Acara Ujian Dan Proses Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018

Acara Ujian Dan Proses Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 | Sukan Olimpik Musim Sejuk. Acara sukan yang punya identiti tersendiri sebab hanya dilakukan pada musim sejuk di negara yang mengalami musim sejuk sahaja. Tahun depan, kita akan menyaksikan PyeongChang Winter Olympic 2018. Acara sukan yang pastinya sangat dinantikan semua peminat sukan olimpik musim sejuk khususnya rakyat negara Korea Selatan.

Dikhabarkan dalam usaha untuk menjayakan sukan Olimpik berprestij ini, Korea Selatan telah membuat persiapan selama lebih 10 tahun. Wow! Diharapkan usaha berterusan dalam menjayakan sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 membuahkan hasil yang diharapkan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.




Acara Ujian Sukan Olimpik

Kebiasaannya sebelum sesuatu acara utama ataupun pembukaan untuk temasya sukan Olimpik, akan berlangsung acara ujian terlebih dahulu. Tempoh acara ujian dijalankan adalah dari bulan Febuari 2016 hingga bulan April 2017 iaitu selama 14 bulan. Acara ujian merupakan satu peluang yang baik untuk atlet dan para pegawai untuk membiasakan diri dengan tapak pertandingan dan kawasan sekitar acara sukan akan dijalankan.

Acara-Ujian-sukan-olimpik-musim-sejuk-pyeongchang-2018

Acara ujian sukan sedang dijalankan

Selain dari ia memberi peluang kepada para atlit dan pegawai, ia juga menjadi platform yang ideal kepada orang ramai untuk mengambil bahagian dan melibatkan diri dengan acara dan sukan. Secara keseluruhan, lebih 3,000 atlet mengambil bahagian dalam acara-acara ujian. Kebanyakkan mereka adalah pertama kali datang ke Korea dan dijangkakan juga penyertaan lebih 1,000 orang sukarelawan.

Lokasi Berlangsung Acara Ujian Sukan Olimpik

Acara Ujian sukan yang dijalankan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Sukan Ais dan Sukan Salji & Gelongsor. Kedua-dua jenis sukan ini tak berlangsung di tempat yang sama atas faktor kesesuaian sukan itu sendiri.

Lokasi acara ujian sukan Salji & Gelongsor;

acara ujian sukan olympic salji sukan gelongsor

Lokasi acara ujian sukan Ais;

acara ujian sukan olympic ais

Persiapan Insfrastuktur – Venue

Dah tau mengenai acara ujian sukan yang sedang berjalan, anda mesti nak tahu macam mana pula dengan persiapan yang rancak dilakukan bagi menjayakan sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 kan?

Kita cerita mengenai persediaan stadium terlebih dahulu. 6 venue baharu untuk pertandingan yang masih dalam pembinaan telah siap 96.3%, yang mana ia berjalan dengan baik dan adalah awal daripada yang dijadualkan.

lawatan venue

Terdapat 5 venue yang dibina bukan untuk pertandingan yang terletak di PyeongChang dan Gangneung dijangka siap menjelang bulan September bagi memberikan masa yang mencukupi untuk beberapa ujian dan sentuhan akhir untuk kelengkapan.

stadium olimpik pyeongchang

Stadium Olimpik PyeongChang

Semua venue stadium dan persiapan dijangka siap menjelang akhir tahun ini. Secara keseluruhan ada 13 stadium yang akan digunakan untuk pertandingan yang mana ada 8 adalah kluster gunung, dan 5 adalah di kluster pantai.

Persiapan Insfrastuktur – Pengangkutan

Kita teruskan pula mengenai persiapan untuk pengangkutan pula. Pengangkutan merupakan kunci utama untuk menarik penonton datang untuk melihat temasya sukan Olimpik dan Paralimpik PyeongChang.

rajah peta pengangkutan pyeongchang

Rajah pengangkutan ke venue sukan Olimpik & Paralimpik.

Kereta Api berkelajuan tinggi yang akan membawa penonton dari Seoul di bawah dua jam akan bersedia untuk ujian pada musim panas ini.

Yeongdong Express Highway yang ke-2 telah siap pada tahun lepas sudah memberi impak besar untuk masa perjalanan dan memberi peningkatan bilangan orang ramai yang akan memandu ke PyeongChang dengan berkereta.

Untuk maklumat lanjut mengenai persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, boleh rujuk di sini.

Kiraan Terakhir

Pada 8 Febuari yang lepas di Seoul, secara rasminya jam OMEGA telah memulakan kiraan detik.

omega-pyeongchang-2018

Dan pada keesokkan harinya, di Gangneung Hockey Centre, secarah rasminya telah diumumkan jualan tiket kepada umum, dan turut diperkenalkan rekaan Obor Olimpik Rasmi. Telah berlangsung festival selama 10 hari di wilayah Gangwon dengan harapan temasya sukan ini memberi keterujaan untuk penonton datang ke temasya sukan gilang gemilang ini.

obor rasmi sukan olimpik

Majlis pengumuman Obor Olimpik dan Baju Rasmi

Melihat kepada kesungguhan dalam persiapan untuk temasya sukan Olimpik & Paralimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, membuatkan uncle sungguh teruja dan tak sabar untuk ke sana bagi mengalami sendiri pengalaman yang boleh dikatakan sekali seumur hidup ini.




 

*****
Wow! 2018 PyeongChang adalah program supporter yang direka khas oleh KTO Malaysia bagi menjalankan kerjasama dengan pengaruh social media dan penulis blog di Malaysia bagi bersama-sama mempromosikan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018.

Setiap ahli WOW! 2018 PyeongChang akan melakukan posting secara berkala tentang sukan Olimpik yang bakal dilangsungkan seperti mengenai stadium dan permainan, sumber-sumber pelancongan dan perayaan di bandar Olimpik dan lain-lain melalui medium blog, media social dan saluran SNS.

550 total views, 5 views today

Comments
  1. zik
  2. qian
  3. lisak
  4. Seorang Syed
  5. Wan Syahida
  6. Otomen Taro
  7. zulhilmi tempoyak
  8. Mar
  9. Faizal Fredley
  10. reezluv
    • Uncle Zuan
  11. nikkhazami
  12. Uyul Rosli
  13. Ikhwan
  14. nadia johari
    • Uncle Zuan
  15. Hero Borneo
    • Uncle Zuan
  16. Noriza Abdul Rahman
  17. RAIHANAH AHMAD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge