#AboutKL: Meneroka ‘Hidden Gem’ di KL

Share

Pada bulan September yang lepas, Tourism Malaysia Kuala Lumpur dengan kerjasama Gaya Travel Magazine telah menjemput uncle bersama social media influencers yang lain untuk menjayakan program #AboutKL.

Program #AboutKL ini memfokuskan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat untuk social media influencers kongsikan ‘perkara yang anda perlu tahu mengenai KL’ di laman social.

Antara perkara yang telah dikongsikan dan akan terus menerus dikongsikan oleh social media influencers di laman social menggunakan hashtag #KLNature, #KLHerritage, #KLCulture, #KLFood, #KLStay, #KLEvent, #KLEvent, #KLLandmark #KLNightlife dan #KLEntertainment. Lihat perkongsian media influencer yang terlibat dengan program ini secara langsung di laman social seperti instagram dan twitter menggunakan hashtag rasmi #AboutKL.




Uncle bersama wakil media influencer dari Malaysia, Indonesia dan Singapura telah dibawa untuk meneroka tempat-tempat menarik, tempat makan yang sedap dan unik dan dibawa menyertai beberapa aktivi unik dan menarik yang tidak banyak dihebahkan di social media.

#KLTour: KL Hop-On Hop-Off

Anda tahu tak dengan bermodalkan hanya RM48, dalam 2 hari sahaja anda boleh teroka lebih 70 tarikkan yang ada di Kuala Lumpur dengan menaiki bus KL Hop-On Hop-Off (HOHO)?

Yup, dengan bus HOHO, anda boleh kunjungi tarikkan yang ada di KL seperti KL Tower, Aquaria, Bukit Bintang, Muzeum Negara, Istana Negara, National Monument, Dataran Merdeka, Masjid Negara, Chow Kit Road, Bird Park, KLCC dan banyak lagi.

about kl bus hoho

HOHO beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 8 petang dengan bekerapan bus adalah pada setiap 20-30 minit.

Penumpang bas boleh membeli tiket untuk menaiki HOHO di mana mana tempat perhentian bus HOHO ataupun boleh juga didapati di perhentian pertama HOHO iaitu di Matic.

Ada 2 jenis tiket untuk HOHO ini;

24 jam: RM45 dewasa, RM24 kanak-kanak.

48 jam: RM 79 dewasan, RM43 kanak-kanak.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi; www.myhoponhopoff.com.

#KLFood: Coleseum Cafe

Dah penat jalan jalan mesti la perut lapar kan? Kami dibawa ke salah satu kafe yang terlama di Kuala Lumpur yang mana dibuka pada sekitar tahun 1921.

Pada asalnya, tempat ini adalah tempat penjajah British bersantai, menonton wayang, dan bermalam di hotel yang terletak di tingkat atas bangunan ini.

about kl coliseum cafe

Hari ini Coleseum Cafe adalah lokasi tumpuan pengemar makanan barat, dan tempatan. Antara signature yang anda mesti cuba kalau singgah ke sini adalah Hainanese Chicken Chop, Baked Crabmeat dan Ox-Tail Soup.

Yang bestnya rekaan dalaman Cafe ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri kolonial english.

Alamat: 98- 100 & 102 Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam.

#KLBroadway: MUDKL

Dari Coleseum Cafe hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki ke MUDKL. MUDKL adalah tempat untuk melihat persembahan muzikal mengenai sejarah Kuala Lumpur dari asal ia dibina.

mud-kl

Pertama kali uncle melihat persembahan muzikal dan terus tepikat untuk melihat lagi persembahan-persembahan muzikal pada masa akan datang.

Persembahan muzikal mengenai sejarah Kuala Lumpur yang pasti membangkitkan semangat cinta anda kepada kuala Lumpur.

Waktu Tayangan: 3 petang & 8.30 Malam sahaja.

Harga tiket: RM 53 (MyKad), RM 84.40 (Normal)

Alamat: Panggung Bandaraya, Dataran Merdeka, Jalan Raja, 50350 KL.

#KLHeritage: KL City Gallery

KL City Gallery adalah tempat terpamernya apa yang lampau, harini dan esok yang ada di Kuala Lumpur.

about kl city calery

KL City Gallery terletak di dalam bangunan lama Government Printing Office yang mana harini mempamerkan pelbagai pameran menarik dari bangunan lama yang ada di Kuala Lumpur, Pameran, minatur pemandangan Chinatown dan Dataran Merdeka.

Oh ya, kalau masuk KL City Gallery, jangan lupa cuba cuba Kek Durian yang dijual di situ. Ohsem!!!

Waktu: 9 pagi hingga 6.30 petang

Fee Kemasukkan: RM5

Alamat: 27 Jalan Raja Dataran Merdeka KL.

#KLStay: Swiss Garden Residence KL

Terletak dikedudukan strategik antara Bukti Bintang dan Chinatown, Swiss Garden Residence KL adalah tempat kami menginap sepanjan 3 hari 2 malam program #AboutKL ini berlangsung.

swiss garden kl

Dengan menawarkan keselesaan seperti duduk di rumah, Swiss Garden Residence KL menawarkan mereka yang dalam business trip dan para pelancong perkhidmatan terbaik lengkap dengan kemudahan moden yang menyelesakan tetamu.

Alamat: 117 jalan Pudu 55100 Kuala Lumpur

Email: reservation@shrkl.swissgarden.com

Phone: 03 2785 1111

#KLDinner: Gourmet Safari KL

Dah penat seharian berjalan, pasti perut lapar. Tiba masa untuk mengenyangkan perut di Gourmet Safari KL.

about-kl-dining-in-the-dark-1

Penggemar makanan pasti akan teruja apabila melihat kepelbagaian menu yang ditawarkan, dan kepelbagaian perisa coctail yang ada.

Keunikkan yang ditawarkan di Gourmet Safari KL adalah ia menawarkan lebih 6 F&B outlet yang akan dibawa oleh penyambut tetamu mereka.

Uncle dan sahabat media yang lain dijamukan dengan menu pembuka selera di Opium, kemudian dibawa merasa keunikkan makan dalam keadaan gelap gelita di Dining In The Dark.

Kemudian kami dibawa untuk makan steak di The Steakhouse, dan dijamukan dengan pencuci mulut di The Whisky Bar.

Malam kami tak berakhir di situ kerana Gourmet Safari KL juga menawarkan tempat untuk bersocial sambil melayan persembahan live band di Forbidden City.

Ia suatu pengalaman makan malam yang pelik tapi menghiburkan uncle.

Alamat: 45C, Changkat Bukit Bintang 50200 Kuala Lumpur

Telefon: 03 2145 2196

Email: events@wernersgroup.com

Website: www.gourmetsafarikl.com

#KLNature: Canopy Walk – KL Ecopark Bukit Nanas

Satu hidden gem yang uncle tak tahu ada di KL iaitu Canopy Walk.

kl canopy walk

Memang uncle tak sangka yang ditengah belantara konkrit ini ada sebuah hutan simpan yang terletak di Bukit Nanas yang mana dibina sebuah canopy walk untuk pengunjung melarikan diri dari kesibukkan kota dan merasai kedamaian alam semulajadi.

Canopy walk adalah sepanjang 300 meter dibuka kepada penungnjung setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang.

Alamat: Jalan Sultan Slahuddin, 50660 Kuala Lumpur.

Phone: 03 2692 5657

Website: www.forestry.gov.my 

#KLFun: KL Upside Down House

Tahukah anda yang bersebalahan dengan KL Tower terdapat rumah terbalik tertinggi di Malaysia?

kl upside down house

Yup, ia adalah rumah terbalik pertama di Kuala Lumpur, dan sekaligus menjadi rumah terbalik tertinggi yang mempunyai 2 tinggat secara keseluruhan.

Uncle dan pengunjung yang lain diujikan dengan skill mengambil gambar dan video di dalam rumah terbalik KL ini.

Alamat: KL Tower 50250 Kuala Lumpur

Phone: 010 802 7547

Email: klupsidedown@yahoo.com

Waktu Operasi: 9 pagi – 7 malam

#KLFun: KL Tower Mini Zoo

Uncle jarang masuk Zoo. Bila sebut pasal zoo je, “alamak, boring” terus bermain di fikiran uncle.

kl tower mini zoo

Tapi KL Tower Mini Zoo ni lain pulak. Seronok uncle dalam zoo ni sebab kebanyakkan haiwan dilepaskan, dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan didalamnya.

Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!

Harga Tiket:

Dewasa: RM32.00
Kanak-kanak: Rm27.00
Warga Emas: RM27.00
*Kemasukkan percuma untuk kanak-kanak bawah ketinggian 90cm

Alamat: Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, Jalan Punchak, 50250, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia

#KLLunch: Oasia Suites Kuala lumpur

Tiada Hotel yang boleh menawarkan pemandangan hutan di tengah belantara konkrit seperti Oasia Suites KL.

oasia suites kuala lumpur

Terletak di Lorong P.Ramlee, adalah hotel yang kami singgah untuk makan tengah hari dan untuk berehat seketika selepas penat meneroka KL EcoPark, Up Side Down House dan Mini Zoo.

Menawarkan konsep ‘refresh, refuel, and recharge’, adalah direkomen anda untuk menginap sekurang-kurangya satu malam disini untuk merasakan kelainan yang ditawarkannya.

Nota: Makanan yang dihidangkan di sini sangat sedap!

Alamat: No. 10, Lorong P.Ramlee, 50250, Kuala Lumpur

Tel: 03 27266788

website: www.stayfareast.com/en/hotels/oasia-suites-kuala-lumpur

#KLPlay: Laser Battle Kuala Lumpur

Hilang rasa mengantuk bila main Laser Tag!

lazertag-laser-battle

Yup, pertama kali uncle join main Laser Tag battle ni. Dan ini pasti bukan kali terakhir.

Laser Battle adalah pengendali sukan Lazer Tag yang terbesar di Asia yang harini telah mempunyai lebih 600 buah outlet lazertage serata dunia!

Alamat: Berjaya Times Square KL, Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur. 

Phone: 03 2110 5125

#KLHangout: Nagaba, Changkat

Malam terakhir kami untuk program #AboutKL ini telah dihabiskan dengan sesi hangout secara santai di Nagaba.

nagaba-burgers

Nagaba adalah tempat yang menawarkan 3 tingkat bangunan yang berbeza isinya kepada pelanggan.

Kami hangout di tingkat atas iaitu tingkat rooftop, tempat networking paling tenang dan unik yang pernah uncle tengok. Ada pelbagai menu menarik yang ditawarkan disini pasti akan membuatkan nak datang lagi.

Alamat: 31, Jalan Mesui, 50200 KL..

Telefon: 03 21410858

Email: info@nagabakl.com

Waktu Operasi: Tue: 4 petang hingga 1 malam; Wed- Thu: 4 petang hingga 2 malam; Fri-Sat: 4 petang hingga 3 malam; Sun 5 malam hingga 2 pagi.

aboutkl_banner_small

Terokai hidden gem seperti tempat makan menarik, tempat penginapan, tempat bersejarah, tempat untuk beriadah, dan banyak lagi yang terdapat di KL dengan melayari laman web http://aboutkl.my/ atau boleh search official hashtag #AboutKL di IG #AboutKL.

Terima kasih kepada Tourism Malaysia Kuala Lumpur dan Gaya Travel Magazine kerana invite uncle untuk menjadi salah seorang media influencer untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai pusat tumpuan pelancongan yang utama di Malaysia.

Tahniah kerana berjaya menjayakan event ohsem seperi ini 🙂

3,337 total views, 10 views today

Share
Comments
  1. Noriza Rahman
  2. raihanah
  3. Hairul HIssam
  4. Vinnity
  5. Akupenghibur
  6. aRz MoHa
  7. siti hazreen
  8. Ohsem Travel
  9. aswaleyla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge