5 Misi Travel Untuk Tahun 2017
Alhamdulillah, tahun 2016 uncle berjaya isikan dengan travelling ke banyak tempat yang menarik. Kebanyakkannya uncle tak plan pun nak pergi pada awalnya. Mugkin rezeki terpijak di kaki kan hasil usaha uncle travel secara sendirian berhad selama ini.
Untuk tahun 2017, uncle nak pergi lebih jauh. Dan harap uncle bukan lagi travel secara sendirian. Kalau anda perasan uncle banyak travel solo kan selama ini? Bila umur dah nak cecah 3 series ni, dah tiba masa tuk dapatkan pasangan hidup hehehe.
Baik uncle cerita sikit mengenai travel ya, sebagai inspirasi. Sebelum travel, pastikan anda ada matlamat kenapa anda nak travel. Kalau setakat travel nak ambil gambar, nak post kat social media, nak beribu-ribu like tanpa sedikit pun menikmati moment dan motif sebenar anda travel, anda takkan dapat kepuasan sebenar travel.
Uncle nasihatkan anda, sebelum travel, adakan misi untuk travel tu. Travel mesti ada misi. Baru fun, baru ada moment to remember.
Contoh ya, uncle ke Perth tahun lepas dengan ‘Misi Mencari Pokemon di Perth’. Siapa yang ikuti uncle di IG pasti perasan uncle ada pakai hashtag ni. Dan ya, uncle menikmati travel tu dengan bermain Pokemon Go, dan berjaya menangkap 3 Pokemon yang hanya boleh didapati di Australia.
Tahun 2017, akan uncle jadikan lebih menarik misi travel uncle. Uncle nak kogsikan misi travel uncle untuk tahun 2017.
5 Misi Travel Untuk Tahun 2017:
1. Berjalan Merentasi Shibuya Crossing
Kredit gambar: http://www.japan-talk.com/jt/new/tokyo-photography-spots.
Shibuya crossing adalah lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia. Ia dikelilingi oleh papan iklan neon menyala bangunan. Dikatakan salah satu tempat yang terbaik untuk menangkap gambar pada waktu malam di Tokyo, Jepun. Dengan kira-kira sejuta orang melintas jalan ni setiap hari, macam-macam gaya gambar yang boleh anda ambil. Shibuya Crossing sangat terkenal dan telah telah banyak muncul dalam iklan, gambar promosi, video muzik, filem dan rancangan televisyen.
2. Sunset Hunting di Angkor Wat
kredit gambar: http://www.dailymail.co.uk/travel/article-1167622/Tomb-raiding-fried-tarantula-sunrise-worlds-greatest-wonders-Cambodia.html
Rasanya dah 2 tahun uncle delay nak ke Angkor Wat Cambodia. Dan tahun ni nak juga uncle realisasikan impian uncle ke sana. Dan sudah pastinya mengejar sunset di sana.
3. Selfie di Eiffel Tower
Siapa yang tak nak berselfie dengan iconic Eiffel Tower kan? Harap tahun in dapat la kesempatan untuk ke Eiffel Tower sambil berselfie kenangan di sana.
4. Makan Makan di Floating Market Bangkok
kredit gambar: http://www.bangkok.com/magazine/5-floating-markets.htm.
Untuk food lover macam uncle memang akan mencari makanan bila travel. Dan sudah tentunya mencari makanan halal. Kat Thailand sekarang dah boleh kata mesra makanan halal. Time to food hunting at Bangkok Floating Market. Dan lokasi floating market terbaik adalah di Damnoen Saduak.
5. Main snowboard di Deogyusan Ski Resort
Dikatakan salah satu tempat tercantik untuk aktiviti ski di Korea. Main ski ni adalah antara aktiviti sukan lasak yang uncle teringin sangat nak buat. Jom Korea hujung tahun ni hehe.
Amacam? Terinspirasi dengan 5 misi travel 2017 uncle? Harap anda ada juga lokasi menarik yang anda berminat untuk terjah sepanjang tahun 2017, kalau kesudian, kongsikan di ruangan komen untuk bacaan pembaca yang lain. 😉
13,636 total views, 5 views today
Japan best!
Go and explore sehabis mungkin.
will do! hehe thanks
Uncle Zuan recently posted…#instastory: 3 Hari Uncle Zuan di Tokyo
Wahaaaa seronoknyaaa uncle. I’ll makesure, asal nak travel je kena cari tips dari blog uncle. Hehehehe
alrite, ingat travel je, ingat uncle zuan ye 😉
Uncle Zuan recently posted…Tourism Selangor Bekerjasama Dengan Fireflyz.Com Untuk Mempromosikan Selangor Sebagai Destinasi Popular
hohoho… nak main salji rupanya,,
nikkhazami recently posted…Kerja dari Rumah dengan iLancee
hehe nak la. tak pernah merasa lagi main salji
Uncle Zuan recently posted…Tourism Selangor Bekerjasama Dengan Fireflyz.Com Untuk Mempromosikan Selangor Sebagai Destinasi Popular
bestnya azam dia ni…
harus! azam kena power hehehe
Uncle Zuan recently posted…Tourism Selangor Bekerjasama Dengan Fireflyz.Com Untuk Mempromosikan Selangor Sebagai Destinasi Popular
LeYa teringin juga nak travel macam Uncle. Gi melawat tempat orang, tengok budaya orang.. bestnya.. bawak lah LeYa dan Otomen..hehe
huhu tengok la klu rajin. lagi suka travel sendiri 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tourism Selangor Bekerjasama Dengan Fireflyz.Com Untuk Mempromosikan Selangor Sebagai Destinasi Popular
mcm x caya je ko dah 30 weh…nmpk mcm 20 bru
Faizal Fredley recently posted…3 Hari di Budapest Hungary | Kembara Eropah 38 Hari
ni puji ni ingat dapat full sponsor travel la dari aku? hahaha
Uncle Zuan recently posted…Tourism Selangor Bekerjasama Dengan Fireflyz.Com Untuk Mempromosikan Selangor Sebagai Destinasi Popular
wahh bestnyaa dah ada misi travel semua tu, moga tercapai ye
Ira recently posted…Cara Bantu Untuk Hilangkan Resdung Kanak-kanak
harus ada misi travel, sebab travel adalah passion saya 🙂
Uncle Zuan recently posted…Jus Origina – Saiz Kompak, Rasa Jus Buah Asli
pergh best betul dapat pergi banyak tempat.. Cemburu betul hihihi
onlajer recently posted…Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
eh belum pergi lagi ni. Baru nak plan hehe. harap dapat la pergi semua lima-lima tempat ni
Uncle Zuan recently posted…Jus Origina – Saiz Kompak, Rasa Jus Buah Asli
Terbaik uncle, moga apa yang dihajati menjadi kenyataan huhu, aku sudah melepasi umur 3 series haha, travel puas2 sementara masih muda dan bertenaga ni
imnajmi recently posted…ALK Momot Episod 2
alaaa dah 3 series pun boleh lagi travel tu. jom travel domestic!
Uncle Zuan recently posted…Jus Origina – Saiz Kompak, Rasa Jus Buah Asli
Aku tertarik dengan misi 1st,3rd dan 5th…haha…jom ke Korea hujung tahun 2017…sempat lagi nak kumpul duit ni…tahun lepas pergi Perth pun tak ada dalam perancangan pun…Alhamdulillah, dapat juga jejak ke Perth…hehe
Ezad Skytech recently posted…2016 Sudah Travel Ke Sini, 2017 Ke Mana Pula ?
korea tu bergantung kepada status aku waktu tu, klu dah berkahwin, xleh la ajak hahahaha
Uncle Zuan recently posted…Jus Origina – Saiz Kompak, Rasa Jus Buah Asli
Oh…ada dah tercium bau nasi minyak pula ni…HAHA
Ezad Skytech recently posted…2016 Sudah Travel Ke Sini, 2017 Ke Mana Pula ?