Apa Terjadi Pada Bulan September?

Share

Pejam celik pejam celik dah habis bulan September.

Hello bulan Oktober, bertemu lagi kita.

Bulan 9 tahun ni padat sangat jadual uncle sampai uncle tak sedar cepatnya ia berlalu.

Pada yang follow uncle di laman social Instagram, dan Facebook, pasti tau yang hampir setiap hari ada sahaja aktiviti uncle di luar. Maaf ya kalau feed anda semua naik gambar uncle je hehehe..

Alhamdulillah, rezeki lain macam bulan September ni. Rezeki ni bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringgit, ia juga boleh datang dalam bentuk hadiah, kegembiraan, kesihatan yang baik dan banyak lagi la.

September Bermula Dengan Travel ke Perth

Alhamdulillah, rezeki ke Perth bermula dari penyertaan uncle untuk contest yang dianjurkan pihak Denaihati Network dan Amna Home Beyond Homestay. Buat 2 video, dan Alhamdulillah menang tempat ke-3 dan sekaligus melayakkan uncle untuk percutian ke Perth selama 4 hari 3 malam. 🙂

Uncle bawa 4 orang rakan blogger yang lain menjelajah bumi Perth Australia dengan gaya kami tersendiri.

Tahun Depan Penuh Dengan Kejutan!

Balik je dari Perth, uncle dan blog penaberkala.com yang merupakan pemenang tempat pertama contest SBB2016 ke London telah mendapat panggilan dari Boss Amna Home untuk tawaran projek tahun depan. Makin tersenyum lebar dan bersyukur kami berdua untuk tawaran tersebut.

Keep updated dengan update terkini uncle untuk tempat mana yang bakal uncle terjah tahun hadapan 🙂



Honor 8 Yang Sexy

Uncle pengguna iPhone, tapi dengan pelancaran telefon baru dari Honor iaitu Honor 8 membuatkan uncle tak senang duduk dan fikirkan nasib iPhone uncle hahaha…

Menginap di The Face Suits KL Merupakan Satu Idaman

Kemudian uncle dapat jemputan untuk menginap selama satu malam di The Face Suits KL milik AmnaHome. Lengkap dengan semua kemudahan, The Face Suits KL adalah tempat penginapan gaya hidup terkini yang mesti anda cuba.

Trip Guangzhou – Apa Terjadi Kalau Orang China Pandai Bahasa Inggeris?

Untuk trip ni uncle memang last minit plan. Ramai juga kawan-kawan uncle yang marah sebab tak dapat join trip borong barang di Guangzhou. Tapi uncle jelaskan yang uncle hanya ikut kawan uncle untuk travel ke sana.

Trip ke Guangzhou membuka mata uncle mengenai besarny dunia perniagaan. Anything good to others you can sell and make money.

Bahasa bukan lagi masalah besar di sana. Ada yang boleh bertutur inggeris, tapi masih ramai yang tak pandai bahasa inggeris.

Solusi masaalah ini?

Kami gunakan applikasi WeChat untuk berkomunikasi.

Kelebihan aplikasi ini adalah ia boleh translate tulisan China ke English. Jadi tiada masaalah lagi untuk runding harga dengan retail di sana.

Bayangkan kalau semua orang China pandai berbahasa Inggeris, dengan ekonomi mereka yang semakin kukuh, dan harini mereka antara pengeluar produk terbesar dunia. Tak mustahil mereka boleh pegang ekonomi dunia kalau mereka petah berbahasa inggeris.

Mengatasi Masaalah Berdengkur Dengan Teknologi Baru

Pada 20 hari bulan September, uncle ada dapat jemputan untuk melihat launching produk terkini di Ko Specialist Skin. Ia adalah teknologi terbaru yang mana dapat merawat masalah berdengkur ketika tidur, dan mengatasi masalah kulit berkedut dengan hanya menggunakan lazer!

Teknologi ni masih lagi hangat di pasaran, dan telah mendapat testimoni positif dai pengguna.

Jemputan Menyertai #AboutKL

Uncle jarang sekali on Media Trip atau Blogger Trip. Ini adalah disebabkan uncle sebelum ini bekerja dan amat la susah untuk dapat cuti. Ni bila dah jadi fulltime blogger, jadual uncle, uncle sendiri yang jaga hehe 😀

Media Trip #AboutKL anjuran Tourism Malaysia KL dengan kerjasama Gaya Travel yang uncle join adalah dalam usaha untuk promote hidden gem di KL yang mana ada potensi besar tapi kurang popular dimata pelancong berbanding landmark yang memang dah popular di KL.

Banyak yang uncle belajar dari trip ini dan dalam masa yang sama dapat menambah kenalan yang baru.

Antara tempat yang kami terjah sepanjang 3 hari lawatan adalah Coleseum Cafe, Dataran Merdeka, MUDKL, Gourmet Safari KL, Forbidden City, KL Ecopark Bukit Nenas, KL Tower Mini Zoo, KL Upsidedown House, Oasia Suites KL, Laser Battle dan Nagaba. Untuk 2 malam kami menginap di Swiss Garden Residense KL, dan pada awal trip kami pusing-pusing KL dengan KL Hop On Hop Off Bus.

Media Trip Xplore Johor

Habis sahaja event #AboutKL dengan Gaya Travel, uncle terlibat pula dengan media trip ke Johor dalam usaha mempromosikan Desaru sebagai tempat percutian yang menarik di Johor.

Seumur hidup uncle, uncle hanya beberapa kali je ke Johor. Kami terjah beberapa tarikkan yang ada seperti Desaru Fruit Farm, The Els Club, Crocodile Farm, dan Lotus Desaru. Untuk

Untuk penginapan pula kami menginap di sebuah penginapan baru di Desaru iaitu Tiara Desaru. Dapat ramai kenalan baru dari dunia media, dan broadcast sepanjang trip ini.

Naik Broga Sorang-sorang

Pada yang dah lama kenal uncle, pasti tau yang uncle banyak travel solo dan pergi mana pun banyak sorang sorang. Bukan uncle tak ada kawan or tak suka bawak kawan, tapi bila sorang-sorang ni la uncle boleh tenangkan diri uncle dan dalam masa yang sama uncle boleh belajar bagai mana nak jadi seorang yang independent.

Beberapa hari lepas, selepas berjumpa dengan uncle punya Khaleesi, uncle berinat dalam diri uncle yang uncle perlu buat perubahan dalam diri uncle iaitu dengan menjadi seorang yang sentiasa bersemangat dan tidak kenal erti putus asa. Jadi pagi tu uncle bangun seawal jam 3 pagi, kemudian solat sebelum bertolak ke Broga.

Tak jauh pun bukit Broga dengan rumah uncle. Ada la dalam 30 – 45 minit driving.

Uncle naik ke Broga lebih kurang 1 jam. memang lama tahap amatur la. hahahaha

Tapi tu la, dengan naik Broga sorang-sorang uncle lebih bersemangat dan terus bersemangat untuk berjaya dalam apa jua kerjaya uncle pada masa hadapan, dan lebih bersemangat untuk memenangi hati Khaleesi uncle hehe.

Hello Oktober

Lama pula uncle tak tulis entri ringkasan macam ni. Tapi tu la, hidup perlu diteruskan.

Alhamdulillah, tahun ni rezeki uncle baik. Harap rezki tak putus-putus mendatang, dan harap dapat juga menamatkan zaman bujang hehehe.. 😀

3,197 total views, 0 views today

Share
Comments
  1. Farid Laham
  2. mrhanafi
  3. Junaidy Jaimi
  4. nurul fatin adiana
  5. zik
  6. aswaleyla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge