google.com, pub-3114534806874060, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Antara Anyer dan Jakarta, Aku Traveloka - Uncle Zuan

Antara Anyer dan Jakarta, Aku Traveloka

Share

Lama juga uncle tak cerita pasa travel kat blog ni. Sejak dah kahwin ni, dah kurang masa sikit untuk travel (jangan la wife uncle baca artikel ni haha). Kebetulan uncle baru lepas tengok cerita Mission Impossible – Fallout lakonan Tom Cruise. Uncle memang takkan miss untuk tengok cerita Tom Cruise sebab tahap ketinggian kami lebih kurang sama. Apa yang best pasal cerita Mission Impossible ni adalah diorang punya kesungguhan untuk selesaikan setiap misi yang ada. Pada uncle, itu yang menarik pasal Mission Impossible ni.

Apa kaitan Mission Impossible dengan entri uncle kali ini? Ini berkait dengan kenalan IG uncle yang dok kat Jakarta, asyik tanya uncle bila la nak datang lepak dengan dia kat Jakarta. Uncle pun tanya la balik dekat dia, apa yang best ada dekat Jakarta? Uncle berjenaka dengan kawan uncle yang apa yang uncle tahu pasal Jakarta ni adalah jem, jem dan jem.

Dia kata, jangan datang kawasan capital Jakarta yang sibuk, memang jem sahaja. Dia cadangkan datang ke Kota Tua Jakarta atau dengan lebih dikenali juga dengan nama Bavaria Lama. Kat situ ada banyak tarikkan menarik seperti Muzium Wayang, Muzium Seni Halus dan Seramik, Muzium Maritim, Muzium Bank Indonesia, Gedung Kesenian dan banyak lagi.

Terjadilah misi uncle untuk terus google untuk dapatkan info lebih lanjut mengenai tempat-tempat tersebut. Hasilnya Wow! Banyak sejarah di sana. Bangunan-bangunan lama yang ada kat sana pun cantik-cantik. Memang puas kalau nak bergambar. Boleh cukup 2 minggu stock gambar untuk upload di Instagram.

Misi uncle bukan sahaja menjadi misi uncle seorang, wife uncle pun nak join juga dalam misi ni. Ye la, kalau tak mesti dia kena tinggal haha. Wife uncle diberikan task untuk cari cheap flights to Jakarta melalui website Traveloka.

Kitorang selalu book flight melalui Traveloka. Banyak kelebihan pakai Traveloka ni, antaranya dari segi penjimatan bila book flight. Tak ada apa- apa caj tambahan dikenakan. Jadi tak ada la kena bayar lebih kan?

Uncle suka mengenai Traveloka ni, boleh buat 0% installment dengan menggunakan kad kredit Maybank selama 6 atau 12 bulan. Haaa siapa nak bagi promo macam ni kan? Dah la dapat beli tiket dengan dengan harga murah, dapat buat lagi installment dengan 0% interest. Jimat duit poket.

Satu lagi kelebihan dengan traveloka yang ramai tak tahu adalah, korang boleh set price alert tau melalui apps Traveloka ni. Kiranya jika korang ada nak pergi sesuatu tempat tu tapi nak tunggu promo untuk pergi sana, jangan risau, sebab Traveloka boleh notify korang kalau tempat yang kita nak pergi tu ade promo. Haaa…. Power kan guna Traveloka ni?

Lepas wife uncle dah siap survey semua detail flight ke Jakarta yang ada, dia cadangkan beberapa tarikh dan masa kepada uncle. Dan memandangkan tiket flight punya harga memang menarik di Traveloka ni, kitorang tak memilih sangat nak naik flight yang mana satu, yang penting adalah tarikh dan masa flight.

Kawan IG uncle tu dah bagi tarikh-tarikh yang dia free. Tapi uncle dan wife uncle buat keputusan untuk tak maklumkan yang bila kami akan datang, kiranya nak surprise la ni hehe. Lepas dah secure sit semua, kami pun tarik nafas lega, mission accomplished! Kedengaran lagu Antara Anyer ke Jakarta nyanyian Shiela Majid. Aduhh feeling-feeling betul. Haha.

Ehhh tapi sebelum nak tutup je apps Traveloka, ternampak pulak Qatar airways Malaysia promo. Kitorang pun gatal la tangan klik book Qatar airways Malaysia flights tu. Promo dia best-best! Terus kira-kira balik budget kami. Masing-masing tersenyum panjang memikirkan nak ke mana pula lepas ni. Mungkin ke Qatar? Mungkin ke Hong Kong? Mungkin ke Paris? Hehe nanti kami update lagi bila kami dah ada jawapan.

Korang apa tunggu lagi? Pergi la bukak website Traveloka, atau download la apps Traveloka dan search apa destinasi percutian menarik untuk anda. Mesti puas hati punya dengan promo yang ada.

870 total views, 9 views today

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge