3 Gadget Yang Uncle Beli Dalam Masa 6 Bulan

Share

Alhamdulillah, ketika uncle tulis entri ni, kita dah 4 hari berpuasa. Macam-macam dugaan di tempat kerja uncle di bulan puasa ni, nanti la uncle cerita. Macam mana dengan puasa korang? Harap semuanya bagus-bagus belaka. Kalau tak bagus, jangan bagitau kenapa, sendiri simpan sudah la ye hehe 😀

Hawa dan nafsu. Kita ni manusia. Bila nama pun manusia, memang selalu kalah dengan kehendak hawa dan nafsu. Uncle tewas perhitungan dengan hawa nafsu banyak kali. Menang dengan ‘natang’ tu juga banyak kali. Tapi in the end, uncle rasa uncle lagi banyak kalah dari menang haha. Any tips untuk kalahkan natang bernama hawa nafsu ni?

Entri ni bukan nak menunjuk apa bende uncle beli. Takkkkk sama sekali. Uncle just nak share. Bila orang tau apa kita ada, nanti senang nak tanya bagus ke idak benda alah tu, macam mana nak pakai dengan lebih efficient, dan sebagainya.

iphone 6 64gb silver

Tahun lepas uncle follow giler-giler dengan update mengenai keluaran terbaru Apple iaitu iPhone 6. Daripada rumors, ke leaked image dan hingga ke final release. iPhone 6 masuk ke dalam pasaran Malaysia pada bulan November dan seminggu selepas ia masuk, terus uncle rembat iPhone 6 64 GB warna silver, dan terus terikat dengan Celcom untuk 1 tahun. Hasilnya, sangat la puas hati. Sehingga kini uncle masih 90% puas hati menggunakan iPhone 6. Lagi 10% peratus tu tak puas hati sebab bateri cepat kong! Hahaha I am iFag!

Selang beberapa bulan selepas tu, dalam bulan Januari 2015, laptop uncle buat hal. Tu yang kalau korang perasan, dalam period tu, uncle kurang update blog. Laptop tu uncle pakai waktu zaman belajar lagi. Dah lebih kurang 5 tahun la pakai. Memang jangkahayat sebuah laptop adalah 5 tahun. Kalau lebih 5 tahun tu memang boleh kata laptop tu kategori legend! Tahan punya tahan dengan ragam laptop uncle, akhirnya uncle give up, dan pada bulan Febuari uncle angkap laptop baru berjenama HP!

hp beats special edition notebook

 

Memang best dan stylo laptop ni. Special edition HP + Beats!

Saiz screen 15.6″! Ada function touch screen! 8GB memori! 1TB HardDrive! Windows 8.1! Ada lampu LED dekat keyboard! Gua bagitau lu, on off laptop tak sampai 5 saat!!! Memang power natang ni hohoho 😀

Ketahui rahsia bersedekah!

Lepastu, tak puas dengan laptop. Uncle angkat pula kamera aksi GoPro Hero 4 Silver! Pada mulanya uncle nak jual kamera Lumix Gx1 uncle sebelum beli kamera baru. Tapi orang tua ni memang selalu kalah dengan musuh bernama ‘hawa nafsu’, dia pi beli pulak kamera baru sebelum jual kamera lama dia. Hadoiiii! Last last tak terjual pun kamera Lumix uncle tu. Kalau ada sesiapa nak beli kamera uncle tu, PM la uncle ya.

gopro hero 4 silver with 3 way grip

GoPro ni memang kamera yang buat kita tak segan nak bergambar (GoPro bukan sekadar selfie kamera okay). Bukan tu je, korang takkan rasa risau bila pakai kamera di mana-mana ni sebab dia boleh di pakaikan casing yang mampu melindungi kamera dari luar. Super puas hati dengan kualiti gambar dan function yang ada pada kamera ini. Kalau nak beli GoPro, pastikan korang beli full set termasuk 3-way pole, dan bateri tambahan. Memori kad kena pastikan speed dia lebih 60mbps sebab kalau slow speed dia, firmware boleh tak stabil. Nanti ada masa, uncle update lebih panjang pasal GoPro ni.

Walaubagaimanapun, uncle NO REGRET la dengan apa yang uncle spend dalam 6 bulan ni. Total perbelanjaan dekat RM7500! Memang hangus orang kata, tapi itu apa orang kata, kita yang beli ni? Mesti la kata puas hari kan? Dah kita yang beli.

 

Lesson pada entri ini kepada semua, tak salah kita invest atau bayar diri kita dengan gadget-gadget atau apa sahaja benda asalkan ia dapat memberikan kita faedah dan bukan memberi masalah seperti hutang dan sebagainya. Always pays yourself first after that baru pay to Along bukit beruntung hehe..

 

Nota kaki: Uncle masih lagi rindu dengan blogger event #SBBYeos2015 yang lepas. Will I see you again? Kalau tak ada pihak yang organize, jom kita organize sama-sama, kasi havoc sama-sama sampai semua orang nak jadi blogger! 😀

Share
Comments
  1. Sani
  2. sabree hussin
  3. Wonderweiss
  4. Noriza Rahman
  5. Yeen
  6. Khir Khalid
  7. titan
    • Uncle Zuan
  8. adarain
  9. Hairul Hissam
  10. Miera Nadhirah
  11. mrhanafi
  12. faris aiman
  13. Jia Rizaira
  14. zik
  15. sensasi2020
  16. reezluv
  17. Hafizul
  18. Fayreen
  19. musadun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge