3 Idea Power Beli Kereta

Share

Okeh, siapa tak nak ada kereta kan? Uncle pun teringin nak ada kereta sendiri. Tapi masih belum mampu, dan masih bukan satu keperluan untuk uncle. Jadi uncle tak beli lagi kereta. Uncle hanya pinjam kereta abah uncle sahaja kalau memerlukan kereta.

Lagipun di Malaysia ni kemudahan awam kan banyak? Pakai je la, lebih jimat dan boleh kurangkan kesesakkan lalu lintas.

Dan kalau anda perasan, harini, kebanyakkan anak muda bila dah mula kerja sahaja, akan terus sebat sebiji kereta. Setuju?

Tak salah nak beli kereta, cuma yang salahnya beli kereta ikut nafsu. Akibatnya, sanggup bayar installment kereta yang mahal semata-mata untuk penuhi kehendak hawa nafsu.

Macam mana uncle masih tahan hawa nafsu uncle dari beli kereta-kereta terkini? Jawapannya mudah sahaja. Uncle baca buku kewangan yang ditulis sifu kewangan, Azizi Ali. Menurut tuan Azizi Ali, tujuan asal kereta di cipta adalah untuk memudah kita dari point A ke point B.

Okay, uncle bukan nak cerita pasal Azizi Ali di sini. Kalau nak cerita pasal idea tuan Azizi Ali ni, memang 10 entri pun tak habis hehe. Jadi korang cari dan baca sendiri la buku-buku tulisan beliau. In sha Allah celik kewangan macam uncle. 😀

Tips POWER jaga kereta

Uncle sebenarnya nak share dengan anda semua idea power membeli kereta yang anda boleh praktiks. Idea ni uncle dapat dari kelas DIY Financial Freedom yang uncle telah hadiri pada hujung bulan ogos yang lepas. Kelas ni telah di anjurkan oleh EZAZ Wealth Academy.

Uncle tak kongsi semua idea bijak yang di berikan tuan Alwi Adam, tapi share sebahagian sahaja idea kepada anda. Nak tau semua, kena la ke kelas hehe…

Ada 6 idea power membeli kereta yang di kongsikan pada kelas DIY FInancial Freedom yang uncle telah hadiri, tapi uncle akan hanya kongsikan 3 sahaja. Lagi 3 korang kena korek sendiri hehe.

Tapi tengok la, kalau anda pandai bodek uncle, mungkin uncle akan kongsi lagi 3 idea di entri akan datang…

kereta tempatan berbaloi proton saga

3 Idea POWER Beli Kereta Yang Tak Di Ajar di Sekolah

1. Harga Kereta Tak Melebihi Gaji Tahunan – Rata-rata ramai tersiap hal ni, Rata-rata membeli kereta pada harga yang mengarut, dan biasanya lebih 1 kali ganda dari gaji tahunan. Contoh Ali dengan gaji tahunan RM 36k lebih cenderung untuk membeli kereta Vios sebagai kereta pertama beliau, katanya lebih jimat minyak dan resale value lebih tinggi. Jadi beliau ikat 9 tahun dengan installment bulanan lebih kurang RM 700 sebulan. Jadi berapa baki duit untuk Ali belanjakan setiap bulan? Berapa pula simpanan yang Ali boleh buat? Sebaliknya kalai gaji tahunan 36k, adalah lebih baik beli kereta tempatan yang berharga lebih murah seperti Produa Axia ataupun Proton Saga.

2. Beli 2 kereta sekaligus – Bunyi macam tak masuk akal kan? Tapi korang boleh beli 2 kereta kalau apply tips yang pertama iaitu beli harga kereta tak melebihi gaji tahunan. Satu kereta yan di beli untuk kegunaan peribadi atau pun untuk digunakan sebagai sumber pendapatan, lagi satu kereta, buat la sewa. Kalau kena dengan tempat, inshaAllah duit untung sewa tu, boleh di gunakan untuk bayar installent kedua-dua kereta yang di beli. Jadi dua-dua kereta tu modanya hanya downpayment! Selepas beberapa bulan atau tahun sewakan kereta ke-2, modal downpayment mesti dah dapat balik, dan pada masa yang sama, tak perlu risau sudah dengan instalment bulanan.

3. Bayar tunai – Kalau ada cash lebih, sebaiknya beli la kereta secara cash. Tak hutang, dan cashflow pun tak tenat. Banyak kereta 2nd hand yang  boleh di beli pada harga bawah RM 20k yang masih bagus kondisi-nya. Banyak tips-tips membeli kereta terpakai yang bole di dapatkan di internet pada harini ini. Pastikan juga anda bawa saudara atau kawan yang pakar bab kereta suapaya tak di tipu semasa membeli kereta terpakai.

Tips POWER jaga kereta

Ok rasanya 3 idea power beli kereta ni pun dah cukup kan?

Sebenarnya, pada uncle, satu idea power sahaja dah mencukupi. Kita hanya perlu pandai gunakan idea yang di berikan tersebut untuk maksimakan penjimatan kewangan dalam usaha mencapai kebebasan kewangan pada usia muda.

Akhir sekali, tak salah nak beli kereta, cuma jadilah pembeli kereta yang POWER!

 

Nota kaki: Siapa di sini adalah fulltime blogger? Macam mana ya kehidupan seorang blogger sepenuh mana? Boleh kongsikan?

Share
Comments
  1. Ridz ayeop
  2. Zainab
  3. Wanyob
  4. suterakasihyann
  5. Hafiz Rahim
  6. MDHAFiZ.NET
  7. Hero Borneo
  8. Ummul azkee
  9. Alin Marlini
  10. Anuar
  11. nurul
  12. Ezad Skytech
  13. Bahrain
  14. Raihanah Ahmad
  15. Siti Badariah Baharin
  16. titan
  17. Khairul Hilmi Sidek
  18. bukharimalek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge