2015 Berlalu Dengan Bersahaja, 2016 Bakal Berlalu Dengan Kelainan

Share

Tak banyak yang berlaku sepanjang tahun 2015.

Hmm mungkin la kot? Uncle pun ingat-ingat lupa. Biasa la dah tua, lupa tu selalu terjadi.

 

Okay. tak banyak yang berlaku pada awal tahun 2015. Ia lebih kepada peringkat mengukuhkan kerjaya uncle sahaja.

Banyak masa uncle habiskan untuk tengok siri orang putih seperti Game of Thrones, Gotham, Daredavel, The Flash, Marvel Agent of SHIELD.

Hmm banyak juga sebenarnya masa uncle dah rugikan pada tahun 2015.

Sebab tu uncle kata ia berlalu dengan bersahaja.

Pada yang dah lama baca blog uncle, pasti perasan yang uncle kurang update blog pada awal hingga pertengahan tahun 2015.

Banyak masa uncle buangkan.

 

Adeh. Ruginya….

 

Tapi tu la kan, tak guna menyesal. Jadikan ia sebagai pengalaman yang kita tak nak buat lagi.

Yup.

Tahun ni uncle nak kurangkan tengok siri dari negara orang putih, nak kurangkan menonton film.

Banyak sangat masa uncle buangkan dengan tengok apa yang orang lain lakonkan.

Bukan betul pun semua tu kan? Hahaha

 

Oh ya.

Jangan gelak ya,

Uncle ada cubaan untuk sado kan diri pada tahun lepas.

Tapi last last hampeh je. Haha

Tak ada apa-apa kesan.

Mungkin sebab kurang effort.

Tapi tak pe, ada usaha. Cuma tak cukup sahaja kan.

 

Apa pun, alhamdulillah.

Uncle dapat tamparan pada pertengahan tahun 2015.

Uncle sedar uncle dah lama tak tulis blog, uncle sedar uncle dah tak boleh sadokan diri, uncle sedar uncle dah buang masa tengok drama dan film.

 

Uncle dan kawan uncle plan ke Saigon, Vietnam.

Uncle join SBBYeos 2015 dan kembali aktif tulis blog.

Uncle stop sadokan diri.

Uncle kembali berinteraksi dengan kawan-kawan untuk kembangkan network.

 

Seriusly, travel mampu mengubah anda.

Uncle banyak berubah sejak balik dari Saigon.

Uncle dah mula minat travelling sampai niche blog ni uncle dah ubah dari personal kepada lifestyle dan travel.

 

best nine 2015 uncle zuan 11

Uncle dah nampak semula apa yang uncle nak.

Dan uncle akan pastikan tahun 2016 bukan tahun biasa sahaja.

Ia akan jadi tahun paling bermakna kepada uncle dan insan-insan kesayangan uncle.

 

Jadi.

Hello 2016.

Prepare for new me.

Prepare for something big from me 🙂

 

Nota kaki: Uncle masih lagi dalam personal projek untuk siapkan projek lawat Negeri Sembilan. Uncle lihat banyak tempat yang menarik, yang kurang di ceritakan, kurang informasi. Uncle akan cuba jadikan Negeri Sembilan tempat menarik untuk di lawati. Mohon pihak Lembaga Perlancongan Negeri Sembilan jadikan Neg Sembilan ni tempat mesra pelancong.

Share
Comments
  1. omydroid
  2. Migha
  3. Noriza Rahman
  4. akubiomed
  5. Fauzi Sabri
  6. Ezad Skytech
  7. Sheila Adziz
  8. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge