5 Tempat Makan Sedap di Senawang
5 Tempat Makan Sedap di Senawang. Bila sebut sahaja Senawang, di dalam memori mereka yang pernah sampai di sini ada landmark Giant, McD dan Dataran Senawang. Selain itu, Senawang juga adalah perantara untuk pengguna lebuh raya LEKAS dan PLUS.
Bila sebut pasal makanan pula, kadang kala adalah masalah pada uncle untuk bagi cadangan tempat makan bila ada saudara mara atau kawan-kawan uncle ke Senawang. Jadi unuk entri kali ini uncle nak senaraikan bahagian pertama, 5 tempat makanan yang sedap di Senawang yang mesti anda terjah kalau korang singgah Senawang.
Juara Char Kuey Teow
Sesuai dengan nama, Juara Char Kuey Teaw (Juara CKT) Senawang antara tempat makan Char Kuey Teow paling sedap di Senawang. Dibuka dari petang hingga tengah malam, Dengan menu utama Char Kuey Teow (CKT), pengemar CKT tak boleh lepaskan peluang untuk merasa sendiri kesedapannya.
Juara Char Kuey Teow terletak di kawasan kedai Taman Seri Pagi yang berhadapan dengan jalan utama bandar Senawang dan Dataran Senawang.
BurgerByte Senawang
Kalau dah minat makan burger, mesti ada tempat makan burger yang menjadi kegemaran kan? BurgerByte Senawang adalah tempat makan burger kegemaran uncle. Dengan servis yang mesra pelanggan dan super laju, di tambah dengan kelazadan burger pada harga yang berbaloi.
Lokasi BurgerByte adalah di Taman Guru Melayu Senawang, Negeri Sembilan.
Restoran Nasi Arab Al-Ulfah Senawang
Untuk pengemar nasi arab, jangan lepaskan peluang untuk merasa Nasi Arab Al-Ulfah, terletak di Taman Guru Melayu Senawang, bersebelahan dengan BurgerByte Senawang. Kedai nasi arab ni baru sahaja dalam setahun lebih bertapak di Senawang, tapi telah berjaya mendapat ramai pelangan setia yang mengemarkan nasi arab.
Kharim Cendol & Keluarga
Pengemar cendol tak boleh lepaskan peluang untuk pekena cendol Kharim dan keluarga. Ada macam-macam jenis cendol di hidangkan. Kalau tak tau nak order yang mana, ambil sahaja Cendol Special. Selain cendol, ada juga di hidangkan pelbagai jenis rojak dan mee kari.
Kharim & Cendol Keluarga terletak di Kampong Sentosa Paroi.
Restoran Al-Yamani
Taipan Senawang adalah tumpuan utama di kawasan bandar Senawang. Restoran Al-Yamani adalah antara restoran di Taipan yang menyajikan pelbagai jenis menu dan masakkan. Kalau korang ke sini untuk pertama kali, di sarankan datang pada hari Sabtu, sebab ada menu istimewa setiap hari sabtu iaitu Nasi Bariani Muar.
Restoran Al-Yamani terletak di Taipan Senawang.
Baik, dah dapat idea tempat makan yang sedap dan mesti di terjah kalau ke Senawang? Ini baru bahagian pertama, bahagian ke-2, ke-3 dan seterusnya akan menyusul… Hehehe jadi habiskan bahagian pertama dahulu sebelum ke bahagian ke-2.
Nota kaki: Agak lama juga masa di ambil untuk siapkan entri ini haha. Harap ia membantu pembaca semua
15,816 total views, 13 views today
Restoran al yamani dh xde.. kt mana diorg pindah?
Sapa tau boleh pm 012.6543.629
Wow sedap tu.. mummy suka nasi arab. Nanti turun Senawang boleh test ni.. yum yum..!
perghhh nasi arab tu..menyelerajan betul !! sedap
alaa sedapnya nasik arab tuuu huwaaa *nangis tepi bucu tingkap* haha
tq info 🙂
sayidah recently posted…Akhirnya..Earnings Nuffnang dah RM219.27! Apa Rahsia Earnings Nuffnang Cepat Naik?
Haha..bilakah agaknya boleh singgah ke sini sekali..tunggu turun senawang dulu la..
Hafizul recently posted…Buat Duit USD Dengan Nichify
kalau ke senawang, jangan lupa bagitau saya 😀
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
memang boleh jadi rujukan ni.nanti kot gi sana boleh le pilih tempat akan yang best situ
reezluv recently posted…Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
harap membantu. stay tuned untuk bahagian ke 2
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
Wowww semua nampak menyelerakan…siapa sangka senawang pun mewah dgn makanan best2 tq uncle zuan kot2 terbabas ke senawang boleh cari entry ni
sebelum ni uncle kurang alert dengan tempat makan di senawang, cuma kebelakangan ni baru nak alert dengan tempat tempat makan sedap di sini 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
Paggi2 tgk mknn sedap..lapar jdinya..
kalau malam tengok pun lapar juga jadinya kan 😀
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
Perghh.. power-power hidangan tu. Buat perut ni tetiba lapar je.
ni baru sikit. banyak lagi tempat makan saya tak tunjuk 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
kalaulah ambe kerja pastu selalu outstation alangkah indahnya jauh mata memandang perot sentiasa kedepan hee…
suri recently posted…Toturial Mudah Cara Moden Membuat Barut Bayi Comel
haha perut menjadi petunjuk arah 😀
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
amat tertarik dengan nasi arab tu..
Mus recently posted…Khadijah Ikan Bakar 2, Taman Aman 3 Lahad Datu
sangat sedap bro. saya ni bukan pengemar nasi arab, tapi yang ini saya suka 😀
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
Burger byte je dah makan sebab ada cawangan kat Bangi. Yang lain belom,.
Bahrain recently posted…Telegram Channel Dengan Tiada Limit Keahlian
haaa bangi dengan senawang tak jauh pun. mai la sini bro 😀
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
Akak kalau ke Senawang mesti serbu Nasi Arab Al Walid dekat ngan Giant Senawang nu hehe. Situ makan puas dan sedap di tekak … alahaiiii menaip ni pun dah boleh telio dah haha
haaa tu sedap juga. inshaAllah akan naik di entri akan datang 😉
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
Dah lama tak ke Senawang ni, macam dah makin membangun kawasannya. Nasi Arab Ulfah tu macam sedap je 🙂
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Vivix Supplemen Terbaik Untuk Merawat Penyakit Parkinson
alhamdulillah dapat melihat dengan mata sendiri pembangunan my hometown 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
char kueh tiaw memang terbaik ..lepas itu makan cendol..lagi-lagilah best
Hero Borneo recently posted…Rahsia Besar Lubuk Duit Terbongkar…
hehe betul tu, lagipun tak jauh jarak dua dua tempat makan ni 😀
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
fuhh nasi arab tu.. nampak menyelerakan…. heheh
Adib Site recently posted…Tutorial Jadikan Gambar di Blog Responsive
sangat menyelerakan. kena terjah tempat ni 😉
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
wah.. macam kena pegi ni.. makcik aku ada meniaga dekat seremban.. tapi tak ingat belah mana..
zool recently posted…Lelaki lempang bangla cuci kereta direman
mohon ingat lokasi dia sebab nak terjah ke sana nanti hehe 😀
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa