5 Tempat Makan Sedap di Senawang

Share

5 Tempat Makan Sedap di Senawang. Bila sebut sahaja Senawang, di dalam memori mereka yang pernah sampai di sini ada landmark Giant, McD dan Dataran Senawang. Selain itu, Senawang juga adalah perantara untuk pengguna lebuh raya LEKAS dan PLUS.

Bila sebut pasal makanan pula, kadang kala adalah masalah pada uncle untuk bagi cadangan tempat makan bila ada saudara mara atau kawan-kawan uncle ke Senawang. Jadi unuk entri kali ini uncle nak senaraikan bahagian pertama, 5 tempat makanan yang sedap di Senawang yang mesti anda terjah kalau korang singgah Senawang.




Juara Char Kuey Teow

juara char kuey teow sedap senawang seremban neg sembilan

Sesuai dengan nama, Juara Char Kuey Teaw (Juara CKT) Senawang antara tempat makan Char Kuey Teow paling sedap di Senawang. Dibuka dari petang hingga tengah malam, Dengan menu utama Char Kuey Teow (CKT), pengemar CKT tak boleh lepaskan peluang untuk merasa sendiri kesedapannya.

Juara Char Kuey Teow terletak di kawasan kedai Taman Seri Pagi yang berhadapan dengan jalan utama bandar Senawang dan Dataran Senawang.

BurgerByte Senawang

makan di burgerbyte

Kalau dah minat makan burger, mesti ada tempat makan burger yang menjadi kegemaran kan? BurgerByte Senawang adalah tempat makan burger kegemaran uncle. Dengan servis yang mesra pelanggan dan super laju, di tambah dengan kelazadan burger pada harga yang berbaloi.

Lokasi BurgerByte adalah di Taman Guru Melayu Senawang, Negeri Sembilan.

Restoran Nasi Arab Al-Ulfah Senawang

nasi arab sedap senawang

Untuk pengemar nasi arab, jangan lepaskan peluang untuk merasa Nasi Arab Al-Ulfah, terletak di Taman Guru Melayu Senawang, bersebelahan dengan  BurgerByte Senawang. Kedai nasi arab ni baru sahaja dalam setahun lebih bertapak di Senawang, tapi telah berjaya mendapat ramai pelangan setia yang mengemarkan nasi arab.

Kharim Cendol & Keluarga

cendol kharim paroi

Pengemar cendol tak boleh lepaskan peluang untuk pekena cendol Kharim dan keluarga. Ada macam-macam jenis cendol di hidangkan. Kalau tak tau nak order yang mana, ambil sahaja Cendol Special. Selain cendol, ada juga di hidangkan pelbagai jenis rojak dan mee kari.

Kharim & Cendol Keluarga terletak di Kampong Sentosa Paroi.

Restoran Al-Yamani

kedai makan al-yamani

Taipan Senawang adalah tumpuan utama di kawasan bandar Senawang. Restoran Al-Yamani adalah antara restoran di Taipan yang menyajikan pelbagai jenis menu dan masakkan. Kalau korang ke sini untuk pertama kali, di sarankan datang pada hari Sabtu, sebab ada menu istimewa setiap hari sabtu iaitu Nasi Bariani Muar.

Restoran Al-Yamani terletak di Taipan Senawang.

 

Baik, dah dapat idea tempat makan yang sedap dan mesti di terjah kalau ke Senawang? Ini baru bahagian pertama, bahagian ke-2, ke-3 dan seterusnya akan menyusul… Hehehe jadi habiskan bahagian pertama dahulu sebelum ke bahagian ke-2.

Nota kaki: Agak lama juga masa di ambil untuk siapkan entri ini haha. Harap ia membantu pembaca semua




4,438 total views, 6 views today

Share
Comments
  1. Mummy Julia
  2. Akupenghibur
  3. sayidah
  4. Hafizul
  5. reezluv
  6. Julia Johari
  7. Ummul azkee
  8. DLSL
  9. suri
  10. Mus
  11. Bahrain
  12. HanimHashim
  13. Mek ila Jual Vitamin
  14. Hero Borneo
  15. Adib Site
  16. zool

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge