6 Perkara Yang Boleh Anda Buat Di Dalam KL Tower Mini Zoo

Sejujurnya tak terlintas langsung nak ke KL Tower Mini Zoo. Bagi seorang uncle yang tak suka duduk diam macam uncle ni, pergi ke Zoo hanya akan membuatkan uncle mengantuk dan sekaligus membazirkan masa uncle sahaja.

Tapi atas sebab ramai yang katakan yang KL Tower Mini Zoo ini unik dan lain dari yang lain membuatkan uncle ambil keputusan untuk masuk ke dalam Zoo ini untuk sekurang-kurangnya 5 minit.

Yup!

Uncle bagi 5 minit je untuk KL Tower Mini Zoo. Kejam kan? Hahaha

kl-tower-mini-zoo

Sangkaan uncle meleset. 5 minit uncle habis dekat Mini Jungle je. Mini jungle ni adalah yang pertama sekali anda jumpa selepas pintu masuk utama.

Lain macam aura yang ada kat dalam KL Tower Mini Zoo ini. Bayangkan 5 minit je uncle bagi untuk explore semua tempat kat dalam ni, tapi end up 5 minit uncle dah habis kat mini jungle je.

Like FB Page Tourism Malaysia KL untuk info berkenaan apa yang menarik anda boleh buat di Kuala Lumpur

Kat mini jungle ni je dah boleh jumpa macam-macam haiwan yang tinggal di sini. Hampir lebih dari separuh dilepaskan untuk pengunjung pegang dan bergambar.

Dari mini jungle, hingga ke stable, broadway, bird aviary, terus ke pet village dan banyak lagi pitstop yang ada, 1 jam pun tak cukup nak layan apa aktiviti yang boleh dibuat di sini.

Untuk berikan kepada anda sebab yang munasabah untuk ke sini, uncle senaraikan 6 Perkara Yang Anda Boleh Buat Di KL Tower Mini Zoo.

1. Selfie Dengan Haiwan Jinak Yang Ada Di Sini

kl tower mini zoo

Selfie dengan haiwan adalah sesuatu yang wajib kalau ke sini sebab kebanyakkan haiwan yang ada di sini dilepaskan. Jadi boleh selfie la secara dekat dengan haiwan-haiwan yang jinak ini.

Kalau dalam sangkar tak selfie dah namanya, itu uncle panggil ‘Self Syok Sendiri’.

2. Pegang Haiwan Jinak Yang Ada Sambil Bergambar Dengannya

kl tower mini zoo

Aktiviti yang wajib ada dalam zoo adalah peluang untuk pengunjung memegang dan bergambar dengan haiwan jinak yang ada.

Di KL Tower Mini Zoo ni, macam-macam jenis haiwan yang anda boleh pegang, belai dan bergambar bersama.

3. Bagi Burung Makan

kl tower mini zoo

Bagi sesiapa yang pergi ke Zoo pasti takkan lepaskan peluang untuk bagi haiwan yang ada di sini terutamanya burung untuk makan. Kalau pertama kali dan rasa takut untuk bagi bagi makan, jangan risau ada ranger yang bertugas sedia membantu anda.

Kalau kat rumah uncle biasa bagi makan kucing je, ni kat Mini Zoo uncle merasa gak la bagi burung makan.

4. Mengorat Awek

kl tower mini zoo

Anda bujang? Anda nak tambah cawangan? Good news!

Kat Mini Zoo ini ramai amoi cun, dan lelaki macho macam uncle. Cuba la cari peluang untuk anda end single life or tambah lagi cawangan hehehe…

5. Belajar Nama Haiwan, Jenis Spesis, Dan Tabiat Haiwan Tersebut

kl tower mini zoo

Sambil mengorat amoi, sambil tambah ilmu.

Menarik mengenai KL Tower Mini Zoo adalah, setiap sangkar haiwan yang ada, diletakkan satu papan yang memaparkan info ringkas berkenaan haiwan tersebut. Sekaligus bagi kita info baru mengenai haiwan yang ada ditempatkan di sini.

6. Main Tangkap Ikan

kl tower mini zoo

Pernah jumpa Zoo yang sediakan tempat untuk tangkap ikan untuk pengunjung? Di sini anda boleh test skill menangkap ikan di satu ‘longkang’ khas yang disediakan.

Sekali main, teringat waktu uncle kecil-kecil dulu yang mana waktu tu uncle dan kawan-kawan uncle akan ke longkang untuk menangkap ikan gapi atau ikan laga yang ada.

 

Info KL Tower Mini Zoo:

Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!

Harga Tiket:

Dewasa: RM32.00
Kanak-kanak: Rm27.00
Warga Emas: RM27.00
*Kemasukkan percuma untuk kanak-kanak bawah ketinggian 90cm

Alamat: Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, Jalan Punchak, 50250, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia

Terokai hidden gem seperti tempat makan menarik, tempat penginapan, tempat bersejarah, tempat untuk beriadah, dan banyak lagi yang terdapat di KL dengan melayari laman web http://aboutkl.my/ atau boleh search official hashtag #AboutKL di IG #AboutKL.

Terima kasih kepada Tourism Malaysia Kuala Lumpur dan Gaya Travel Magazine kerana invite uncle untuk menjadi salah seorang media influencer untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai pusat tumpuan pelancongan yang utama di Malaysia.

Tahniah kerana berjaya menjayakan event ohsem seperi ini 🙂

2,322 total views, 16 views today

Comments
  1. jida
  2. nurul fatin adiana
  3. haffizuliskandar
    • Uncle Zuan
  4. Vinnity
  5. Malaysia Sentral
  6. aswaleyla
  7. Bro Framestone
  8. Muhammad Khairuddin Lim
  9. Hawa Hassan
  10. nadia johari
  11. Nila anggraini
  12. Nur Haa Mohamad Radzi
  13. Noriza Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge