5 Misi Travel Untuk Tahun 2017

Share

Alhamdulillah, tahun 2016 uncle berjaya isikan dengan travelling ke banyak tempat yang menarik. Kebanyakkannya uncle tak plan pun nak pergi pada awalnya. Mugkin rezeki terpijak di kaki kan hasil usaha uncle travel secara sendirian berhad selama ini.

Untuk tahun 2017, uncle nak pergi lebih jauh. Dan harap uncle bukan lagi travel secara sendirian. Kalau anda perasan uncle banyak travel solo kan selama ini? Bila umur dah nak cecah 3 series ni, dah tiba masa tuk dapatkan pasangan hidup hehehe.

Baik uncle cerita sikit mengenai travel ya, sebagai inspirasi. Sebelum travel, pastikan anda ada matlamat kenapa anda nak travel. Kalau setakat travel nak ambil gambar, nak post kat social media, nak beribu-ribu like tanpa sedikit pun menikmati moment dan motif sebenar anda travel, anda takkan dapat kepuasan sebenar travel.

Uncle nasihatkan anda, sebelum travel, adakan misi untuk travel tu. Travel mesti ada misi. Baru fun, baru ada moment to remember.

Contoh ya, uncle ke Perth tahun lepas dengan ‘Misi Mencari Pokemon di Perth’. Siapa yang ikuti uncle di IG pasti perasan uncle ada pakai hashtag ni. Dan ya, uncle menikmati travel tu dengan bermain Pokemon Go, dan berjaya menangkap 3 Pokemon yang hanya boleh didapati di Australia.

Tahun 2017, akan uncle jadikan lebih menarik misi travel uncle. Uncle nak kogsikan misi travel uncle untuk tahun 2017.



5 Misi Travel Untuk Tahun 2017:

1. Berjalan Merentasi Shibuya Crossing

Shibuya crossing adalah lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia. Ia dikelilingi oleh papan iklan neon menyala bangunan. Dikatakan salah satu tempat yang terbaik untuk menangkap gambar pada waktu malam di Tokyo, Jepun. Dengan kira-kira sejuta orang melintas jalan ni setiap hari, macam-macam gaya gambar yang boleh anda ambil. Shibuya Crossing sangat terkenal dan telah telah banyak muncul dalam iklan, gambar promosi, video muzik, filem dan rancangan televisyen.

2. Sunset Hunting di Angkor Wat

Rasanya dah 2 tahun uncle delay nak ke Angkor Wat Cambodia. Dan tahun ni nak juga uncle realisasikan impian uncle ke sana. Dan sudah pastinya mengejar sunset di sana.

3. Selfie di Eiffel Tower

Siapa yang tak nak berselfie dengan iconic Eiffel Tower kan? Harap tahun in dapat la kesempatan untuk ke Eiffel Tower sambil berselfie kenangan di sana.

4. Makan Makan di Floating Market Bangkok

Untuk food lover macam uncle memang akan mencari makanan bila travel. Dan sudah tentunya mencari makanan halal. Kat Thailand sekarang dah boleh kata mesra makanan halal. Time to food hunting at Bangkok Floating Market. Dan lokasi floating market terbaik adalah di Damnoen Saduak.

5. Main snowboard di Deogyusan Ski Resort

Dikatakan salah satu tempat tercantik untuk aktiviti ski di Korea. Main ski ni adalah antara aktiviti sukan lasak yang uncle teringin sangat nak buat. Jom Korea hujung tahun ni hehe.

Amacam? Terinspirasi dengan 5 misi travel 2017 uncle? Harap anda ada juga lokasi menarik yang anda berminat untuk terjah sepanjang tahun 2017, kalau kesudian, kongsikan di ruangan komen untuk bacaan pembaca yang lain. 😉

 

1,365 total views, 8 views today

Share
Comments
  1. Safura
  2. Uyul Rosli
  3. nikkhazami
  4. mek onie
  5. LeYa
  6. Faizal Fredley
  7. Ira
  8. onlajer
  9. imnajmi
  10. Ezad Skytech

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge