4 Tarikkan Menarik Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Share

Dah 3 kali uncle terjah ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. 3 kali terjah, tiga kali uncle flat gara-gara kurang fit. Memang relaxing sepanjang beriadah di dalam hutan rekreasi mini ni. Untuk pengetahuan, Tanjung Tuan juga di kenali dengan hutan lipur, atau Cape Rachado, Hutan Rekreasi Tajung Tuan adalah tempat rekreasi menarik yang punya empat (4) tarikkan menarik untuk di terjah!

Yup… Uncle ulang, ada 4 tarikkan atau check-point menarik untuk di terjah.




Biasa kita dengar kalau masuk Tajung Tuan, pasti akan naik bukit dengan berjalan kaki merentasi hutan dan jumpa Rumah Api (Cape Rachado) kan? Sebenarnya ada lagi tarikkan unik yang ada di dalam Hutan Rekreasi Tanjug Tuan.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan terletak kira-kira 12 km dari Muzium Tentera Darat dan 16 km dari bandar Port Dickson. Terletak di dalam kawasan Port Dickson, Negeri Sembilan, tetapi di bawah pemerintahan negeri Melaka. Kawasan ini seluas 60,70 hektar (149,98 ekar) sesuai untuk rekreasi, pencinta alam sekitar dan penggemar burung.

4 Tarikkan Menarik Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

1. Cape Rachado / Rumah Api Tanjung Tuan

tanjung tuan cape rachado (8)

Tarikkan popular yang membuatkan pengunjung ke sini adalah Rumah Api Tanjung Tuan itu sendiri. Terletak di puncak bukit pada 500 meter dari aras laut, bangunan yang berketinggian 24 meter ini adalah antara lokasi menarik untuk melihat matahari terbenam dan ber’selfie’.

Malangnya, atas faktor keselamatan rumah api tidak di buka kepada pengunjung untuk memasukinya. Cukuplah sekadar dapat melihat bangunan lama yang telah dibina pada sekitar tahun 1860 itu dari luar.

tanjung tuan cape rachado (1)

Anda sunset hunter? Boleh la mengambil gambar di sini.

2. Puncak Bukit Batu Putih

tanjung tuan cape rachado (4)

Tarikkan yang semakin popular di Tanjung Tuan adalah puncak Bukit Batu Putih.

Dari puncak, anda boleh melihat pemandangan ke arah laut selat melaka yang mengasyikkan. Rasa penat tu konfirm hilang bila berada di puncak Bukit Batu Putih.

tanjung tuan cape rachado (3)

Macam mana nak ke puncak Bukit Batu Putih?

Berdekatan dengan Rumah Api, ada satu laluan khas di sediakan untuk ke sini. Kalau dari arah rumah api, laluan tersebut ada di sebelah kiri. Memang tak jauh jaraknya. Anda kena alert dengan laluan khas tersebut sebab tak ada penanda arah.

Perlu redah siki hutan hutan kecil sebelum tiba ke puncak batu putih. Ada la 10-15 minit perjalanan. Laluan sangat senang untuk di ikuti walaupun tiada petunjuk arah. Jadi tak perlu risau, sesat tu takkan berlaku punya la.

3. Laluan Burung

Lokasi Tanjung Tuan yang strategik menjadi tempat laluan singahan burung pada musim penghijrahan burung. Ia telah menjadi lokasi penting untuk persinggahan burung-burung yang berhijrah dari Benua Asia hingga ke kepulauan Indonesia.

tanjung tuan cape rachado (9)

Antara spesis burung yang anda berpeluang untuk lihat jika bernasib baik adalah Burung Lang Baza Hitam, Burung Helang Kepala Kelabu, Burung Lang Sewah Cina, Burung Helang Lebah, dan Burung Lang Sewah Jepun.

Nota: Malangnya, waktu uncle kesini, tak nampak banyak burung di sekitarnya. Nak kena cari timing sesuai untuk kesini lagi nanti.

4. Pantai Cermin

‘The Hidden Gem of  Tanjung Tuan” adalah 2 pantai yang bersih dan air laut yang jernih. Tak ramai yang tahu dan kalau tahu pun mungkin akan fikir banyak kali untuk ke sini.

tanjung tuan cape rachado (5)

Ini adalah di sebabkan anda perlu meredah hutan atau lakukan sedikit jungle tracking untuk ke sini. Ada la 15-20 minit perjalanan yang memenatkan sebab perlu menuruni bukit dan meredah hutan simpan di sini.

Tapi hasil yang anda dapat hasil redahan anda adalah….

tanjung tuan cape rachado (7)

Pantai pasir putih yang luas dan laut yang jernih… Pantai ini terletak di sebelah kanan menghadap ke arah Blue Lagoon dan Teluk Kemang.

Macam mana nak ke sini?

Ada satu laluan kecil di sebelah kanan kira kira 10 minit perjalanan dari pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Anda perlu meredah hutan selama 10-15 minit untuk sampai ke sini. Tiada tangga di sediakan seperti pantai yang berada si sebelah kiri (rujuk gambar di bawah).

Kawasan ini sesuai untuk berkemah sebab pantainya agak panjang dan lebar.

Dari kawasan pantai juga anda boleh nampak puncak Bukit Batu Putih sambil mendengar bunyi air laut dan menghidu bau alam semulajadi yang menyegarakan minda.

Nota Peringatan: Kebersihan kawasan sekitar perlu sentiasa di jaga, kalau nak camping di sini, pastikan jangan tinggalkan sisa sampah di sini. Bawa sampah itu keluar dan buang di tempat pembuangan sampah yang di sediakan.

tanjung tuan laut jernih

Gambar di atas pula adalah kawasan di sebelah kanan.

Kawasan pantai atau teluk di sini tak sebenar kawasan pantai di sebelah kanan, dan kawasan ini lebih banyak berbatu yang menjadi lokasi kaki pancing. Tapi pemandangannya tak kurang hebat, dari sini boleh nampak hotel Lexis Hibiscus!

Macam mana nak ke sini?

Anda hanya perlu melepasi Laluan Burung yang ada di sebelah kiri, dan meredah kawasan hutan. Perjalanan meredah hutan menuruni bukit mengambil masa 10-15 minit.

tanjung tuan cape rachado (6)

Malangnya untuk tahap fitness uncle, nak check-in semua 4 tarikkan dalam satu hari memang uncle tak larat. Sebab tu uncle datang 3 kali untuk check-in dan teroka semua tarikkan yang ada di sini.

Siapa yang rasa fit tu, uncle cabar terjah semua tarikkan yang ada di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni dalam masa setengah hari! hehehe. 😉

Nota: Anda boleh masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dengan harga RM 1 seorang. Ia di buka dari jam 7 pagi sehingga 6 petang. Kalau nak bermalam atau camping disini, perlu maklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu untuk mengelakkan masaalah tidak di ingini berlaku.




9,721 total views, 7 views today

Share
Comments
  1. Farzana
  2. Farzana
  3. Saufi
    • Uncle Zuan
  4. fatini
  5. nabil
    • Uncle Zuan
    • johanna
  6. johanna
    • Uncle Zuan
  7. Nafa
    • Uncle Zuan
  8. Ezad Skytech
  9. Noriza Rahman
  10. Mejuez
  11. Faris
  12. zik
  13. aRz MoHa
  14. sabree hussin
  15. MDHAFiZ.NET
  16. mrhanafi
  17. spa8i
  18. bahrain
  19. Raihanah Ahmad
  20. olaoli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge