagi. dengar-dengar kos travel ke sana sangat la murah
Uncle Zuan recently posted…Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
kalau murah memang bagus tu untuk dijadikan plan jalan jalan..
bila dah tiba masanya saya pun nak jalan-jalan juga
mrhanafi recently posted…Harga Minyak Petrol Ogos 2016