11 Tempat Di Saigon Yang Boleh Singgah Dalam 1 Hari

Share

Ho Chi Minh City ataupun dikenali sebagai Saigon adalah bandar terbesar di Vietnam, bukan pusat pentadbiran kerana pusat pentadbiran terletak di utara Vietnam iaitu Hanoi. Ada banyak tarikkan di sini yang boleh di lawati oleh pelancong dari luar.

Baiklah, tiba masa untuk uncle kongsi bahagian pertama trip uncle ke Ho Chi Minh Vietnam.

Setibanya di Ho Chi Minh City pada pukul 8 pagi (waktu tempatan), uncle dan travel buddies uncle tak banyak membuang masa. Kami terus dapatkan perkhidmatan teksi syarikat Song Viet Corporation untuk ke Ho Chi Minh City Hall.

Yups, kami tak terus check-in hotel, sebaliknya kami terus memulakan lawatan bandar (city tour) kami.

Seperti yang anda sedia maklum, kami gunakan aplikasi Travel Guide Triposo sepanjang percutian kami di sana. Jadi sangat mudah nak navigate dari point A ke point B dengan menggunakan applikasi ini dengan hanya berjalan kaki.

Untuk entri kali ini, uncle nak kongsikan 11 tempat menari yang anda boleh singgah dalam masa satu hari.

*susunan ikut tempat mana yang uncle terjah dahulu, bukan mengikut ranking*

1. Ho Chi Minh City Hall

HCMC City Hall

Berdirinya kami di hadapan Ho Chi Minh City Hall. Bangunan ini tidak di buka untuk public. Jadi kami hanya bergambar di kawasan taman sahaja. Untuk pengetahuan, tugu yang berada di balakang kami itu adalah tugu Ho Chi Minh, individu yang bertanggungjawab membawa kemerdekaan kepada rakyat Vietnam.

HCMC City Hall Night Life Saigon

Jangan lupa datang semula ke kawasan ini pada sebelah malam. Anda akan dapat melihat pelbagai aktiviti riadah yang di lakukan oleh rakyat yang tinggal di HCMC pada sebelah malam.

2. Bitexco Financial Tower

HCMC Bitexco Financial Tower

Di belakang kami adalah Bitexco Financial Tower. Menara tertinggi di HCMC ini mempunyai 68 tingkat dengan ketinggian 262m. Bangunan ini reka bentuknya seperti Menara Telekom di Bangsar, tapi sebenarnya ia di inspirasi dari bunga Teratai (Lotus), bunga rasmi negara Vietnam.

3. Masjid Al-Rahim

Masjid Al-Rahim Saigon

Di belakang kami adalah Masjid Al-Rahim. Di bina pada tahun 1885. Kebanyakkan yang sembahyang di sini adalah umat Islam dari negara Malaysia dan Indonesia.

4. Ho Chi Minh City Museum of Fine Arts

HCMC Museum of Fine Arts

Kami di Ho Chi Minh City Museum of Fine Arts. Muzium ini adalah musium terbesar di HCMC dan ke dua terbesar di Vietnam selepas Vietnam National Museum Hanoi. Dalam muzium ini anda akan dapat lihat hasil seni seperti sculpture, silk painting dan lacquer painting.

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Fee untuk masuk: 10,000 dong.

Pada tengah hari, atas sebab lapar dan mengantuk akibat tak cukup tidur, pukul 12 tengah hari kami pun check-in Mifuki Inn Hotel.

Check-in hotel adalah masa untuk refreshing iaitu mandi dan makan. Ia bukan masa untuk menonton TV dan tidur sebab ia sangat membuat masa kepada kami.

Selepas selesai semua yang perlu di lakukan, kami pun mulakan city tour pusingan ke-2 di sebelah petang. Malang tak berbau, hujan pula.

Hujan tak mematahkan semangat untuk teruskan perjalanan menerokai bandar Saigon yang sangat sibuk ini.

Hujan tak mematahkan semangat untuk teruskan perjalanan menerokai bandar Saigon yang sangat sibuk ini.

Kami gedah je hujan tu. Alhamdulillah, tak lama kemudian, hujan pun berhenti. Ia memudahkan semula perjalanan kami ke destinasi seterusnya;




5. Reunification Palace / Independence Palace

Reunification Palace

Reunification Palace atau dikenali juga sebagai Independence Palace adalah mercu tanda Ho Chi Minh City. Ia dibina di atas tapak Norodom Palace. Bangunan ini adalah kediaman dan tempat pentadbiran Presiden Vietnam Selatan ketika perang Vietnam. Bangunan ini sangat besar, kalau nak pusing habis akan ambil masa 30-45 minit.

Dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi sehingga 11 pagi dan dibuka semula pada 1 petang sehingga 4 petang. Fee untuk masuk 30,000 dong.

6. War Remnants Museum

War Remnants Museum

War Remnants Museum atau Muzium Tinggalan Perang adalah tempat yang mesti kunjungi kalau anda ke HCMC. Di ini anda akan lihat pelbagai pameran yangberkaitan denga perang Vietnam yang juga dikenali sebagai perang Indochina pertama yang melibatkan kolonis Perancis.

Dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi sehingga 12 pagi, dan dibuka semula pada 1.30 petang sehingga 5 petang. Fee masuk adalah 15,000 dong.

7. Notre Dame Cathedral

Notre Dame Cathedral

Notre Dame Cathedral Terletak bersebelahan dengan HCMC Central Post Office. Bangunan ini di reka dan dibina antara tahun 1863 dan 1880 oleh kolonis Perancis.  Ia mempunyai dua menara loceng, dan berketinggian 58 meter.

8. Ho Chi Minh City Central Post Office

Ho Chi Minh City Central Post Office

Di belakang kami adalah Ho Chi Minh City Central Post Office. Terletak berhadapan Notre Dame Cathedral. Di bina antara tahun 1886 dan 1891. Pejabat pos ini masih beropeasi sehingga kini dan menjadi antara tumpuan utama pelancong.

9. Ben Thanh Market

Ben Thanh Market

Ben Thanh Market adalah tak asing pada para pelancong. Ini adalah tempat dimana para pelancong membeli kraftangan tempatan, tekstil, dan cenderamata.

10. Night Market

Night Market

Night Market terletak di luar bangunan Ben Thanh Market. Harga barangan yang di jual di Night Market lebih kurang dengan harga barangan di jual di dalam Ben Thanh market. Cuma kurang sesak dengan orang ramai kalau di banding dengan kesesakkan di dalam Ben Thanh Market.
Ia di buka pada pukul 7.30 malam sehingga 11 tengah malam.

11. Malaysian Street

Nguyen An Ninh Street

Jalan ni popular dengan nama Malaysian Street. Nama sebenar adalah Nguyen An Ninh Street. Ia digelar Malaysian Street, sebab ramai rakyat Malaysia yang datang akan menginap kat sini kerana banyak hotel, dan restoran makanan halal. Selain itu, ia hanya seberang jalan untuk ke Ben Thanh Market. Kalau korang singgah sini, kena cuba kopi Vietnam yang ada di jual pada harga RM3 untuk satu cawan. sangat berbaloi dan sangat sedap.

Ok, lengkaplah sehari uncle berjalan di Saigon. Memang memenatkan sepanjang berjalan meninjau tempat menarik di sana. Ya, uncle serius, uncle dan travel buddies uncle hanya berjalan dari point A ke point B.

Setakat ini untuk trip uncle ke Saigon, uncle dah cover entri apps, dan hotel. Di entri entri akan datang, insha Allah uncle akan kongsi pula kembara kami ke dua destinasi popular HCMC Saigon iaitu Mekong Delta dan Cu Chi Tunnel.




8,208 total views, 10 views today

Share
Comments
  1. khairil amra
  2. Qiya Saad
  3. MMD
  4. Raihanah Ahmad
  5. AlongMisuari
  6. encikarman.com
  7. nadia johari
  8. Anif Abdullah
  9. rujukan
  10. Yanty Lee
  11. Farra Arisha
  12. azimah mohd zainuddin
  13. JMR
    • Uncle Zuan
  14. Noriza Rahman
    • Uncle Zuan
  15. Debbie Elara
  16. zik
  17. nila anggraini
  18. seri nian
  19. Hasrul Hassan
  20. Hero Borneo
  21. hasrozi
  22. Arif Luqman
  23. titan
  24. sabree hussin
  25. Nurul
    • Uncle Zuan
  26. Bahrain
  27. Noriza Rahman
  28. zool
  29. Syazana Zainn
  30. Miera Nadhirah
  31. siti hazreen
    • Uncle Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge