4 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melabur Dalam Hartanah

Share

property investment tips propertyguru

Memahami pelaburan hartanah boleh memeningkan kepala. Mana taknya, ada pelbagai peraturan pembelian yang perlu diaturkan supaya kita mencapai matlamat yang kita sudah set-kan.

Tapi tak perlu la rasa gusar dan rasa nak menyerah kalah! Dengan modal yang kecil, pengetahuan yang cukup dibantu dengan kaji selidik yang mengenai hartanah boleh membawa anda mencapai matlamat anda untuk menjadi seorang pelabur hartanah yang berjaya. Siapa tahu anda boleh membuat empayar anda sendiri dengan modal yang kecil.

Sama ada anda punya matlamat menjadi seorang pelabur yang mahu jadikan hartanah sebagai salah satu pendapatan sampingan atau pendapatan utama yang mampu memberikan anda pendapatan pasif. Pelaburan hartanah bukanlah sesuatu yang menakutkan.

Tak kisah la jenis hartanah macam mana sekali pun, selagi anda punya keinginan untuk mempelajari ilmu hartanah, anda boleh sahaja membeli the upcoming launching of Grid Residence atau pejabat di Velocity Cheras yang sedia ada.

Ini adalah 4 tips yang anda perlu tahu sebelum melabur dalam hartanah.

1. Lokasi! Lokasi!! Lokasi!!!

Lokasi adalah perkara yang selalu dititikberatkan oleh mana-mana pelabur hartanah. Lokasi yang sesuai akan memberi impak yang besar kepada kenaikkan harga hartanah anda kelak.

Anda perlu selidik mengenai lokasi tersebut. Adakah lokasi itu dekat dengan kemudahan pengangkutan awam? Adakah ia dekat dengan MRT, LRT atau KTM? Adakah ia dekat dengan kemudahan asas seperti hospital, pasaraya dan highway? Dan adakah ada banyak pejabat atau universiti di sekeliling kawasan yang bakal anda beli untuk pelaburan anda?

Semua faktor ini penting untuk menantikan harga hartanah dan harga sewaan rumah atau bilik nanti.

Dan tidak dengan itu, anda juga kena pastikan hartanah yang anda beli tu dekat dengan tempat tinggal anda. Kalau jauh sangat nanti, susah nak jaga pula kan? Kalau penyewa buat hal, dah leceh nak pergi selesaikan masaalah tersebut.

Macam mana pun, setiap perkara, ada solusinya. Anda boleh mengambil seorang pengurus hartanah untuk membantu anda manage portfolio property anda yang mana anda tak perlu risau pun kat mana anda beli property anda, masih boleh bagi pendapatan kepada anda.

property agent

2. Dapatkan Agent Hartanah Yang Boleh Dipercayai

Dapatkan agen hartanah yang reliabile boleh membantu anda dengan proses jual beli hartanah dan mereka juga boleh membantu anda untuk mendapatkan hartanah yang sesuai untuk anda. Pada uncle mereka ni lebih pakar dan pastinya akan mendapatkan yang terbaik untuk membantu client mereka mengadakan pelaburan hartanah anda.

Biasaya agen hartanah ni akan ada senarai contact dan mereka punya kepakaran yang akan memudahkan kerja anda untuk proses jual beli hartanah dalam masa yang singkat. Klik sini untuk mengetahui agen yang sesuai untuk anda.

Macam mana pun, kalau anda sedang mencari rumah untuk tinggal, agen yang bagus juga bijak dalam memilih rumah yang sesuai untuk anda tinggal. Agen yang bagus akan pastikan urusan antara pejual dan anda pembeli berjalan dengan lancar yang mana kedua-dua pihak akan sama-sama untung dan berpuas hati.

Selain daripada membantu proses jual beli dan rundingan, agen hartanah juga akan membantu anda dalam proses mencari dan memeriksa (screening process) bakal penyewa rumah anda. Ia adalah sangat baik untuk menjaga hubungan baik antara anda dan agen anda supaya kedua pihak mendapat manfaat yang diinginkan.

3. Banding dan Bezakan Pinjaman

Membeli sebuah hartanah bukanlanh satu komitmen yang kecil. Ia bukanlah juga satu langkah yang bijak untuk menggunakan semua duit simpanan atau baki duit gaji bulanan untuk membayar pinjaman rumah. Anda perlu tahu juga yang proses jual beli sesebuah hartanah akan mengambil masa antara 6 bulan hingga 1 tahun.

Jadi amatlah penting untuk mengetahui dan memahami pelbagai jenis pinjaman yang ada di pasaran yang memenuhi bajet kewangan anda. Pelajari kadar faedah (interest rates), kos penyelesaian (settlement cost) dan bayaran pendahuluan (penalties prepayment) yang ditawarkan oleh pihak bank. Harini ada banyak comparison tools yang boleh digunakan secara percuma yang anda boleh guna untuk bandingkan dan boleh memohon pinjam terbaik untuk anda.

Jika anda memutuskan untuk membiayai pembelian hartanah dengan pinjaman, anda boleh menggunakan wang dari pendapatan sewa rumah bagi menampung ansuran bulanan anda. Kira betul- betul untuk memastikan sewaan tersebut cukup untuk cover installment bulanan anda. Adalah terbaik ansuran bulanan adalah 60% daripada kadar sewaan rumah anda yang anda boleh gunakan sebagai kos untuk selanggara property anda.

4. Lain Kehendak, Lain Keperluan

Tak dinafikan nak beli landed property harini seakan mustahi. Jadi unit apartment adalah lebih murah. Pastikan anda membeli hartanah mengikut bajet dan kemampuan kewangan anda. Kalau mampu apartment, beli apartment, kalau mampu beli rumah teres, beli je rumah teres.

Fikir untuk jangka masa panjang, beli rumah apartment atau landed, jika kena dengan 3  point diatas yang dinyatakan, ia akan memberi kebaikkan kepada anda. Memiliki apartment pun satu langkah yang bijak, kerana sewaan apartment adalah lebih popular dikalangan penyewa sebab lebih murah.

Pastikan juga anda tahu status hartaha tu iaitu jenis freehold atau leasehold. Haaaa apa beza dia? Kalau freehold, bermakna andalah pemilik selamanya, tetapi untuk leasehold adalah sehingga 99 tahun sahaja. Tetapi biasanya untuk leasehold boleh diperbaharui hakmilik dia bergantung kepada situasi dan keadaan. Sebagai contoh, di Sunway’s Grid Residence leasehold sehingga 99 tahun sahaja tetapi boleh dilanjutkan lagi 30 tahun.

Anda juga dinasihatkan untuk mempertimbangkan membeli property komersial atau jenis rumah kedai atau SOHO (small office home office). Pastikan lokasi dan permintaanya bagus yang mampu memberikan anda keuntungan lebih tinggi daripada anda beli unit jenis residential.

 

Secara konklusinuya, proses jua beli tidaklah rumit, tetapi ia boleh jadi membosankan kerana banyak dokumen perlu disediakan. Tapi percaya atau tidak, dengan property la anda boleh menjada pendapatan yang lumayan. Pelajari proses jual beli hartanah dan siapa tahu, anda adalah salah seorang bakal jutawan hartanah.

167 total views, 2 views today

Share
Comments
  1. Raihanah
  2. titan
  3. lisak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge