Angry Bird Splash Water World Kini Di EcoHill Semenyih

Musim cuti sekolah telah tiba. Mula la ibu bapa pening kepala nak bawa anak pergi bercuti. Pada yang tinggal di kawasan sekitar Semenyih, ada berita baik untuk korang. Angry Bird Splash Water World, membuat penampilan sulung sempena cuti sekolah ini.

Menjadi taman tema air inflasi mudah alih PERTAMA di dunia, Angry Birds Splash Water World yang pertama di dunia. Ini merupakan sebuah kerjasama antara Rovio Entertainment Corp dan One Universal Production Sdn Bhd (OUP) Malaysia sempena ulang tahun ke-10 Angry Birds.

Taman Tema Air Inflasi Mudah Alih terbesar di dunia dibuka secara
rasmi kepada orang ramai pada 22 November 2019 selama 2 bulan. Kemudiannya akan meneruskan aktiviti jelajahnya di seluruh pelusuk Asia. Konsep Taman Tema Air Angry Birds ini adalah satu inisiatif yang baik dan tepat pada masanya sebagai sebahagian daripada kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020.

Watak-watak utama Angry Bird akan menghiasi Angry Birds Splash Water World iaitu Red, Chuck, Bom, Terence, Eagle Mighty, dan tentu saja, Hatchlings. Daya tarikkan utama bagi Taman Tema Air ini adalah permainan gelongsor air Angry Birds dan halangan yang memaparkan Red, Chuck, Bom, Mighty Eagle dan Terence.

Antara gelongsor yang tertinggi terdapat di Taman Tema Air tersebut adalah sebuah gelongsor yang berketinggian 12-meter dan pasti gelongsor ini bakal memberikan keseronokan tanpa had kepada para pengunjung.

Nah peta Angry Birds Splash Water World. Confirm tak sesat.

Terdapat juga perarakan watak-watak utama Angry Birds, sesi ramah mesra bersama peminat dan aktiviti menari untuk menghiburkan orang ramai.

Jadual persembahan Angry Birds Splash Water World.

Angry Birds Splash Water World dibuka kepada pengunjung dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Menariknya, bagi memastikan taman tema air tidak padat dengan pengunjung, jualan tiket harian di hadkan kepada 1500 pengunjung sahaja. Jadi korang tak perlu la risau bersesak-sesak sangat dengan ramai pengunjung.

Korang boleh dapatkan tiket di: https://www.ticket2u.com.my/event/15739

796 total views, 37 views today

Comments
  1. nikkhazami
  2. Bro Framestone
  3. Salinajohari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge