6 Perkara Yang Anda Boleh Buat Di Seremban

Share

6 Perkara Yang Anda Boleh Buat Di Seremban. Harini uncle banyak berjalan-jalan. Ia salah satu cara uncle hilangkan stress dunia pekerjaan yang semakin hari semakin mencabar.

Selepas banyak kali berjalan melihat tempat orang, uncle mula sedar, di tempat kita sendiri, ada banyak perkara menarik yang kita tak perasan, yang kita sering terlepas pandang. Ini adalah sebab kita sibuk mengagumi apa yang ada di tempat orang.

Bandar Seremban, ramai cakap tak banyak perkara menarik yang ada di sini. Sebelum ini, uncle pun berpendapat sedemikian hinggakan uncle sendiri pun kadang tak tau rekomen kawan-kawan uncle ke mana kalau diorang singgah Seremban.

Jadi, untuk entri kalini, uncle nak bagi anda idea apa perkara yang anda boleh buat kalau singgah di Bandar Seremban, Negeri Sembilan.

Untuk entri ini, uncle hanya akan cover pada bandar Seremban sahaja, uncle takkan masuk ke bahagian Ampangan, Paroi, Seremban 2, dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. 

Melawat Muzium Negeri Sembilan

Muzium Negeri Sembilan

Muzium sudah semestinya salah satu tempat yang mesti di lawat kalau ke sesuatu negeri atau pun negara. Dengan melawati muzium, kita boleh belajar pelbagai perkara tentang sesuatu tempat itu.

Untuk pengetahuan Muzium Negeri Sembilan telah di tubuhkan pada tahun 1953 dengan persetujuan Yam Tuan ke-8, Tuanku Abdul Rahman. Ada pelbagai tarikkan di Muzium Negeri Sembilan, antaranya adalah replika Batu Megalitik, replika Istana Ampang Tinggi, dan replika Engin Wap.

Masuk adalah PERCUMA, jadi Muzium Negeri Sembilan adalah antara tempat yang mesti di lawat kalau anda ke bandar Seremban.

Beriadah dan Hidup Udara Segar di Taman Tasik Seremban

taman tasik seremban

Ada banyak tempat riadah di Seremban, tapi Taman Tasik Seremban adalah antara tempat riadah paling popular di Seremban. Ini adalah kerana di Taman Tasik Seremban, ada salah satu tasik semulajadi tertua di Malaysia. Dengan keluasan 10 ekar, Taman Tasik Seremban di hiasi dengan pelbagai jenis pokok, bunga, wakaf istirehat, taman permainan kanak-kanak, jogging track, dan pentas terapung.

Lokasi Taman Tasik Seremban sangat ideal iaitu di kelilingi 2 buah hotel bertaraf antarabangsa, Masjid Negeri, dan A&W Seremban yang menjadi salah satu landmark bandar Seremban sejak tahun 1978. Jadi sambil berjalan keliling Taman Tasik sambil ‘cuci mata’ minum Root Beer A&W hehehe…

Membeli Belah di Terminal 1 Shopping Centre

terminal 1 shopping centre seremban

Terminal 1 Shopping Center adalah salah satu pusat membeli belah yang ada di bandar Seremban yang telah di bina pada tahun 1996. Dari pelbagai jenis pakaian hingga ke gadgets di jual di sini. Masih ingat lagi, kecik kecik dulu uncle suka ke Kodai Sopan beli barang skatem fuhhh rindu zaman itu.

Selain dari itu, anda boleh juga membeli belah di Seremban Prima (dahulunya dikenali sebagai Seremban Parade) yang terledak berhadapan dengan Stesen KTM Seremban.



Pekena Cendol Haji Shariff

hajiu shariff cendol

Bila dah banyak jalan, tekak mesti terasa haus. Haji Shariff Cendol adalah tempat makan cendol paling popular di Seremban dan paling lama berpusat di sini. Kalau ke Seremban untuk pertama kali, tak lengkap kalau pulang tanpa pekena cendol di Haji Shariff. Ada pelbagai jenis cendol di jual di sini, dari cendol biasa hingga kepada cendol special.

Tips kalau nak makan kat Haji Shariff Cendol ni, pastikan berteman, sebab teman tu akan jadi tukang cop tempat anda. Ini adalah kerana Haji Shariff Cendol sentiasa penuh dengan pelanggan.

Selain dari HaJi Shariff Cendol, and juga boleh terjah restoran Wadi Ar Raudhah yang terkenal dengan hidangan pelbagai jenis lauk pauk di tengah hari, dan juga nasi arab si sebelah malam.

Ber-selfie di Mural Ujang Aku Anak Minang

terminal 1 mural ujang aku anak minang

Mural di terminal bus, Terminal 1 Seremban adalah tarikkan terbaru bandar Seremban. Mural Aku Anak Minang ini masih lagi ‘berbau cat’ dan merupakan hasil tangan kartunis lagenda tanah air iaitu Ujang atau nama sebenar Ibrahim Anon.

Berjalan Keliling Bandar Melihat Bangunan Tinggalan Unik Seperti Perpustakaan Awam Negeri dan Banyak Lagi..

perpustakaan awam negeri sembilan

Pada yang suka berjalan keliling bandar dengan berjalan kaki seperti uncle, ini adalah ‘aktiviti berpeluh’ paling menyeronokkan. Uncle suka berjalan-jalan, tengok sahaja trip uncle yang lepas bila uncle ke Saigon, boleh tahu betapa gilanya uncle berjalan.

Ada banyak bangunan lama yang anda boleh jumpa di bandar Seremban selain dari Perpustakaan Awam Negeri, antaranya Masjid Jamek di Jalan Tun Dr. Ismail, Sri Balathandayuthapani Temple di Jalan Yam Tuan, Gereja Visitation di Jalan Yam Tuan, Tokong Tong Tien Koon di Temiang dan banyak lagi.

 

Amacam? Siapa kata di Seremban tak ada tarikkan? Banyak perkara yang anda boleh buat di Seremban sebenarnya.

Seremban mungkin tak kaya dengan Shopping Complex yang besar-besar, pusat hiburan terkini, tempat makan hipster, tapi percayalah kalau semua tempat kaya dengan kepelbagaian, tiada lagi tempat menarik dan unik untuk kita lawati.

Datang Seremban, dan rasakan sendiri keunikkan bandar Seremban dan kawasan yang sekitar dengannya.

9,758 total views, 5 views today

Share
Comments
  1. mus
  2. sifat
  3. JANG
    • Muhammad Shazwan
  4. LeYa
  5. suri
  6. Faizul Ali
  7. Noriza Rahman
    • Uncle Zuan
  8. Aiman
    • Uncle Zuan
  9. ohcikgu
  10. ade sutisna
  11. sabree hussin
  12. Oja Samid
  13. cik tom
  14. reezluv
  15. Bahrain
  16. Raihanah Ahmad
  17. bukharimalek
  18. Hero Borneo
  19. titan
  20. A'ishah K
  21. shedaucu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge