4 Tempat Korang Boleh Beli Funko Pop Di Kuala Lumpur

Uncle suka kumpul Funko Pop! Pada yang tak tahu, Funko Pop adalah keluaran Funko Inc., sebuah syarikat Amerika yang mengeluarkan koleksi pop budaya berlesen, yang terkenal dengan patung-patung vinil yang berlesen dan bobbleheads. Di samping itu, Funko juga mengeluarkan barangan mewah, angka tindakan, dan barangan elektronik seperti pemacu USB, lampu, dan headphones.

Korang boleh subscribe YouTube channel uncle buat khas untuk hobby uncle, Hey Korang!

Kali ini, uncle nak kongsi dengan korang, kat mana korang boleh beli Funko Pop di sekitar Kuala Lumpur.

Sheldonet Toy Store

Tempat paling selalu uncle hunt dan beli Funko Pop. Sheldonet ada 2 branch di Kuala Lumpur, iaitu di Mid Valley dan MyTown. Harga berpatutan, dan banyak variasi Funko Pop korang boleh dapat dekat sini. Sheldonet selalu buat promo jualan funko pop di sekitar Kuala Lumpur. Mana tak uncle terbeli je selalu hahaha.

Alamat Sheldonet Mid Valley: Lot T-055, Level 3, Mid Valley Megamall

Alamat Sheldonet MyTOWN: L2-050, Level 2, MyTOWN Shopping Centre

Legendary Toys

Terletak di Amcorp Mall, Legendary Toys adalah salah satu tempat hunt Funko Pop! yang menarik. Koleksi funko pop di sini mungkin tak sebanyak di Sheldonet, tapi kadang kala korang boleh jumpa pops yang korang tak boleh dapat di tempat lain. Harga pops dijual di Legendary Toys juga agak berpatutan. Selain funko pop, korang kalau minat Hot Wheels pun boleh beli kat sini.

Alamat Legendary Toys: L1-16 Amcorp Mall

Collectors Hunt

Seperti Legendary Toys, Collectors Hunt juga teletak di Amcorp Mall. Banyak juga pops menarik korang boleh dapat di sini. Uncle dapat Funko Pop Nymeria dekat sini la. Collectors Hunt juga menyediakan sistem rewarding yang mana setiap kali pembelian korang akan dapat cop, dan selepas cukup sticker, korang akan dapat beli pops yang seterusnya pada harga diskaun.

Alamat Collectors Hunt: 1-10 Level 1. Amcorp Mall

Toy Garden / Toywiz

Korang juga boleh hunt Funko Pop di Toys Garden yang terletak di Pavilion. Cuma agak jarang la uncle ke sini untuk cari Funko Pop sebab tak banyak sangat pops di sini. Tapi kalau korang peminat Hot Wheels, LEGO dan Bandai, korang boleh hunt di sini.

Alamat Toy Garden: P6.24.10A, Pavilion Kuala Lumpur

Semua ni tempat tempat yang selalu uncle pergi cari Funko Pop di sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, korang juga boleh dapatkan Funko Pop di Toys R Us, Parkson, MPH Book Store dan Kinokuniya Book Store.

182 total views, 4 views today

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge