AirAsia Promo 5 Juta Sit Ke lebih 130 Destinasi Seluruh Dunia

Share

Wife uncle dah tanya bila destinasi honeymoon kami untuk ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Uncle tak garu kepala lagi sebab uncle tahu yang AirAsia tengah promo 5 juta sit ke lebih 130 destinasi seluruh dunia.

Promo ini hanya dari 21 May ini hingga 27 May 2018 melalui website AirAsia. Anda boleh travel dari 1 November 2018 hingga 13 Ogos 2019. Memang cantik durasi tu sebab tarikh ulang tahun perkahwinan kami adalah pada 1 Januari.

AirAsia telah terbang ke 130 destinasi seluruh dunia. Dan baru-baru ini mereka telah mencapai jumlah 500 juta penumpang dalam masa 16 tahun!

Tapi dengan lebih 130 destinasi yang ditawarkan oleh AirAsia, uncle jadi pening juga nak pilih yang mana satu?

Ok bab ni, uncle pass kepada wife uncle la. Tempoh hari isteri uncle sibuk nak ajak pergi Jepun dan Korea. Jadi ke Jepun ke kita atau ke Korea ke kita? Hmmm… Promo sehingga 27 May 2018. Kena cepat buat keputusan sebelum sit habis.

1,233 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. Ikhwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge