Aktiviti Yang Anda Boleh Buat Selama 2 Hari 1 Malam Di Nusajaya
Negeri Johor banyak tarikkan yang ada. Kali terakhir uncle ke Johor mengikuti Fam Trip bersama rakan media ke Desaru selama 2 hari 1 malam. Itu pun tak puas dan tak cukup masa untuk xplore seluruh Desaru.
Masa kat Desaru tu, uncle ke Ladang Buah Desaru, Taman Buaya, Els Golf Coast, dan bermalam di Tiara Desaru Residence selama satu malam. Boleh baca mengenainya di sini >>> Xplore Johor – Explorasi Produk Pelancongan Desaru.
Baru-baru ni uncle telah mengikuti FAM Trip bersama Tourism Malaysia ke Nusajaya (yang harini dikenali sebagai Iskandar Puteri), Johor Baharu pula.
Untuk entri ni, uncle nak kongsikan idea apa anda aktiviti yang boleh buat kalau anda berada 2 hari 1 malam di Nusajaya.
Seharian Di LEGOLAND
Yes! Legoland adalah tarikkan utama di Nusajaya yang mesti dikunjungi kalau singgah ke Johor Baharu. Legoland telah dibuka sejak tahun 2012, dan inilah kali pertama uncle kunjungi Legoland.
Bergambar kenangan di replika bandar KL. Replika LEGO kotaraya KL ini baru sahaja dilancarkan pada 2 Desember yang lepas.
Dibahagikan kepada 7 bahagian bermula dari The Beginning, LEGO City, Miniland, Land of Adventure, Imagination, Lego Kingdom dan berakhir di Lego Technic. Seharian pasti puas berada di Legoland.
Kelebihan yang ada pada LEGOLAND adalah ia mudah diakses dari dalam Malaysia dan Singapura dan seluruh asia. Ia terletak di Nusajaya, Johor Baharu iaitu hanya 10 minit dari Singapore Tuas Second Link, 15 minit dari Pusat Bandar Johor Baharu dan 20 minit dari Senai International Airport.
Bermalam di Somerset Medini Nusajaya
Hotel Somerset Medini terletak berhadapan dengan Legoland. Boleh jalan kaki je dari hotel Ke Legoland, sangat dekat.
Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik iaitu Studio Permier, One-Bedroom Premier, Two-Bedroom Premier dan Three-Bedroom Premier.
Lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti balcony, hairdryer, wifi, steam iron, washing machine dan dryer, kelengkapan dapur yang lengkap, swiing pool, gym dan banyak lagi.
Hubungi +607 287 1011, attau enquiry.nusajaya@the-ascott.com atau www.somerset.com untuk maklumat lanjut.
Lepak di Puteri Harbor
Puteri Harbor terletak berhadapan dengan negara Singapura. Merupakan waterfront yang untuk letak kapal-kapal layar dibina khas untuk membawakan gaya hidup bertaraf dunia di dalam Malaysia.
Puteri Harbor ada tarikkan indoor iaitu SANRIO HELLO KITTY TOWN, dan Thomas Town, dan turut ada 22 tempat makan yang sedap-sedap, dikelilingi hotel Jen Puteri Harbor, dan Somerset Puteri Harbour.
Berhibur bersama Anak Anak Kecil di Hello Kitty Town dan Thomas Town
Hello Kitty Town di Nusajaya adalah yang pertama dibina di luar Japan.
Selain dari LEGOLAND, Hello Kitty Town dan Thomas Town adalah tarikkan indoor terbaik untuk ibu bapa berhibur bersama anak-anak yang masih kecil.
Ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan di dalam kedua-dua indoor theme park ini, antaranya adalah persembahan karaktor popuar seperti Barney and friends, rides untuk kanak-kanak, aktiviti mewarna, dan banyak lagi.
Untuk tempahan tiket, boleh layari di www.puteriharbour.com.
2 hari 1 malam dah cukup untuk melakukan aktiviti di keempat-empat tarikkan ini. Sekarang ni pun dah musim cuti sekolah, apa kata bawa keluarga tercinta bercuti ke Nusajaya Johor. #DekatJe kan? 😉
14,746 total views, 1 views today
rasa nak pergi ke Helo kitty town tu, mesti anak-anak suka
kalau ada bawak anak-anak kecil memang best.
Uncle Zuan recently posted…Majlis Pelancaran Produk Mewangi Berlangsung Dengan Jayanya
Saya tak pernah sampai lagi ke legoland nih, ntah bila lah nak pergi huhu
siti hazreen recently posted…Permohonan Kemasukan Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa Ambilan Febuari 2017
pergi la sekali. best. uncle pun baru 1st time sampai
Uncle Zuan recently posted…Majlis Pelancaran Produk Mewangi Berlangsung Dengan Jayanya
belum pernah pergi Johor..inshaa Allah..satu hari nanti
inshaa Allah kalau datang Johor bole jugak ni 🙂
alrite. banyak lagi tempat menarik di Johor yang saya belum explore. nanti in future kalau ada lagi saya share ya
Uncle Zuan recently posted…Majlis Pelancaran Produk Mewangi Berlangsung Dengan Jayanya
best !! entri kepam kakak pasal pegi hello kitty tu pon tak siap2 lagik.. hee~ kalau tak boleh backlink.. eh !! boleh gittew ???? BTW.. nice entri unclezuan..
atiehilmi dot com recently posted…13 JENIS BUAH-BUAHAN YANG TINGGI KANDUNGAN VITAMIN C
alaaa awat dok kepam pasal entri hello kitty. hehe.
Uncle Zuan recently posted…Majlis Pelancaran Produk Mewangi Berlangsung Dengan Jayanya
Bestnya…
Belum pernah lagi sampai ke sini..
Boleh bawa anak-anak ke Hello Kitty Town dan Thomas Town… Bilalah agaknya nak bercuti ke Selatan ni?
Anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
tengah cuti sekolah ni, ada baiknya bawak family bercuti ke selatan 😉
Uncle Zuan recently posted…Majlis Pelancaran Produk Mewangi Berlangsung Dengan Jayanya
Nusajaya dah tukar nama kepada Iskandar Puteri uncle…
oh ya la, uncle baru perasan yang dah tukar nama ke Iskandar Puteri. thanks inform 🙂
Uncle Zuan recently posted…Majlis Pelancaran Produk Mewangi Berlangsung Dengan Jayanya
uncle masuk hello kitty town tak? hehe
hehehe mesti la masuk. tapi kejap je la.
Uncle Zuan recently posted…Majlis Pelancaran Produk Mewangi Berlangsung Dengan Jayanya
wahh, seronoknyaa. nice sharing
yes sangat best. pegi la nanti ya
Uncle Zuan recently posted…Majlis Pelancaran Produk Mewangi Berlangsung Dengan Jayanya