5 Funko Pop Game of Thrones Paling Mahal

Funko Pop ni tak asing lagi bagi dunia pengumpul figura dan mainan. Uncle pun salah seorang pengumpul tegar Funko Pop. Bestnya kat Malaysia ni, walaupun tak ramai sebenarnya pengumpul mainan Funko Pop, tapi kami ada komuniti Funko Collector Malaysia kami sendiri. Dalam group, kami biasaya berkongsi apa pop terbaru, tips nak elak dari terbeli pops tak original, tukar suka sama suka pops dan banyak lagi.

Untuk artikel kali ini uncle nak kongsikan 5 Funko Pop Game of Thrones paling mahal yang konfirm uncle tak mampu nak beli. Semua ni adalah based daripada Pop Price Guide. Harganya berubah ubah. Jadi uncle kongsi ni ikut ada tarikh uncle uncle post artikel ini.

1. Ned Stark (headless) Dijual pada harga sekitar USD 2000 ke USD 3000. Funko Pop ini exclusive keluaran Comic Con San Diego 2013. Memang super rare pops ni. Dan ramai yang sanggup Beli.
2. White Walker Glow in the Dark. Pop exclusive keluaran HMV ni dijual pada harga USD900!
3. Tyrion Lannister (Scarred). Versi ini ada parut di muka Tyrion. Boleh kata chase version la ni. Tapi bezanya tak ada sticker chase. Harga dijual sekitar USD725.
4. Daenerys Targaryen dengan White Gold Dragon. Satu la chase version yang tak ada sticker chase. Yang common punya version naga tu berwarna hijau merah. Dijual pada sekitar USD500.
5. Jon Snow – Beyond The Wall. Jon Snow adalah antara character GOT yang ada banyak version Funko Pop. Dan versi Beyond the Wall ni dijual pada harga sekitar USD 400. Uniknya versi ini berbanding common adalah efek salji pada badan Jon Snow.

Harga semua pops ni berubah ubah. Ia bergantung pada supply and demand. Lagipun Funko Pop yang dijual ni dah tak dikeluarkan lagi oleh Funko Pop! Tu yang menjadikan harga dia mahal. Lagi exclusive pop tersebut, lagi mahal la dia boleh jadi.

Korang boleh usya dekat page Pop Price Guide untuk guide harga Funko Pop. Jadi korang nak jadi Funko Pop Collector? Boleh layan video-video funko Pop yang uncle dah buat kat Hey Korang YouTube channel.

179 total views, 2 views today

Comments
  1. nikkhazami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge