Alat Permainan Untuk Hujung Minggu Ini

Share

Setiap orang mesti ada hobi, tak kira peringkat umur. Hobi mungkin melibatkan gadget, tools, money, reading materials, dan macam macam lagi la. Pada yang dah ada anak pula macam Bro Framestone, hobi mereka mungkin adalah menjaga anak hehehe.

Uncle ada pelbagai jenis hobi. Tapi hobi uncle tak kekal lama, boleh kata ikut musim la. Mungkin sebab uncle jenis cepat bosan kot? (Jangan nanti develope hobi tukar wife sudah haha) Hobi terbaru uncle adalah melibatkan satu set alat permainan yang comel / kecil.

jeng jeng jeng….

gopro hero 4 silver camera

Ini adalah set permainan yang baru sahaja uncle beli. Model kamera GoPro Hero4 Silver. GoPro ni kamera aksi kecil yang boleh ambil gambar di mana mana tempat termasuk di dalam air. Ramai yang harini gunakan GoPro kamera ni tuk ambil gambar pemandangan menggunakan pole, driod, ketika skateboarding, ketika bunjee jumping dan tak ketinggalan selfie & wefie.

Kalau nak fully utilize kamera ni, kena ada banyak aksesori tambahan. Aksesori uncle baru je ada  3-Way, Chest Strap, dan Bobber. Pada yang dah ada GoPro tu, apa aksesori kegemaran korang? Boleh kongsi?

 

Uncle masih ada kamera untuk dijual, berminat? PM uncle untuk special price 🙂

Ok, jangan dok gatal tanya “uncle tak nak jual ke GoPro uncle kat saya?” , “Bila nak selfie dengan saya uncle?” Uncle nak selfie dengan Neelofa je, full stop.

 

Kat mana uncle nak main permainan baru uncle ni? Keep updated dengan Instagram uncle. Mana tau, time uncle singgah tempat tu, boleh belanja korang selfie satu dua hehehe 😀

 

nota kaki: uncle ke utara (Langkawi dan Penang) hujung minggu ni, sapa available sila angkat tangan sambil tutup ketiak anda kerana anda mungkin mencemarkan bau persekitaran hehehe

Share
Comments
  1. Mahwa
  2. Mahwa
    • Uncle Zuan
      • Mahwa
    • Mahwa
      • Uncle Zuan
  3. muliani
  4. reezluv
  5. pemanis stevia
  6. mamat
  7. Hafiz Rahim
    • Zuan
  8. nanadhoi
  9. ohcikgu
  10. Adam
  11. akubiomed
  12. Jamian Sarif
  13. titan
  14. Jia Rizaira
  15. zik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge