45 Minit Sitting On The Ledge – KL Tower International Jump 2016

Share

KL Tower Internatioanl Jump 2016 kembali lagi! Hoyeah!!!

Ia adalah acara sukan berprestij & bertaraf bangsa tahunan telah berlangsung di KL Tower Skydeck pada 30 September hingga 3 October yang lepas.

Ada 2 sesi terjunan telah dilakukan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang bagi sesi terjunan siang, dan 8 malam hingga 10 malam bagi sesi terjunan malam.

Pada yang mungkin tak tau, acara ini pertama kali telah diperkenalkan pada tahun 3 October 1999 sempena ulang tahun KL Tower yang ke-3. Dan sejak itu, ia telah dijadikan acara tahunan bagi mempromosikan dan meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.

Info: Turn Base adalah acara sukan ekstrem yang melibatkan penggunaaan payung terjun untuk membuat lompatan. Base mewakili objek yang biasanya digunakan sebagai landasan untuk penerjun sebagai contoh; bangunan, antenna, jambatan, dan muka bumi.  

Untuk acara tahun ini, telah melibatkan 120 orang penerjun antarabangsa yang kebanyakkannya dari Australia, Austria, Belarus, Kanada, Denmark, Perancis, Finland, Jerman, Jepun, Kuwait, Luxembourg, Norway, New Zealand, Romania, Rusia, Sepanyol, Switzerland, Amareka Syarikat, United Kingdom dan Malaysia.

kl tower international jump 2016 base jump

Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Deputy Minister of Tourism and Culture Malaysia

kl tower international jump 2016 base jump

Selepas pelancaran, lebih kurang 20 orang penerjun melakukan terjunan gimik mengelilingi Menara KL

kl-tower-international-jump-2016-base-jump-2

kl tower international jump 2016 base jump

Alhamdulillah, tahun ini ada rezeki untuk merasa pakej VIP ‘sitting on the ledge’ iaitu duduk di atas tebing KL Tower. Kalau sebelum ni dapat tengok dari jauh je, Kalini dapat tengok dari dekat.

KL Tower menawarkan pakej ‘Sitting on the Ledge’ pengunjung bagi menyaksikan kehebatan para penerjun melakukan aksi terjunan secara lebih dekat.

Harga tiket adalah bermula dari RM98 untuk pemenang MyKad, dan RM128 untuk bukan pemegang MyKad.

Harga tiket untuk VIP pula adalah RM159 (bagi pemegang MyKad), dan RM188 untuk bukan pemegang MyKad yang mana pengunjung akan dapat melihat aksi penerjun melakukan terjunan secara lebih dekat.

kl tower international jump 2016 base jump

kl tower international jump 2016 base jump

kl tower international jump 2016 base jump

Pelbagai aksi penerjun boleh dilihat dengan lebih dekat kalau duduk di atas tebing ini

kl tower international jump 2016 base jump

kl tower international jump 2016 base jump

kl tower international jump 2016 base jump

Para penerjun disediakn satu ruangan khas untuk melipat dan menyediakan payung terjun mereka sebelum membuat terjunan. Yang menariknya, penerjun dibenarkan untuk membuat terjunan sebanyak mana yang mereka mahu

Untuk acara tahunan ini, KL Tower telah mendapat kerjasama dari Kuala Lumpur Tourism Bureau (KLTB), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Menara Alor Setar, Museum Telekom, Hypp TV, Starbucks Malaysia, MHE Demag, Ranger, FAMA, Webe, Apex Base, Spritzer, TIM Bodycare, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Pengalaman duduk 45 minit di atas tebing KL Tower adalah pengalaman yang mengujakan dan takkan uncle lupakan. Sitting on the ledge adalah impian mereka yang tak ada perasaan gayat dan ingin meguasai kekuatan yang ada pada diri.

Tahniah KL Tower dan pihak yang terlibat untuk acara tahun ini. Semoga acara ini dapat diteruskan pada tahun akan datang dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur tumpuan pusat tumpuan pelancongan antarabangsa.



24,376 total views, 34 views today

Share
Comments
  1. zara
  2. Noriza Rahman
  3. malaysia sentral
  4. Muhammad Khairuddin Lim
  5. Mama Kembar 3
  6. hafiz
  7. aswaleyla
  8. Raihanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge