11 Perkara Yang Perlu Titik Beratkan Sebelum Menyewa Apartment Pertama Anda

Share

Siapa ada pengalaman berpindah masuk ke dalam apartment untuk pertama kali? Means keluar dari rumah family dan mulakan hidup baru di belantara konkrit?

Yeah, uncle pernah sekali mengalami pengalaman berkenaan. Satu pengalaman yang mengujakan bila pertama kali pindah keluar dari rumah keluarga yang kita dah inap sejak kecil ke rumah apartment pertama kita. Dalam mengujakan, ia suatu yang cuak okay!

Lagipun, menyewa rumah apartment ni bukan benda kecik, ia benda besar yang banyak perkara perlu di titik beratkan. Dan yang baru pertama kali nak menyewa apartment tu mesti dah mula mencari apartment for rent in KL dekat laman web seperti PropertyGuru kan?

apartment-to-rent-in-kl

Baiklah, uncle tak la banyak sangat pengalaman bab ni, tapi uncle nak kongsikan 11 perkara yang anda perlu titik beratkan dalam poses mencari apartment yang sesuai di KL. Harap ia membantu sedikit sebanyak.

1. Kos Pendahuluan

Oh yeah. Kalau anda fresh graduate lagi. Pastikan ada wang saku yang mencukupi untuk kos pendahuluan dan kos sara hidup. Untuk yang pertama kali menyewa apartment perlu alert dan bersedia untuk bertangung jawab untuk sewa bulanan yang perlu dibayar dan jangan ambil mudah mengenai upfront costs of renting apartment yang bakal anda sewa nanti. Bajet betul-betul kewangan anda dan pastikan ada tabung kecemasan untuk itu.

Ia adalah normal yang mana semua syarikat yang memberi sewa apartment akan meminta anda untuk membayar wang jaminan (security deposit) sebelum anda pindah masuk. Ini adalah untuk melindungi tuan rumah daripada masaalah yang mungin terjadi pada masa hadapan apabila anda pindah keluar sebagai contoh anda tinggalkan rumah apartment anda dengan sampah sarap yang tidak dibersihkan, ataupun paling teruk anda larikan diri tanpa membayar sewa bulanan.

Macam mana pun, selagi anda tak buat hal, dan jadi penyewa yang baik, wang pendahuluan itu akan dikembalikan kepada anda apabila anda pindah keluar nanti. Selain daripada wang deposit, kadang ada juga bayaran seperti application fees yang perlu anda bayar sebelum pindah masuk.

2. Kos Jangka Masa Panjang

Bayaran sewa bulanan tu bukan sahaja bayaran yang anda perlu bayar setiap bulan! Anda perlu juga kira kos bayaran bill utiliti bulanan seperti bill api dan bill air. Lain apartment lain peraturan yang perlu anda patuhi. Ada yang bill utiliti tu dah termasuk dengan sewa bulanan, ada yang tak.

Ada yang tak tahu, ada juga sesetengah landlord akan meminta anda membayar renter’s insurance. Walaupun ada je tuan rumah yang tak memerlukannya, tapi anda perlu ambil juga insuran ni sebab ia akan melindungi anda dari kes kerosakan akibat kemalangan, kecurian, dan bencana. Biasanya tidak mahal pun kos bulanan, jadi pastikan insuran tu ada dalam bajet bulanan anda juga.

Dan jangan ikut emosi terlalu terjua sangat kalau jumpa apartment yang harganya berpatutan dan mungkin lebih murah dari harga standard market, sebab harga sewa mungkin tidak tetap. Tak dinafikan yang mungkin akan ada hidden costs of renting yang anda perlu tahu dan berhati-hati mengenainya.

3. Keperluan Rumah Yang Diperlukan

Pada kebanyakkan orang, furnishing a brand-new apartment ni suatu yang best dan mengujakan, dan sudah pasti anda akan ada berlambak-lambak idea mengenainya. TAPI, sebelum anda membawa tahap dekorasi anda mengatasi Deco Bersama Eric, pastikan anda ketahui peralatan dan keperluan yang wajib ada untuk keperluan rumah anda.

Pastikan anda dapatkan terlebih dahulu perabut asas iaitu katil, sofa, meja dan kerusi. Dapatkan juga towel, dan segala keperluan untuk bilik mandi. Dan untuk lebih jimat bulanan, dapatkan juga perkakas masak sebab lebih jimat kalau masak sendiri daripada hari-hari makan di luar. Tak pandai masak? Belajar kat YouTube.

4. Apa Yang Anda Tak Perlukan

Bila anda dah dapatkan keperluan rumah yang diperlukan, anda mungkin mula memikirkan untuk mengisi apartment dengan benda yang tak sepatutnya. Apa itu? Ia adalah barang dari rumah lama anda.

Koleksi dekorasi, barangan yang jarang atau yang tak pakai langsung, tinggal sahaja di rumah lama, tak perlu semua dibawa ke apartment baru anda dan semakkan apartment tersebut dengan barang-barangan dari rumah anda.

Anda akan rasakan ia satu beban kalau satu hari nanti nak berpindah ke apartment lain. Tinggalkan sentimental value tu dekat barangan di rumah anda sebab anda perlukan ruangan untuk kehidupan baru yang lebih baik.




5. Perjanjian Sewaan

Atau dalam bahasa inggeris dia lease or tenancy agreement. Ia adalah dokmen penting yang anda perlu faham sebelum menandatanganinya. Skill membaca dan memahami tenancy agreement ni sangat penting untuk elakkan diri anda dalam masaalah di masa akan datang.

Kalau ada yang tak faham mengenai agreement tersebut, tanya sahaja. Adalah terbaik anda faham kesemuanya. Sebaiknya juga, mintalah beberapa hari dari tuan rumah untuk meneliti dokument tersebut. Minta juga bantuan dari mereka yang anda percaya untuk meneliti dan memahami dokument perjanjian tersebut. Sebaiknya minta dari ahli keluarga atau dari mereka yang berpengalaman dalam menyewa apartment dan sudah biasa membaca tenancy agreement.

6. Kerisauan Mengenai Rakan Serumah

Pastikan anda masuk dengan rakan serumah yang anda boleh percayai. Dan pastikan juga anda semua ada buat perjanjian dokumen untuk pembayaran sewa bulanan dan caj yang lain sekali bersama-sama. Nampak macam leceh kan? Tapi kena buat sebab takut nanti ada roomate buat hal dan tak bayar sewa. Kan dah naya?

7. Haiwan Peliharaan

Ada haiwan peliharaan yang anda sayang sangat nak tinggalkan di rumah dan nak bawa tinggal sekali ke aparment baru? Pastikan anda bercakap dahulu dengan tuan rumah anda mengenainya sebelum anda sign agreement dan membawa masuk haiwan peliharaan anda. Walaupun apartment tersebut mungkin membenarkan anda untuk membawa haiwan peliharaan, tapi mungkin ada beberapa peratutan yang perlu anda ambil tahu juga kan.

Dan mungkin juga akan ada fee tambahan atau deposit tambahan untuk membawa masuk haiwan peliharaan anda.

Pastikan rumah anda tu cukup ruang untuk haiwan peliharaan anda. Kalau terlalu kecik dan tadia ruang, tak ada guna membawanya sebab ia mugkin akan membawa bukan sahaja masalaah kepada anda, tetapi mungkin kepada haiwan peliharaan anda juga.

8. Lokasi

Sebelum membuat keputusan untuk memilih apartment yang bakal anda sewa, dapatkan real thought to where it’s located. Asas utama yang anda perlu pegang mengani lokasi ni adalah apartment tersebut mestilah dekat dengan kedai serbaguna yang diperlukan dan dekat dengan tempat makan.

Berapa dekat?

Bergantung pada gaya hidup anda yang anda selesa. Kalau anda suka drive, pastikan dalam radius 3 km, dan kalau anda suka berjalan macam uncle, pastikan jarak kedai dan tempat makan tak lebih dari 1km.

9. Pindah Masuk

Nak masuk rumah apartment ni bukan sesenang ABC. Ia perlukan kerja keras yang mana anda tak boleh buat sorang. Dapatkan lah bantuan keluarga terdekat atau kawan-kawan untuk bantu anda move-in apartment anda. Set la satu tarikh yang semua free untuk bantu anda pindah masuk ke apartment baru anda. Dah satel semua, pastikan belanja la mereka yang tolong anda tu makan sebagai tanda terima kasih.

Dan kalau susah nak dapatkan bantuan untuk pindah masuk, dapatkan perkhidmatan syarikat yang menawarkan perkhidmatan pindah masuk. Mereka ni professional, jadi mereka tahu la macam mana nak susun kotak semua ke dalam lori, dan dalam masa yang singkat sahaja, barangan anda yang perlu dibawa masuk ke apartment baru tu mereka dah bawa masuk untuk anda tanpa perlu anda berpeluh pun.

10. Penyusunan Storan

Melainkan anda pindah masuk dengan berlambak-lambak almari mungkin leh abaikan la bab nak organise storan anda ni. Penting bab penyusunan barangan ni, sebab kalau anda tak plan, akan jadi berserabut bilik dan rumah nanti.

Jadi gunakan segala ruangan yang ada sebaiknya. Uncle suka refer bab penyusunan storan ni dengan gaya hidup orang Jepun di apartment mereka. Apartment mereka kecil je, dan mereka sangat bijak mengenai penyusunan barangna mereka. Bawah katil pun mereka gunakan untuk menyimpan barangan. Google la mengenai info tu. Pasi bagi banyak idea kepada anda.

11. Penyusunan Dekorasi

Ok, bila semua barang dah tersedia. Tiba masa untuk susun dekorasi anda. Ambil la masa sebaik mungkin untuk dekorasi, dan rujuk la sebanyak mana laman web yang boleh untuk menjadikan gaya hidup anda di dalam apartment baru anda lebih praktikal.

Dah lama rasanya uncle tak tulis article panjang-panjang macam ni. Harap ia membantu anda yang sedang mencari apartment pertama anda.




4,854 total views, 4 views today

Share
Comments
  1. siti hazreen
  2. lokmanamirul
  3. Seorang Syed
  4. Jari Manis
  5. mrhanafi
  6. Noriza Abdul Rahman
  7. blair villanueva
  8. Sandy N Vyjay
  9. Tamanna
  10. Wan Syahida
  11. Rawlins GLAM
  12. Claudine
  13. RAIHANAH AHMAD
  14. Mazni Azmi
    • Uncle Zuan
  15. miera nadhirah
  16. Rika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge