14 Perkara Yang Anda Boleh Buat Kalau Anda Ke Perth

Share

Perth… Tak dinafikan cintaku memang tertinggal di Perth, Australia.

Baru 4 hari travel ke Perth, masih terasa rindunya sehingga hari ini.

Tapi kenapa Perth?

Kenapa bukan bandar besar lain yang ada di Austrlia seperti Sydney atau Melbourne?

Hmm… Tak tercerita sebenarnya dengan kata-kata kalau uncle nak jelaskan kenapa uncle suka Perth dan tak mustahil uncle akan ke sana lagi suatu hari nanti.

Anda kena ke Perth untuk merasakan bahang cinta yang ada di Perth.

Baca > Seram Sejuk Menginap Di Cottage Frementle Prison YHA

Baik, kalau sebelum ni uncle kongsikan pengalaman menginap di homestay Amnahome ketika berada di Perth. Memandangkan ramai yang tanyakan travel itinerary Perth. Maaf uncle tak dapat nak sediakan full itinerary Perth. Tapi uncle nak kongsikan apa yang anda boleh buat di Perth sebagai rujukkan.

Perkara Yang Anda Perlu Buat Kalau Anda Ke Perth

1) Menginap di salah sebuah homestay milik Amnahome.

Pengalaman menginap di homestay yang disediakan oleh Amnahome adalah priceless, dan mesti dicuba kepada semua yang ingin ke Perth untuk merasakan kelainan ketika traveling.

Kenapa Berbaloi Menginap di Homestay Amnahome Perth

Amnahome, feels like home…

Untuk tempahan homestay Amnahome, boleh PM direct mereka di FB Page Official Amnahome. Boleh baca review uncle menginap di Amnahome homestay Perth di >>> sini.

2) Layan menu nasi campur dan menu western di Insan’s Kafe.

Mencari makanan halal di Perth? Rindukan masakkan Malaysia? Apa kata cuba nasi campur, goreng-goreng dan western di Insan’s Kafe.

insans-cafe-perth-halal-food

Kebetulan time kami ke sana dapat berjuma dengan owner Insan’s cafe ni.
Rezeki, dapat pula cuba set burger baru diorang.
Sedap!
Sebagai seorang yang suka makan burger, uncle approve yang burger Insan’s Cafe buat memang sedap! Berbaloi untuk cuba.

Kalau nak dikirakan, 3 kali gak la uncle dan travel buddies uncle makan kat Insan’s cafe ni. Banyak lagi makanan halal kat Perth, tapi kami pilih untuk makan di sini sebab kafe ini dimiliki oleh orang Malaysia. Tambahan pula lauk pauk dia memang sedap dan harga yang lebih murah dari harga makanan di restoran makanan halal yang lain.

Nak ke sini mudah je, boleh google alamat Insan’s Cafe, ataupun kalau jauh nak jalan kaki boleh naik Red Cat dan berhenti di Murray Street.

Alamat Insan’s Cafe: 113-115 Murray Street, Perth WA 6000, Australia

3) Bergambar di Sekitar Elizabeth Quay dan Bell Tower

Elizabeth Quay dan Bell Tower adalah tarikkan yang berdekatan dengan Swans River yang merupakan antara tarikkan popular di bandar Perth.

perth-bell-tower

Bell Tower- Sebelum ini digelarkan sebagai Swan Bells, Bell Tower adalah landmark yang unik dan cantik yang terletak di Elizabeth Quay

Macam mana nak ke sini? Mudah je, kalau nak bus, pastikan anda naik Blue Cat bus dan berhenti di Barrack Square. Dan kalau naik train, boleh berhenti di Elizabeth Quay.

4) Cari Khangaskhan

Anda main Pokemon Go? Pasti anda tahu yang didalam game ni ada 4 jenis Pokemon yang hanya boleh ditangkap di beberapa region. Khangaskhan adalah Pokemon yang anda hanya boleh tangkap di Australia dan New Zealand. Jadi kalau anda main game Pokemon Go, jangan lepaskan peluang untuk tangkap Khangaskhan.

catching-pokemon-in-perth

Tangkap Khangaskhan adalah salah satu pencapaian yang membaggakan mereka yang main Pokemon Go

Tapi kalau anda tak main Pokemon Go, apa kata anda tangkap sahaja Khangaskhan sebab anda boleh buatkan kawan anda yang main Pokemon Go jeles dengan anda hehehe…

5) Makan Fish & Chips di Kailis Fish Market Cafe, Fremantle

fish-chips-kailis-fish-market

Fish & Chips kat sini memang sedap. Kami pekena pada malam pertama kami di Perth.

Nak ke Kailis Fish Market Cafe ni anda kena ambil train ke Fremantle. Take note yang kedai kedai kat sini semua tutup awal, kebanyakkannya tutup pada jam 5 hingga 7 petang. Nasib baik Kailis Fish Market Cafe ni buka sampai jam 8.30 malam. Jadi timing yang cantik untuk dinner.

Alamat: 46 Mews Rd, Fremantle WA 6160, Australia.

6) Bergambar di mural yang ada di sekitar bandar Perth

perth-street-mural

Abadikan kenangan anda di Perth dengan bergambar di mural mural yang ada di sini.

Jangan ingat Penang je famous dengan mural. Perth ada banyak mural mural yang cantik di sekitar bandarnya. Setiap blok bangunan, di penjuru, di jalan belakang, dan mana-mana dinding yang kosong, pasti ada mural. Uncle dan travel buds banyak habiskan waktu malam kami dengan mencari mural yang ada di sini. Dont worry, totally save walking at night 🙂

7) Memandu di Perth

memandu-kereta-di-perth

Pengalaman memandu di Perth adalah pengalaman yang priceless

Bertuah kita sebagai orang Malaysia sebab lesen memandu kita valid di negara lain. Jadi ambil peluang ini untuk merasakan pengalaman memandu di Perth.

Kereta boleh di sewa di Bayswater Car Rental. Anda boleh ke sini dengan berjalan kaki selama lebih kurang 15 minit dari setesen train Mciver.

Kadar sewaan kereta adalah serendah $25 untuk sehari (kalau sewa selama 7 hari). Kami ambil kereta Corolla pada hari ke-2 untuk ke The Pinnacles. Memandangkan kami hanya sewa untuk sehari, kadar sewaan sehari adalah $123.

Bayaran deposit dan sewa kereta HANYA diterima dengan kad kredit.

Alamat: 




8) Melawat The Pinnacles National Park

the-pinnacles

The Pinnacles. Tarikkan unik yang ada di Western Australia. Ia adalah pembentukkan batu kapur yang mempunyai bentuk yang unik.

Dah alang-alang sewa kereta tu, adalah baik untuk anda terjah The Pinnacles National Park. Perjalanan memandu kereta dari pusat bandar Perth ke The Pinnacles mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.

Jadi kalau nak ke The Pinnacles adalah lebih baik bergerak seawal pagi ke sana.

The Pinnacles National Park dibuka seawal 9.30 pagi, dan tutup pada jam 4.30 petang.

Fee kemasukkan untuk satu kereta adalah AUD $12.

9)  Melihat Kangaroo Liar Di Yanchep National Park

yanchep-national-park

Kangaroo di sini hidup secara liar. Jadi berhati hati kalau nak bergambar dengan Kangaroo di sini.

Yanchep National Park adalah rumah kepada Kangaroo liar di Western Perth. Maaf kat sini tiada kangaroo manja yang anda boleh selfie secara dekat sebab semua kangaroo kat sini liar. Ia menjadikan Yanchep National Park sebuah tarikkan unik di mata pengunjung.

Selain dari kangaroo anda juga boleh melihat koala, dan juga explore kawasan Yanchep National Park yang dipenuhi dengan hutan dan gua.

Yanchep National Park hanya lebih kurang 50 minit memandu dari pusat bandar Perth.

Fee kemasukkan ke Yanchep National Park untuk sebuah kereta adalah AUD $6.

Alamat: Yanchep National Park, Yanchep WA 6035, Australia.

10) Shopping di E-Shed Market & Frementle Market

e-shed-markets

Nak beli cenderamata untuk kesayangan di Malaysia? Anda boleh dapatkan barangan cenderamata pada harga murah di M-Shed Market dan Frementle Market.

Anda boleh beli cenderamata pada volume yang banyak dengan harga yang murah di E-Shed Market. Jangan terkejut kalau ada yang menegur anda dengan bahasa Melayu di sini.

Kalau nak beli cendramata yang unik boleh ke Frementle Market. Kat sini dah macam Central Market KL. Macam-macam cenderama unik anda boleh dapat kat sini.

E-Shed market ni hanya dibuka pada hari Jumat hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Jadi rancang betul-betul kalau nak ke sini.

Alamat E-Shed Market: Victoria Quay, Fremantle WA 6160, Australia

Alamat Frementle Market: South Terrace & Henderson St, Fremantle WA 6160, Australia

11) Melihat Pemandangan Bandar Perth Pada Waktu Malam Dari Puncak Kings Park

kings-park-night-view

Tak terkata kecantikkan bandar Perth dari puncak King’s Park

King’s Park ni adalah tempat paling wajib anda singgah kalau ke Perth. Kebiasaan pengunjung akan datang pada sebelah siang untuk melihat kecantikkan lanskap yang ada di sini. Tapi uncle dan travel buddies uncle ke sini pada sebelah malam untuk melihat pemandangan bandar Perth pada sebelah malam dari puncak King’s Park.

Anda boleh ke Kings Park dengan menaiki bus nombor 935.

12) Bermalam di Frementle Prison

fremental-prison-yha

Bermalam di salah sebuah rumah warden di Frementle Prison adalah pengalaman yang takkan dilupakan

Ada berani untuk bermalam di dalam salah sebuah cottage berdekatan Frementle Prison?

Banyak kisah kisah seram yang ada diceritakan penduduk sekitar kawasan ni. Ye la, penjara lama kot. Mesti la berkait dengan kisah kisah seram kan? hehe

Kadar sewaan satu cootage untuk satu malam adalah serendah AUD $690 boleh memuatkan sehingga 6 orang.

Alamat: 6 The Terrace, Fremantle WA 6160, Australia

13) Bergambar di Blue Boat House

blue-boat-house-perth

Blue Boat House semakin lama semakin popular. Lokasi dia berdekatan sahaja dengan Kings Park yang mana anda boleh akses dengan menaiki bus nombor 950 dan berhenti di Mounts Bay Road.

14) Sesatkan diri anda di bandar Perth

perth-australia

Sesat di bumi asing adalah salah satu cara terbaik untuk lebih kenali diri kita sendiri

Hahaha macam tak popular kan cadangan uncle? Sebenarnya maksud uncle adalah travel la tanpa berpandukan itinerary semata-mata. Ya, plan harus ada, tapi jangan ikut plan semata-mata. Kami tak banyak pun pergi tempat popular di Perth, kami banyak habiskan masa berjalan kaki, dalam train, dalam bus dan on the road.

Percayalah, ‘sesatkan diri’ di tempat orang adalah lebih best dari pergi tempat-tempat popular yang ramai orang pergi. Dengan sesat juga, macam-macam perkara baru kita boleh belajar 😀

 

Kalau ada rezeki lebih, suatu hari nanti uncle nak bawa Umi dan Abah uncle ke Perth. Pada yang nak bawa orang tua ke luar negara pun uncle sarankan bawa mereka ke Perth. Satu bandar yang tenang, jalan raya tak terlalu sibuk, mudah untuk ke tarikkan yang ada, dan tempat dia cantik cantik untuk bergambar bersama seisi keluarga.

5,080 total views, 5 views today

Share
Comments
  1. Ira
  2. Malaysia Sentral
  3. malaysia sentral
  4. matdin
  5. Aliza Sara
  6. Emily
  7. Yaya Natsumi
  8. Mie
  9. Zurainny Ismail
  10. Raihanah
  11. mrhanafi
  12. JobThru
  13. Khairul Zamri
  14. Muhammad Khairuddin Lim
  15. cumilebay
  16. Doa Qunut
  17. Noriza Rahman
  18. Jie Susanos
  19. titan
  20. Raihanah
  21. aswaleyla
  22. jari manis
  23. jari manis
  24. Afzalsukasuki
  25. Jueliza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge