5 Tempat Makan BEST di Seremban 2
Satu perkara yang selalu membuat uncle pening kepala apabila ada saudara mara atau kawan-kawan uncle singgah rumah uncle di Senawang adalah membawa ke tempat makan yang sedap-sedap. Memang uncle sendiri tak tau nak bawak diorang pergi mana walaupun dah tinggal kat sini lebih 15 tahun.
Jadi untuk elakkan masaalah sama berulang kembali, uncle ambil insentif untuk terjah dan survey sendiri tempat-tempat makan BEST di yang ada di Seremban 2 dalam usaha membantu uncle dan mereka yang ada masaalah yang sama.
1. Restoran Rasa Cili Api
Resoran Rasa Cili Api ni baru je dibuka di Seremban 2, tapi telah menarik perhatian uncle untuk terjah ke sana.
Apa special disana? Sudah tentulah masakkan berasaskan Cili Api. Kalau nak lobster, ikan bakar, kambing bakar pun ada beb! Memang variety menu yang ada, dan rasa dia memang nak bagi orang makan. Uncle dah try, dan uncle berani katakan yang Restoran Rasa Cili Api is one of the best in Seremban 2.
Dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu dari pagi hingga jam 12 tengah malam.
Alamat: No 52 Jalan s2b1, Lake View Square, Green Technology Park, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Contact: 017-685 9166 / Email: rasaciliapi@gmail.com
2. Restoran Victory – Makanan Hailam & Kantonis
Restoran Cina Muslim yang terletak di Oakland ni menyajikan menu masakkan cina yang memang sedap pada harga yang berpatutan.
Pertama kali uncle terjah, rasa macam tak percaya ada tempat makanan sedap macam ni kat Seremban 2. Ramai orang Melayu makan kat sini.
Lokasi: Taman Oakland, Seremban 2, Negeri Sembilan.
3. Mee Kari Railway Rasah
Antara kedai makan yang dah lama bertapak di Negeri Sembilan.
Sebelum ini berlokasi di Rasah, tapi telah beralih lokasi ke Seremban 2. Kalau korang peminat Mee Kari, kena cuba Mee Kari ayam diorang ni. Memang layan!
Alamat: No 9 Jalan S2 B2 Lake View S2, Seremban 2, Negeri Sembilan.
4. Big Mouth Cafe
Tak sah rasanya kalau yang feeling hipster tak singgah ke Big Mouth Burger Cafe.
Big Mouth Burger Cafe adalah antara port makan yang popular dan sedap di Seremban 2. Kalau nak ditanyakan mengenai menu, uncle sendiri tak cuba semua lagi, tapi di cadangkan untuk pertama kali cuba, Chilli Beef. Memang layan dan mengenyangkan.
Big Mouth Cafe terletak di Seremban Uptown Avenue.
5. My Nasi Kandar Mydin Mall S2
Uncle suka makan Nasi Kandar, sebab nasi banyak, ayam besar, kuah banjir dan ada sayur.
Selalu kalau uncle craving Nasi Kandar, memang My Nasi Kandar adalah pilihan utama uncle untuk terjah.
Terletak di dalam Mydin Mall Seremban 2, My Nasi Kandar adalah satu-satunya restoran yang beroperasi 23 Jam di dalam Mydin Mall. Selain Nasi Kandar, Nasi Briani juga adalah menu yang mesti cuba di My Nasi Kandar.
39,556 total views, 22 views today
Tq info
Tengok gambar pun dah terliur.
Apo bondo ea makan nasi kandar dalam mydin dengan big mouth pun masuk dalam top 5. Kasi jalan habis dulu braderrrr
dulu-dulu pernah ke Seremban bersama kawan-kawan…
sayangnya tiada gambar sebagai bukti..
tu belum termasuk makan minum lagi tu..
Hero Borneo recently posted…Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 Hari
1st result weh utk keyword makan sedap seremban 2. Hahahaha.. aku tgh cari roti canai ni.
kelaparan lak aku tengok gambar makanan tengah malam buta ni…huk
mek onie recently posted…SABUN MANDI DARI I LOVE DAN KUSTIE, WATSONS MALAYSIA
Klau 5 tmpat sedap cadangan aku.
1.Melewar kitchen (blkag hspital salam senawang)
2.Masakan cina muslim (kdai2 area dkt ngn jusco S2. Buka 9am-6.00pm)
3.Mama bakers (jln mahfah snwang)
4.Doll tomyam (Jln srmban tmpin)
5.Kdai mkan dkt tman margosa (western set srendah RM5-RM12)
Ni klau 5 r klau lebih ada gak
yang #2 tu victoria ek?
Bukan2 tpi depan kdai baju gading sbelah aksesori kereta. Staf dia loghat cm sabah n smua pkerja pkai bju oren+hitam n bila nk pesan menu juz tulis atas kertas kod mkanan n minuman yg kita nak huhu. Ada cwangan dkt melaka 2.
1. Cili api – ok. Boleh tahan. Tapi western bukan la the best.
2. Victory – pasti ke muslim?
3. Railway – taste dah lari. Tak macam dulu.
4. Big mouth – dah lama tutup.
5. Mydin – agak agak la uncle….
Lebih baik up restoran joint, urban affair dan burgerbite. Semua ni di centrio seremban 2.
Restoran selero negeri di ouckland, S2 lebih menarik utk hidangan tghr.
Klau 5 kdai dkt seremban sedap aku cdangkan melewar kitchen dkt blkg hspital salam senawang,mama bakers jln mahfah snwang,restoran ans tman sri pulai sikamat,doll tmyam jln srmban tmpin n ada 1 kdai mknan western set mmg murah srendah rm5 hngga rm12 dkt tman margosa
terbaik! nanti saya terjah dah kompilkan dalam blog 😉
Ada masa singgahlah ke kedai makan sya dekat pekan pantai jalan jelebu batu.8. Kedai mee bandung muar. Buka jam 8.00am-5.00pm (Setiap hari). Srapan pagi :Nsi lemak,mee kari,lontong,nsi greg, mee greg, dll n tgahari nsi blauk n mee bandung serta msakan pnas klau nak. Nanti klau singgah gtau r nma awak takut sya xcam sebab boleh sya belanja tpi first test je sya belanja huhu. (ct hasmah)
Untg r uncle org dah pelawa cuba try makan dkt kdai dia siap blnje lagi. Xajak skali ke? Apo laie poie r huhu. (prnah 2x test boleh than sedap, ptot msokkn dlam snarai mee bandung ni)
wahh nasi kandar tu yang menarik perhatian
Nasi Kandar dekat memana pun sedap kot.
Bro Framestone recently posted…Risau Gula Tambahan Dalam Susu? Anmum™ Essential Ada Jawapannya
Semua tempat yang kau listkan ni macam best je bro…satu pun tak pernah singgah lagi…semuanya baru buka rasanya…yela, 5-6 tahun lepas mana ada apa sangat kat sana kan…sekarang ni dah macam-macam ada…lama pula tak turun Seremban…hehe
Ezad Skytech recently posted…Film Review – Doctor Strange
haha railway ngan victoria tu dah lama kot bertapak kat Seremban 2 😉
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah Dengan Andalusia
Haha…nampak samgat aku tak merayau habis kat Seremban 2 ni dulu…
Ezad Skytech recently posted…Film Review – Doctor Strange
Restoran Rasa Cili Api tu macam best. Pernah intai-intai nak masuk, tapi macam tak berani nak masuk, bawa family yang tak suka makan pedas…haha..Nantilah turun Seremban kita try singgah.
laaa rugi la, makanan pedas la best 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah Dengan Andalusia
lama juga tak ke seremban, boleh cuba ni
raihanah recently posted…Putih Kulit Sopak Kini Mula Memerah Semula
datang seremban, jangan lupa try tempat makan best yang saya rekomen ni
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah Dengan Andalusia
citarasa sama ni pasal nasi kandar..
nasi banyak, ayam besar, kuah banjir!!
memang win.. hahahaha
Padin recently posted…Kundasang | Desa Cattle Dairy Farm
yeah! win! Nasi kandar memang ohsem! Mana mana orang suka 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah Dengan Andalusia
Ada banyak juga tempat makan menarik yang boleh dikunjungi di Seremban… Kalau rasa nak lagi best terus jer lajak sikit ke PD.. hehehe 😉
Anuar recently posted…Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Tempat makan kat PD boleh tahan juga, tapi saya orang Senawang, jadi Seremban tu lagi dekat nak pergi kalau dibandingkan Port Dickson hehe
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah Dengan Andalusia
PD jgn mkn ikan bakar dekat ada 1 tmpat yg cm terapung 2. Mhal gile aku mkan dkat sne dh 2 xsedap. Aku order siakap 3 rsa saiz kcik,sotong greg tpug 3 ekor, sayur kailan ikan msin,sup syur,ketam 2 ekor msak berlada n air suam 2 jug kcil RM140 siot..Dh r xsedap,pedas n mhal. Aku g ikan bakar umbai melaka order cencaru bakar 1, siakap 3 rsa besar,sotong greg tpug 4 ekor,stong smbal 2 ekor, syur kailan ikan msin, ketam black pepper 3 ekor, kerang stim 1 pinggan, air jus tmbikai, puding kelapa 4 n buah ptog 1 bru RM160 tau. Sedap, best, suasana mnrik n lyanan baik tau. Air suam/ais 0 ambil sndri bpe byak pun free tau. baik aku ke sna wlapun jauh bru puas hti boleh jln2 melaka je
Banyak huga tempat makan sedap2 kat seremban 2 ni ye, selalu memang mati akal cari port makan sedap dan berbaloi
Noriza Rahman recently posted…Sukar Memujuk Anak Makan Sajian Buah dan Sayuran?
ya, banyak sebenarnya tempat makan di Seremban. Tapi nak cari yang murah tu susah sikit la hehe
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah Dengan Andalusia
Bro suggest sikit tempat makan dekat Seremban lebih banyak lagi dengan tempat minum petang
victory n big mouth aku blom pnah test. Nsi kndar 2 dkt mydin s2 boleh than r tpi mee kari 2 maaf ckap r kuah cair sntan bnyak sgt. Mee kari klau nk sedap biar kuah pekat ngn kari ni pekat ngn sntan..baik mee kari mama bakers dkt jln mahfah je. cili padi 2 yg dkt snwang pindah s2 ke? ptot dh lma ttup
utk info klau bwa bdak kcik jgn mkn dkt usop tomyam area snwang sbb 2x aku g anak aku nges dia ckap nmpak mmok dkt pkok btag pinag/kurma jntan dkt tgah lama kdai dia. (utk info r)
wah..nanti balik kg boleh makan di sini.
kampung bro di Seremban ke? Balik Seremban roger roger la. Boleh jalan jalan cari makan Seremban 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah Dengan Andalusia
Macam mana akak x tau ada tempat makam best ni..Victory tu dh lama x jejak..masih mcm dulu kah?..haih kena jjcm kat tanah tumpah airku ni..nampak sangat dh lama x pi berjalan kat seremban tu ha
dulu tu macam mana tu? hehe tak tau nak bezakan dulu dengan sekarang bab restoran victory tu..
mohon jalan jalan cari makan di Seremban 2 yang tercinta ini hehe 🙂
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah Dengan Andalusia
Restoran rasa cili ai tu paling memokat. Terliur! Lom mkn tgh ni
yes! paling terliur, dan memang sedap dia punya masakkan. Baru sekali cuba dah jatuh hati hehe
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Memandu Kereta Honda Untuk Pertama Kali
try melewar kitchen belakng salam hospital senawang
melewar kitchen makan tengahari mahal. Nsi putih lauk ayam greg n cndawan tumis air 1 g nsi putih lauk dging skit ngan gulai pisang, sirap ais 2 n teh o limau suam RM24++ Gilo cokik drah. Mkan dkat WSK jln tok dagang/dkt city park lagi murah nsi putih 2,ayam smbal,sup daging,sayur pcuk manis n air suam baru RM9.00. Bosan melewar on music yg sma je.