4 Aksesori Kamera GoPro Untuk Beginner

Share

Kamera aksi GoPro kini menjadi trend kegilaan anak muda, penggemar sukan aksi lasak, kaki travel, tangan selfie dan siapa-siapa sahaja yang gemar mengambil gambar. Uncle pun tak ketinggalan untuk memiliki satu set kamera aksi yang kecil comel ini.

Model yang uncle guna sekarang adalah Hero 4 Silver. Dekat setahun uncle menggunakan kamera GoPro, dan kali pertama uncle ber-experiment menggunakannya ketika travel adalah pada trip uncle ke Langkawi pada bulan Mei 2015.

Bayak juga yang tanyakan uncle tentang aksesori yang uncle pakai untuk GoPro uncle, dan ada juga yang baru pertama kali beli, masih blur nak beli aksesori apa.

Jadi untuk entri kali ini, uncle nak kongsi aksesori-aksesori beginner yang perlu anda ada kalau anda dah ada atau plan nak pakai kamera GoPro. Aksesori ni uncle rekomen ikut dari apa yang uncle pakai (sebab uncle masih kategori beginner dalam menggunakan kamera GoPro ni), tak ikut dari apa yang orang lain pakai sebab lagi senang nak terangkan fungsi setiap aksesori dan kenapa uncle gunakannya.

4 Aksesori Kamera GoPro Untuk Beginner

1. GoPro 3-Way

GoPro 3-Way

Ini adalah mount serba guna keluaran eksklusif dari GoPro. Mount ni adalah aksesori pertama yang uncle beli dan masih guna sehingga sekarang sebab banyak fungsi mount ni boleh tawarkan. 3-Way menawarkan fungsi; kamera grip, extension arm, dan tripod.

Panjang mount 3-way adalah 19cm dan boleh dipanjangkan hingga 50.8cm. Ikut dari kepanjangannya, tak luas sangat gambar yang anda boleh ambil dengan menggunakan 3-Way ni.

Mount ni sangat berguna kalau uncle travel sorang-sorang sebab boleh di jadikan sebagai tripod! Uncle set je time-lapse dan boleh posing ikut kehendak uncle ikut jarak yang uncle mahukan.

Harga market: RM 319.00

2. Smatree Charger dan Set Bateri

 

Smatree Charger dan Set Bateri

Menarik mengenai aksesori untuk kamera GoPro adalah pilihan aksesori dan brand yang ada mengikut bajet dan fungsi. Kelemahan pada kamera GoPro adalah ketahanan bateri dia. Memang tak tahan lama, cepat habis. Jadi untuk solusi masalah ini, bateri tambahan perlu la ada. Berapa banyak bateri perlu ada? Bergantung kepada berapa kerap anda pakai GoPro anda dalam seharian travel.

Uncle pilih brand Smatree sebab murah dan daya tahan setanding bateri original GoPro. Satu kotak charger dan bateri Smatree anda boleh dapat 2 bateri, 3 slot charger, wall plug dan soket adapter, USB chord dan car charger.

Harga market: RM 150.00

3. Sandmarc Pole Black Edition

Sandmarc Pole Black Edition

Masaalah yang uncle dapati apabila pakai mount 3-Way adalah had panjangnya iaitu 50.8cm sahaja. Jadi amat sukar kalau uncle nak ambil gambar pemandangan yang lebih luas. Dengan adanya Sandmarc Pole Black Edition, masalah itu hanya di celah gigi.

Pole ini boleh memanjang sehingga 100cm! Awesome kan? 2 kali ganda panjang yang 3-way boleh tawarkan kepada uncle. Dengan adanya pole ini, uncle boleh buat 360 degree video like a boss.

Harga market: RM 179.00

4. Sandmarc Carbon Grip

Sandmarc Carbon Grip

Kalau nak main-main air di lautan atau sungai bersama GoPro kena la ada aksesori yang sesuai supaya………. tak tenggelam GoPro anda. Pernah terjadi kes dekat kawan uncle, dia punya kamera terlepas dari gengaman ketika tengah snorkeling, dan jatuh ke dalam lautan.

Jadi follow up daripada kes itu, uncle pun beli la mount Sandmarc Carbon Grip. Ia adalah floating bobber untuk GoPro anda. Tak perlu risau kalau terlepas dari gengaman tangan atau tali grip tangan terputus ketika berada di dalam air sebab ia akan mengapungkan GoPro anda semula. Selesa di pegang mount ni sebab saiz dia yang besar.

Harga market: RM 139.90

 

Mana nak beli semua aksesori ni? Banyak di jual di kedai yang menjual GoPro, kedai kamera, dan IG shop. Uncle sendiri beli di IG Shop je sebab malas nak ke kedai.

Uncle rekomen beli barang semua aksesori ni dekat KGProGear atau SmuggldPro. Dah banyak kali uncle beli dekat diorang dan servis diorang memang mesra pelanggan dan laju bab penghantaran barang (pos boleh, COD pun boleh). Diorang bagus bab rekomen apa aksesori yang berbaloi di beli ikut bajet dan kegunaan kepada anda.

Share
Comments
  1. arenadigital
    • Uncle Zuan
  2. bisakali
  3. Ikhwan
  4. YB Shehan
  5. semak saman
  6. zool
  7. siti hazreen
  8. Bisnes Online
  9. JULIA JOHARI
  10. Noriza Rahman
  11. Tonik Ajaib
  12. titan
  13. Anuar
  14. MDHAFiZ.NET
  15. mrhanafi
  16. JMR
  17. seri nian
  18. Olaoli
  19. Raihanah Ahmad
  20. mejuez
  21. mawardiyunus
  22. Penaberkala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge