6 Tarikkan Menarik Di The Shore Melaka
Melaka. Pasti sebelum ini yang biasa bermain di fikiran kalau bercuti ke Melaka adalah dengan melawat tempat-tempat bersejarah sahaja kan?
Kini Melaka lebih dari sekadar Melawat tempat tempat bersejarah. Ada pelbagai pembangunan yang menarik yang telah pesat dibina di negeri yang mendapat pengiktirafan UNESCO, tapak warisan dunia ini.
Perkenalkan The Shore, sebuah kompleks yang bukan sahaja menghubungkan hotel dan pusat membeli belah, malah ia juga mempunyai 6 tarikkan menarik menanti ketibaan pengunjung.
1. The Sky Tower
Melaka tak ada bangunan yang tinggi sebelum ini sehinggalah wujudnya The Shore Sky Tower, bangunan tertinggi di Melaka dengan ketinggian 153m di atas paras laut.
Dengan kedudukkan bersebalahan dengan Sungai Melaka dan Kampung Morten, melihat bandar Melaka dalam radius 360 darjah adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan kepada mereka yang naik the Sky Tower ni.
Sky tower boleh diakses pada tingkat 43 bangunan The Shore, dan dibuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 10 malam (untuk hari Ahad hingga Khamis) dan 10.30 pagi hingga 11 malam untuk hari Jumaat dan Sabtu.
Kalau di KL Tower sky box, di The Shore Sky Tower pun ada skybox versi tersendiri. Di sini, anda tidak dibernarkan sama sekali untuk mengambil gambar. Kalau nak ambil gambar sebagai kenangan, boleh ambil pakej yang disediakan.
Harga tiket naik Sky Tower Melaka untuk dewasa adalah RM 25, manakala untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun adalah RM 18.
2. The Sky Deli Restaurant
Tak lengkap kalau mengunjungi tarikkan sesuatu tempat tanpa merasa makanan yang ada di kawasan tersebut.
Sky Deli Restaurant memberikan pengalaman makan di suasana yang romantik dengan pemandangan bandar Melaka dari tingkat 42. Sky Deli menghidangkan makanan tempatan dan barat kepada pelanggan.
3. The Shore Oceanarium
Pada yang meminati hidupan laut, jangan lepaskan peluang untuk melihat hidupan laut dari dekat di The Shore Oceanarium.
Anda bukan sahaja boleh melihat dari dekat, malahan ada sesetengah hidupan laut boleh dipegang di interactive touch pool
Terletak di tingkat 2, The Shore Shipping Centre, pengalaman berada di dalam Oceanarium adalah satu pengalaman interaktif yang unik.
Hasil kerjasama dengan Jabatan Perikanan Melaka, macam-macam jenis hidupan laut boleh tengok kat sini sambil mengenali nama scientific dan habitat haiwan tersebut.
Fee kemasukkan ke dalam The Shore Oceanarium Melaka untuk dewasa adalah RM35, untuk kanak-kanak dan warna emas adalah RM 25.
The Oceanarium dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga jam 9 malam.
Apa tunggu lagi, masa tuk rancang lawatan sambil belajar ke The Oceanarium Melaka.
4. 3D Interactive Park
Dengan 10 tema unik pada setiap bahagian yang ada, 3D interactive park. The Shore 3D Interactive Park adalah yang pertama dan satu-satunya 3D park yang setakat ni ada di dalam Malaysia. Kalau biasanya kebanyakkan tempat ada tarikkan 3D arts sahaja kan?
Di sini ada beberapa props yang menggunakan teknologi argumented reality yang pasti meransang taraf kreativiti pengunjung.
Haha yang uncle share tu baru satu dari beberapa 3D interactive yang ada. Banyak lagi yang menarik menanti seperti 3D arts, gravity tricks, infinity dan up-side-down.
3D Interactive Park dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam.
Harga tiket adalah RM30 untuk dewasa, dan RM20 untuk kanak-kanak. Datang dan uji kehebatan anda bergambar di 3D Interactive Park 😉
5. Toy Museum
Menempatkan lebih 10,000 model mainan, The Shore Toy Museum adalah museum yang mesti dilawati kanak-kanak dan pengumpul mainan khususnya.
Pelbagai figura menaik dari animasi popular One Piece, Dragon Ball, Batman, Superman, Iron Man, dan tak ketinggalan Star Wars dan banyak lagi.
Fee kemasukkan untuk dewasa adalah RM30, dan kanak-kanak adalah RM20.
6. River Quay
Dah penat melayan tarikkan menarik yang ada didalam The Shore, masa untuk relaxing di River Quay Dinning & lounge.
Berkonsepkan dine & disco, River Quay adalah satu-satunya tarikkan yang ada didalam The Quay yang dibuka kepada pelanggan sehingga jam 3 pagi (untuk hari Jumaat dan Sabtu, manakala untuk hari lain dibuka sehingga jam 2 pagi sahaja).
Setiap tarikkan yang ada di the Shore ada keunikkan dan kekuatan yang tersendiri. Dengan peningkatan bilangan pengunjung di
Apa yang lebih menarik adalah pakej kombo yang ditawarkan kepada pengunjung. Anda boleh membeli combo akses ke Sky Tower, 3D Interactive Park, dan Toy Museum dengan hanya RM85 untuk dewasa (dan akan dapat vaucher makan di Sky Deli berharga RM15), dan hanya RM58 untuk kanak-kanak (dan akan dapat vaucher makan di Sky Deli berharga RM10)
Lokasi the Shore Melaka:
The Shore Shopping Centre, 193, Pinggiran @Sungai Melaka, Jalan persisiran Bunga Raya, Melaka, 75100 Melaka
**********
#ICYDKMelaka singkatan In Case You Didn’t Know Melaka, adalah sebuah program lawatan hasil usaha sama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan Gaya Travel Magazine yang telah dianjurkan dari 3 November – 5 November 2016.
Lawatan ini adalah bersempena dengan Karnival CITRARASA HOMESTAY MALAYSIA 2016 dan bertujuan untuk memberi publisiti kepada industri homestay, penginapan yang merehatkan dan tarikan & aktiviti terkini di Melaka. Sebanyak 30 media, penulis blog & influencer tempatan dan antarabangsa telah menurut serta dalam lawatan ini.
21,363 total views, 3 views today
Nk tnya mcmne nk dapat ticket combo tu?
Sumpah hujung bulan 3 aku datang sini bawak anak isteri ! terbaik
Tempat nya ingin membuat pergi kesana..nice place
toko bunga recently posted…Buket Bunga Pengantin Wanita
Okeh…tambah lagi satu list must visit kat Melaka ni 🙂
Mama Kembar 3 recently posted…Cara Mama Isi Masa Lapang di Hospital
I really had an enjoyable time at The Shore. I can spend the whole day there. This calls for a personal trip soon!
Emily recently posted…Announcement: Sharpened Word: Projek Rabak + Esentrika (Nov 19, 2016)
Ok menarik ni. sekarang ni aku tengok melaka dah banyak upgrade tempat2 menarik setanding dengan Kuala Lumpur. Balik kampung boleh bawak family singgah sini 🙂
OK…aku belum pernah sampai ke The Shore ni lagi…sebenarnya memang dah bertahun aku tak jejak ke Melaka ni…hehe
Ezad Skytech recently posted…Kembara BoBoiBoy Galaxy Ke Angkasa Bakal Bermula !
berapa lama dah the shore ni ada kat melaka, tapi belum 1 kali pun aku sampai sana. hahaha. lepak makan dekat hang tuah mall kerap je. hehehe.
haffizuliskandar recently posted…Jadi jutawan hanya dengan Upload video?
Melaka emang mantap bro.. Saya sudah 2 kali berkunjung ke melaka tak pernah bosan.. rencana planning tahun ini juge nak ke malaka… mungkin bisa jumpe sm kwn-kwn lain di melaka..
hidup mulia recently posted…Jual Bibit Ara dan Buah Tin 082386423665
ya betul, Melaka bukan hanya ada tarikkan tempat bersejarah, malah banyak lagi tarikkan yang ada ditawarkan di Melaka
Uncle Zuan recently posted…The Settlement Hotel Melaka
That’s one of unforgetable moment when in Melaka. Too bad, weather is too cloudy so we can’t take a good picture around Melaka from above ya Zuan.. but most of all, ini pengalaman awesome menikmati pemandangan dari gedung skycraper tertinggi Melaka.
Nice to meet you Zuan.. see ya again someday in somewhere 🙂
ya true, if the cloud and sky were clear, we should have a better picture quality.
nice to meet you too. hope to see you again soon in future 🙂
Uncle Zuan recently posted…The Settlement Hotel Melaka
teringin nya nak ke melaka. belum ada peluang. huhuhu
alamak, tak sampai Melaka lagi ke? Rugi, banyak tarikkan menarik yang ada kat Melaka
Uncle Zuan recently posted…The Settlement Hotel Melaka
wah…tempat baru yang menarik untuk dilawati…
ya betul, ada peluang, bawa la family ke The Shore
Uncle Zuan recently posted…The Settlement Hotel Melaka
andaisaja tak mendung.. pasti the view from the rooftop will be awesome!
ya setuju. kalau tak mendung hari itu, pasti pemandangan dari sky tower the shore lebih cantik
Uncle Zuan recently posted…The Settlement Hotel Melaka