Aku Rindu Kota Madinah

Share

Entri ini adalah sambungan dari Bahagian 1 dan Bahagian 2.

Selepas merempuh perjalanan selama 6 jam dari kota Makkah ke kota Madinah, sudah malam hari. Kami checkin hotel Mawaddah al- Waha yang jaraknya hanya 3 minit berjalan kaki ke Masjid Nabi iaitu Masjid al Nabawi.

Aku Rindu Kota Madinah

Untuk perkongsian kalini lebih tertumpu kepada uncle berada di Kota Madinah. Pada yang terlepas entri berkenaan Persiapan Sebelum Mengerjakan Umrah dan Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah boleh rujuk di entri yang terdahulu yang telah uncle publish.

Jadual kami di Madinah ringan sahaja. Tak banyak sangat. Kebanyakkan masa digunakan dengan beribadah di Masjid Nabi.

Kami berada di kota Madinah dari 9 May hingga 11 May 2016 sebelum bertolak semula ke Jeddah untuk flight pulang ke Malaysia pada 12 May, jam 8.30 pagi.

madinah - umrah andalusia 2016 (masjid al nabawi malam)

Masjid Nabawi pada sebelah malam

Sampai sahaja ke bilik, kami terus berkemas barang, dan terus ke Masjid Nabawi.

Perasaan tak sabar di dalam diri untuk menziarahi masjid Nabi.

Sepatutnya kalau ikutkan jadual, Ziarah ke masjid nabi adalah pada keesokkan hari iaitu pada 9 May. Ziarah tersebut akan diketuai mutawif akan merangkumi ziarah makam Rasulullah SAW, Pemakaman Baqi’ dan Raudhah.

Tapi uncle dan sahabat uncle terlebih dahulu memulakan langkah. Dalam hati tak risau sesat jalan pun.

Alhamdulillah, rezeki, dapat masuk ke dalam ruangan asal Masjid Nabawi dan berpeluang melawat Makam Rasulullah pada malam tersebut tanpa perlu bersesak sesak.



Kelebihan Sembahyang di Masjid Nabawi

Kelebihan Sembahyang di Masjid Nabawi adalah mendapat gandaan pahala 1000 kali ganda.

Selain dari itu, kita akan dapat melihat kesan peninggalan sejarah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya yang boleh meningkatkan keimanan dan ketakwaan.

madinah - umrah andalusia 2016 (masjid al-nabawi)

Luar perkarangan Masjid Nabawi pada sebelah malam. Ramai umat islam berkumpul di kawasaan luar tak kira siang atau malam

madinah - umrah andalusia 2016 (masjid al nabawi pagi)

Suasana di luar Masjid Nabawi pada sebelah pagi

Selesai melawat Makam Rasulullah, uncle dan sahabat uncle balik ke hotel untuk berehat bagi mengikuti jadual pada esok hari bersama mutawif iaitu dengan ziarah dalam Masjid Nabawi pada seawal jam 7 pagi selepas selesai sarapan pagi.

madinah - umrah andalusia 2016 (luar masjid )

Suasana di kota Mekah begitu tenang. Tiada bertolak-tolak atau bersesak-sesak seperti di Madinah.

Ramai umat Islam yang singgah ke kota Madinah mengambil peluang untuk membeli belah di sini.

Banyak barang boleh didapati untuk dibawa pulang ke Malaysia bagi dihadiahkan kepada insan tercinta.

Baca: Persiapan Yang Perlu Dibuat Sebelum Pergi Menunaikan Umrah

madinah - umrah andalusia 2016 (air kotak pisang susu)

Air kotak Pisang Susu. Sangat sedap dan mesti cuba kalau anda ke Kota Madinah.
Rugi betul uncle tak beli banyak-banyak dan bawak balik ke Malaysia

Ziarah Luar

madinah - umrah andalusia 2016 (masjid quba)

Masjid Quba

Selain dari ziadah ke dalam Masjid Nabawi, untuk pakej kami, kami dibawa juga untuk ziarah luar.

Ziarah luar kami melawat Masjid Quba iaitu salah satu masjid tertua didalam dunia, masjid qiblatain, Medan Peperangan Khandaq, Jabal Uhud, Ladang Kurma, dan Pasar Kurma.

madinah - umrah andalusia 2016 (masjid quba)

Bergambar kenangan bersama mutawif yang memimpin kami, Ustaz Alamshah di luar masjid Quba

madinah - umrah andalusia 2016 (syuhada uhud)

Kami juga dibawa melawat ke Syuhada uhud

Ziarah Ke Ladang Kurma

Ziarah Ke Ladang Kurma

Aku rindu Kota Mekah dan Kota Madinah…

Uncle rindu akan suasana di sana, rindukan kemanana, ketenangan tanpa fikirkan serabut kerja, keramahan umat Islam yang ada di sana…

InshaAllah ada rezeki daripadaNYA, uncle akan bawa ibu bapa uncle tunaikan umrah pula. Dan kalau dah kawin nanti, mesti la akan bawa isteri tercinta ke sini juga 😀

Minta sahabat semua doakan uncle diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki supaya dapat datang lagi ke Tanah Suci.

Harap perkongsian uncle ini memberi gambaran betapa indahnya beribadah di Tanah Suci, dan sekaligus memberikan keazaman kepada anda yang membaca untuk ke Tanah Suci untuk kali pertama atau mungkin untuk kesekian kalinya 🙂

6,734 total views, 21 views today

Share
Comments
  1. Fiuzz
  2. Blog Ku Santo
  3. jempolkaki
  4. raihanah
  5. Noriza Rahman
  6. Wan Syahida
  7. Azaleania
  8. Scdha Sein
  9. nikkhazami
  10. siti hazreen
  11. zool
  12. anuar
  13. Muhammad Khairuddin Lim
  14. LeYa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge