15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018

Share

Sukan Olimpik Musim Sejuk (Winter Olympic Games) merupakan temasya sukan antarabangsa yang diadakan setiap 4 tahun. Sukan yang melibatkan ais atau salji adalah sukan yang dipertandingkan pada temasya ini.

Negara peserta (iaitu Jawatankuasa Olimpik Negara) akan menghantar atlet-atlet mereka untuk bertanding bagi meraih pingat emas, perak dan gangsa dalam acara-acara yang dipertandingkan.

Atas disebabkan tak banyak negara yang mengalami usim sejuk, jumlah atlet yang bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk adalah kurang daripada Sukan Olimpik Musim Panas. Jadi atas sebab itu Sukan Olimpik Musim Panas adalah lebih popular daripada Sukan Olimpik Musim Sejuk.



Tahun hadapan iaitu antara 9 dan 25 Februari 2018 akan berlangsung Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 (XXIII Olympic Winter Games atau Sukan Musim Sejuk Olimpik ke-23 atau 2018 PyeongChang Winter Olympic) di PyeongChang, Korea Selatan.

PyeongChang-2018 (4)

15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018

1. Selepas membida sebanyak tiga kali berturut-turut, Pyeongchang menang sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23.

2. PyeongChang Winter Olympic 2018 akan menjadi Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama diadakan di Korea Selatan dan merupakan Sukan Olimpik kedua selepas Sukan Olimpik 1988 di Seoul.

3. PyeongChang merupakan bandar ke-3 Timur Asia yang akan menjadi tuan rumah untuk Winter Games selepas Sapporo Japan (1972), dan Nagano Japan (1998).

4. PyeongChang menangi bidaan ke-3 selepas 2 kali tewas kepada Vancouver di Kanada dan Sochi di Rusia.

PyeongChang-2018

5. Visi untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 adalah New Horizons yang bermaksud generasi muda yang baru datang berkumpul di pentas besar di Asia untuk membuka horizon baharu dalam Sukan Musim Sejuk dan mencipta warisan baru yang mampan untuk wilayah Gangwon dan Republik Korea.

6. Manakala slogan pula adalah Passion, Connected. Passion adalah simbol semangat yang Pyeongchang 2018 melancarkan era baru untuk festivity dan hospitaliti. Manakala Connected pula bermaksud budaya tradisional dan moden Korea dihubungkan dengan teknologi canggih yang merentasi generasi.

7. Soohorang dan Bandabi adalah maskod rasmi untuk temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk ini. Soohorang adalah harimau putih yang dipercayai merupakan penjaga negara Korea. Bandabi pula adalah asiatic beruang hitam yang mempunyai bulan simbol bulan sabit di dadanya mewakili keberanian dan kekuatan orang Korea.

8. Temasya sukan ini akan disertai oleh 95 negara dengan kira-kita 50,000 orang peserta.

9. Wilayah Gangwon adalah wilayah ke-2 terbesar di Korea dengan populasi penduduk lebih dari 1.5 juta orang.

10. Antara tarikkan yang ada di PyeongChang adalah Woljeongsa Temple (Mt.Odeasan), ladang Samyang, Herb Nara, dan Sheep Ranch.

PyeongChang-2018

11. 3 Bandar Sukan Olimpik untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 adalah PyeongChang, Gangneung, Jeongseon.

12. Acara sukan yang akan dipertandingkan adalah; Alpine skiing, Biathlon.Bobsleigh, Cross-country skiing, Curling, Figure skating, Freestyle skiing, Ice hockey, Luge, Nordic combined, Short track speed skating, Skeleton, Ski jumping, Snowboarding dan Speed skating.

13. Majlis perasmian dan penutupan Winter Olympics 2018 and the Winter Paralympics 2018 akan diadakan di Pyeongchang Olympic Stadium yang dibina dengan kos sebanyak 86 billion won.

PyeongChang-2018

14. Antara penaja rasmi Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 adalah Alibaba Group, Atos, Bridgestone, The Coca-Cola Company, Dow Chemical Company, General Electric, McDonald’s, Microsoft, Omega SA, Panasonic, Procter & Gamble, Samsung Electronics, Toyota, Visa Inc., Korean Air, KT Corporation, LG Electronics, POSCO, SC Group, VF Corporation dan Lotte.

15. Dentsu Inc. syarikat pengiklanan dan perhubungan awam antarabangsa Jepun, akan menjadi broadcaster rasmi untuk sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 bagi 22 negara Asia. Bermakna Malaysia akan menerima broadcast exclusive dari Dentsu.

Tak sabarnya nak tunggu PyeongChang Winter Olympic 2018. Doakan uncle ada rezeki untuk ke sana melihat dan merasai kemeriahan temasya sukan yang hebat ini.




*****
Wow! 2018 PyeongChang adalah program supporter yang direka khas oleh KTO Malaysia bagi menjalankan kerjasama dengan pengaruh social media dan penulis blog di Malaysia bagi bersama-sama mempromosikan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018.

Setiap ahli WOW! 2018 PyeongChang akan melakukan posting secara berkala tentang sukan Olimpik yang bakal dilangsungkan seperti mengenai stadium dan permainan, sumber-sumber pelancongan dan perayaan di bandar Olimpik dan lain-lain melalui medium blog, media social dan saluran SNS.

13,365 total views, 8 views today

Share
Comments
  1. Dila
  2. lokmanamirul
    • Uncle Zuan
  3. Perawat Islam
  4. sarah
  5. Seorang Syed
  6. Hero Borneo
    • Uncle Zuan
  7. Wan Syahida
  8. RAIHANAH AHMAD
    • Uncle Zuan
  9. dedauncomel.com
  10. ira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge