5 YouTube Travel Vlogger Yang Best

Share

Uncle suka video kat YouTube lebih lebih lagi video berkenaan travel.

Tapi uncle tak tengok la sangat video mengenai apa tempat menarik kat satu-satu destinasi yang dikeluarkan oleh badan tourism ataupun dari travel agency sebab agak boring. Kebanyakkan macam tu, lebih berbetuk korperat. Jadi baru tengok 1 minit, dah rasa mengantuk.

Jadi uncle subscribe dan tengok video-video yang dimuat naik oleh YouTuber atau traveller dalam niche Travel.

Apa yang menarik bila tengok YouTuber punya video ni, sebab diorang buat video secara terbuka. Lebih open idea-idea yang ada. Bukan je anda boleh tengok tempat menarik yang ada, malah mereka turut juga kongsi tips-tips travel yang boleh digunapakai.

Untuk entri ni, uncle nak kogsikan 5 YouTube Travel Vlogger best kegemaran uncle yang selalu uncle tengok video mereka.

Sonia’s Travels

Uncle suka tengok vlog dari Sonia’s Travels, dan kalau sekali tengok, uncle akan cari yang terbaru, dan yang padat dengan tips yang penting sebelum dan ketika travel.

soniastravels_traveller_blogger_vlogger

Banyak idea mengenai cara travel, dan idea mengenai gaya hidup yang anda boleh tengok di channel Sonia’s Travels ini. Pernah memenangi award untuk kategori “Best DIY-How to” di 2014 People’s Voice Webby Award, harini channel Sonia’s Travel telah menerima lebih 14 juta view dan lebih 167 ratus ribu subscriber seluruh dunia.

Sonia juga ada berkolaborasi dengan Lonely Planet untuk program FluentRoad.com, khas untuk traveler yang ingin mengenali Spanish.

Terhibur juga la dengar cara YouTuber dari Valenzuela ini bercakap English, tapi malangnya, dah lebih 11 bulan Sonia tak update channel dia.

Untuk permulaan, uncle rekomen tengok video, Travel Tips: How To Not Look Like A Tourist While Traveling.

VegaBrothers

Unik mengenai VegaBrothers ini adalah mereka sebenarnya adalah adik beradik yang suka mengembara, dan mereka rekod video-video mereka dalam gaya professional yang tak membosankan.

vegabrothers_channel

Makna kata kat sini, nak tengok video cun-cun dari YouTuber yang kualiti rekording video macam tengok dokumentari, boleh tengok video dari VegaBrothers.

Dengan jumlah keseluruhan video  melebihi 9 juta, dan bilangan subscriber 138 ribu, Vegabrothers memuatnaik video video travel mereka pada setiap hari selasa.

Untuk permulaan, uncle rekomen tengok video Europe By Train daripada mereka mengenai trips mereka menjelajah 6 negara eropah dengan menaiki keretapi.

Fun For Louis

Louis Cole adalah salah seorang YouTuber paling popular di dunia yang merupakan pemilik channel FunForLouis.

funforlouis

Dengan jumlah subscriber melebihi 1.8 juta orang dan jumlah view di YouTube melebihi 238 ribu, tidak hairanlah kenapa Fun For Louis adalah salah satu YouTuber kegemaran uncle.

Apa yang menjadikan uncle kagum dengan Louis adalah kekerapannya untuk update channel hampir setiap hari. Bukan sahaja Louis akan update pasal travel, malah beliau juga akan update mengenai pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian termasuk mengenai peribadinya.

untuk permulaan sebelum layan video beliau yang berlambak-lambak tu, uncle rekomen layan video ini;





Hey Nadine

Agak pelik klu uncle tak masukkan YouTuber comel Hey Nadine ni.

hey_nadine

Uncle suka cara beliau cakap, cara beliau bercerita, dan cara beliau merakamkan video travel beliau.

Banyak tips-tips, dan pengalaman travel yang dikongsikan, dan yang bagusnya, walaupun beliau tak sampai tempat tu lagi, beliau masih boleh kongsikan info yang beliau tahu pasal tempat tu.

Dengan jumlah subsriber melebihi 282k, dan jumlah view melebihi 35 juta, tak sah hujung minggi kalau tak melayan si comel ini berceloteh.

Mark Wiens

Mark Wiens ni adalah antara pemberi idea kepada uncle tentang apa yang ada di Colombo sebelum uncle memulakan solo trip uncle ke sana pada Raya Puasa yang lepas.

mark_wiens

Keunikkan Mark Wiens berbanding 4 travel YouTuber yang uncle senaraikan di atas adalah beliau fokus untuk mencari makanan ketika travel. Beliau memang hantu makanan.

Dan percaya atau tidak, beliau letakkan Malaysia antara negara yang mempunyai banyak jenis makanan yang sedap-sedap! Dan ya, beliau suka makan durian.

Dengan jumla subsriber lebih 541 ribu, dan jumlah view melebihi 115 juta, Mark Wiens adalah YouTuber yang akan membuatkan ada nak travel dan nak makan nak makan dan nak makan.

Uncle rekomen anda tengok view beliau terjah jemputan majlis perkahwinan yang beliau hadiri di Langkawi.

Amacam? Ada antara travel YouTuber ni adalah kegemaran anda juga?

Oh ya, dah subscribe YouTube channel uncle? Kalau belum, boleh la subsribe sekarang >>> YouTube Channel Uncle Zuan

1,711 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. ira
  2. raihanah
  3. MOHD ADIB
  4. zik
  5. riangria
  6. Liyana
  7. Encik Ketam
  8. potia
  9. Emily
  10. Hanis Amanina
  11. Muhammad Khairuddin Lim
  12. Hafizhafizol
  13. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge