15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018
Sukan Olimpik Musim Sejuk (Winter Olympic Games) merupakan temasya sukan antarabangsa yang diadakan setiap 4 tahun. Sukan yang melibatkan ais atau salji adalah sukan yang dipertandingkan pada temasya ini.
Negara peserta (iaitu Jawatankuasa Olimpik Negara) akan menghantar atlet-atlet mereka untuk bertanding bagi meraih pingat emas, perak dan gangsa dalam acara-acara yang dipertandingkan.
Atas disebabkan tak banyak negara yang mengalami usim sejuk, jumlah atlet yang bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk adalah kurang daripada Sukan Olimpik Musim Panas. Jadi atas sebab itu Sukan Olimpik Musim Panas adalah lebih popular daripada Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Tahun hadapan iaitu antara 9 dan 25 Februari 2018 akan berlangsung Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 (XXIII Olympic Winter Games atau Sukan Musim Sejuk Olimpik ke-23 atau 2018 PyeongChang Winter Olympic) di PyeongChang, Korea Selatan.
15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018
1. Selepas membida sebanyak tiga kali berturut-turut, Pyeongchang menang sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23.
2. PyeongChang Winter Olympic 2018 akan menjadi Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama diadakan di Korea Selatan dan merupakan Sukan Olimpik kedua selepas Sukan Olimpik 1988 di Seoul.
3. PyeongChang merupakan bandar ke-3 Timur Asia yang akan menjadi tuan rumah untuk Winter Games selepas Sapporo Japan (1972), dan Nagano Japan (1998).
4. PyeongChang menangi bidaan ke-3 selepas 2 kali tewas kepada Vancouver di Kanada dan Sochi di Rusia.
5. Visi untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 adalah New Horizons yang bermaksud generasi muda yang baru datang berkumpul di pentas besar di Asia untuk membuka horizon baharu dalam Sukan Musim Sejuk dan mencipta warisan baru yang mampan untuk wilayah Gangwon dan Republik Korea.
6. Manakala slogan pula adalah Passion, Connected. Passion adalah simbol semangat yang Pyeongchang 2018 melancarkan era baru untuk festivity dan hospitaliti. Manakala Connected pula bermaksud budaya tradisional dan moden Korea dihubungkan dengan teknologi canggih yang merentasi generasi.
7. Soohorang dan Bandabi adalah maskod rasmi untuk temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk ini. Soohorang adalah harimau putih yang dipercayai merupakan penjaga negara Korea. Bandabi pula adalah asiatic beruang hitam yang mempunyai bulan simbol bulan sabit di dadanya mewakili keberanian dan kekuatan orang Korea.
8. Temasya sukan ini akan disertai oleh 95 negara dengan kira-kita 50,000 orang peserta.
9. Wilayah Gangwon adalah wilayah ke-2 terbesar di Korea dengan populasi penduduk lebih dari 1.5 juta orang.
10. Antara tarikkan yang ada di PyeongChang adalah Woljeongsa Temple (Mt.Odeasan), ladang Samyang, Herb Nara, dan Sheep Ranch.
11. 3 Bandar Sukan Olimpik untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 adalah PyeongChang, Gangneung, Jeongseon.
12. Acara sukan yang akan dipertandingkan adalah; Alpine skiing, Biathlon.Bobsleigh, Cross-country skiing, Curling, Figure skating, Freestyle skiing, Ice hockey, Luge, Nordic combined, Short track speed skating, Skeleton, Ski jumping, Snowboarding dan Speed skating.
13. Majlis perasmian dan penutupan Winter Olympics 2018 and the Winter Paralympics 2018 akan diadakan di Pyeongchang Olympic Stadium yang dibina dengan kos sebanyak 86 billion won.
14. Antara penaja rasmi Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 adalah Alibaba Group, Atos, Bridgestone, The Coca-Cola Company, Dow Chemical Company, General Electric, McDonald’s, Microsoft, Omega SA, Panasonic, Procter & Gamble, Samsung Electronics, Toyota, Visa Inc., Korean Air, KT Corporation, LG Electronics, POSCO, SC Group, VF Corporation dan Lotte.
15. Dentsu Inc. syarikat pengiklanan dan perhubungan awam antarabangsa Jepun, akan menjadi broadcaster rasmi untuk sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 bagi 22 negara Asia. Bermakna Malaysia akan menerima broadcast exclusive dari Dentsu.
Tak sabarnya nak tunggu PyeongChang Winter Olympic 2018. Doakan uncle ada rezeki untuk ke sana melihat dan merasai kemeriahan temasya sukan yang hebat ini.
*****
Wow! 2018 PyeongChang adalah program supporter yang direka khas oleh KTO Malaysia bagi menjalankan kerjasama dengan pengaruh social media dan penulis blog di Malaysia bagi bersama-sama mempromosikan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018.
Setiap ahli WOW! 2018 PyeongChang akan melakukan posting secara berkala tentang sukan Olimpik yang bakal dilangsungkan seperti mengenai stadium dan permainan, sumber-sumber pelancongan dan perayaan di bandar Olimpik dan lain-lain melalui medium blog, media social dan saluran SNS.
35,532 total views, 13 views today
sukan dia memang best jugak, layan gile
Dila recently posted…Luka Bernanah Akibat kencing Manis Cepat Sembuh..Doktor Tak Jadi Potong tangan
sudah pasti sgt menarik ….
tengok dari persiapan yang giat dilakukan bagi menjayakan sukan olimpik dan paralimpik pyeongchang 2018 ni, pasti ia menjanjikan temasya sukan yang menarik dan terbaik
Uncle Zuan recently posted…Rawatan Bekam Professional Dr Hijama
Bukan senang sesebuah negara nak memenangi bidaan untuk penganjuran sesuatu temasya sukan. Tentunya negara yang memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk telah melakukan pelbagai usaha.
Perawat Islam recently posted…Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah.2)
ya segala usaha dalam menjadikan temasya sukan berjaya dengan jayanya perlu dibuat dengan rapi tanpa ambil mudah dari mana-mana sudut
Uncle Zuan recently posted…Baiki Gadget Face 2 Face Di Chamo Bangi
Terimakasih infonya uncle, semoga boleh uncle tuh terikut dalam kemeriahan acara ini nanti.#akucukupcinderamatanya #hahaha Kalo boleh lagi ajak aku ya#hahaha #dikeplak
Salam kenal uncle Zuan, newbie from Pekanbaru (negeri sebelah)
ya, harap ada rezeki ke sana nanti untuk melihat sendiri Sukan Olimpik Musim sejuk di PyeongChang Korea
Uncle Zuan recently posted…Baiki Gadget Face 2 Face Di Chamo Bangi
Teringin juga nak pergi sana saksikan sendiri. nanti kalau dapat pergi jangan lupa ajak okay hahahaha.
Seorang Syed recently posted…FEBRUARY IN A NUTSHELL
yeah, harap ada rezeki untuk kita ke sana nanti
Uncle Zuan recently posted…Baiki Gadget Face 2 Face Di Chamo Bangi
sukan olimpik musim sejuk memang best tu..
cabaran besar bagi kita yang berada di bumi khalustiwa
Hero Borneo recently posted…4 Teknik Lejen Perunding Takaful Dapat Jualan
kan best kalau Malaysia pun dapat sertai sukan olimpik musim sejuk.
ilmu yang menarik..
harap ia memberi pencerahan kepada anda mengenai sukan olimpik yang bakal berlangsung tak lama lagi 😉
Uncle Zuan recently posted…15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018
tahu pasal sukan ni sebab actress saimdang tu jadi duta
RAIHANAH AHMAD recently posted…Benarkah Soya Penyebab Kanser Payudara Pandangan Saintis
yup, dan location pengambaran drama Saimdang tu pun dekat Gangneung, salah satu bandar yang akan host Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 😉
pasti hebat edan menarik sukan kali ini
ya pasti punya, lagi lagi ia adalah olimpik musim sejuk yang pertama di Korea. Pasti gempak punya
Uncle Zuan recently posted…15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018
Tak sabar pula nak tunggu sukan olimpik kali ni.. pasti menarik, maskot pun comel2 semuanya..
dedauncomel.com recently posted…Dapat RM 5 Dengan Setiap Link Yang Anda Promote
yeah. pasti happening punya mascot rasmi dia comel kan. Uncle rasa nak cari dan beli Soohorang dan Bandabi ni
Uncle Zuan recently posted…15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018
wahh nice sharing at least tahu lah jugak serba sedikit pasal sukan olimpik nih
ramai yang mungkin tak perasan yang sukan olimpik musim sejuk bakal berlangsung dalam kurang setahun dari sekarang. Uncle sangat excited sebab dia buat kat Korea tahun ni 😀
Uncle Zuan recently posted…15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018