Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Funko Pop!

Baik, sebelum anda mula menjadi seorang pengumpul Funko Pop!, uncle nak kongsi dengan korang apa perkara yang anda perlu tahu mengenai Funko Pop! Harap info ini membantu anda sebelum anda mula collect Funko Pop!

Harga Funko Pop? Harga satu kotak funko pop regular adalah dari RM55 hingga RM65. Tapi untuk yang exclusive bermula dari RM79.90 hingga RM90. Tapi kalau korang beli funko Pop yang deluxe size atau 2 pax atau town atau rides, harga boleh mencecah RM150 hingga RM200.

Mana Nak Beli Funko Pop? Ada banyak tempat menjual funko Pop original. Uncle biasa beli kat Sheldonet Toystore yang terletak di Mid Valley dan MyTown. Selain itu juga korang boleh beli Funko Pop dekat Legendary Toys & Collectors Hunt yang terletak di Amcorp Mall. Dekat Toys R Us dan Parkson juga ada jual Funko Pop!

Kat mana nak beli Funko Pop yang dah tak jual lagi? Ada banyak collector yang jual semula Funko Pop yang mereka tidak lagi lagi nak simpan. Uncle selalu beli dekat Carousell dan Facebook Marketplace. Uncle cadangkan korang join Facebook Group seperti Funko Collectors Malaysia dan Funko Pop Buy Sale Trade Malaysia.

Berbaloi ke kumpul Funko Pop? Berbaloi! Sebab pada satu masa, Funko Pop yang dah rare dan tidak lagi dikeluarkan (vaulted) boleh dijual semula pada harga ratusan ringgit. Tapi ia bergantung kepada berapa exclusive pop tersebut, dan berapa tinggi permintaan pop tersebut. Ada yang sanggup bayar ribuan ringgit untuk beli satu Funko Pop sahaja.

Apa Funko Pop pertama? Pada tahun 1998 Funko Pop yang pertama dikeluarkan adalah Big Boy bobblehead.

Simpan dalam kotak atau buang kotak tersebut? Oh tidak! Jangan buang kotak tersebut. Apa yang menjadikan Funko Pop itu unik adalah kotak ia. Collector akan simpan Funko Pop dalam kotak dan jarang sekali keluarkan dari kotak. Ia adalah sebab kumpul kotak tu pun salah satu collectible juga.

Ada berapa banyak Funko Pop dikeluarkan? Setakat ini, ribuan Funko Pop telah dikeluarkan. Funko telah dapat banyak lesen untuk buat pop vinyl. Antara siri Funko Pop popular adalah siri Marvel, DC, Harry Potter, Star Wars, Disney dan Game of Thrones.

Berapa saiz funko pop? Saiz Funko Pop bermula dari 4″, 6″ 9″ dan paling besar 19″.

Nak Start Siri Mana Dulu? Susah nak jawab nak start beli mana dulu. Adalah lebih baik korang beli Funko Pop dari siri yang korang minat sahaja. Uncle suka Game of Thrones (GOT), jadi uncle fokus untuk beli Funko Pop dari siri GOT sahaja. Kalau korang minat Iron Man, jangan terkejut yang Funko telah keluarkan lebih 20 Funko Pop Iron Man. Tu belum lagi Batman, Superman, dan lain lain lagi.

Baik, kalau korang ada nak tanya secara lebih lanjut boleh tinggal kat ruangan komen, atau boleh DM uncle kat instagram @unclezuan11.

334 total views, 4 views today

Comments
  1. zool

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge