11 Barang Perlu Bawa Ketika Bercuti Di Musim Sejuk

Share

Pengalaman bercuti pada musim sejuk adalah pengalaman yang best!

Sebab apa? Sebab kat Malaysia tak ada musim sejuk. Jadi best la kan sebab dapat merasanya di negara lain.

Jadi pada yang masih belum berpeluang untuk merasa percutian pada musim sejuk, cuba la dapatkan peluang tersebut, pasti ia jadi satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Uncle baru 2 kali merasa bercuti pada musim sejuk. Pertama waktu uncle ke Perth pada September lepas, dan yang paling terbaru ke Tokyo.

Tapi nak bercuti pada musim sejuk ni bukan boleh main gedah je. Kena ada persediaan supaya percutian tu berjalan dengan lancar tanpa masaalah.

Untuk artikel ini, uncle nak kongsikan tips bercuti pada musim sejuk. Tips ini hasil dari pengalaman uncle sendiri, jadi inshaAllah boleh diguna pakai untuk semua.

11 Barang Perlu Bawa Ketika Bercuti Di Musim Sejuk

1. HeatTech

Heat Tech ni sangat membantu. Ia adalah produk dari Uniqlo yang sangat nipis dan ringan, tapi membantu memanaskan badan yang sangat sesuai untuk musim sejuk. Jadi kalau letak dalam beg tu, tak makan space pun sangat. Tak silap uncle, HeatTech ni juga didatangkan satu pasang iaitu baju dan seluar. Jadi beli la 2 pasang.

Selain dari HeatTech, anda boleh juga dapatkan Long John ataupun Thermal wear. Lebih kurang je dengan HeatTech.

2. Stokin Wool

Stokin adalah sangat penting. Adalah terbaik untuk pakai stokin jenis wool yang tebal. Tak perlu la pakai jenis stokin low cut sebab ia tak membatu pun anda, silap-silap makin sejuk ada la.

3. Sarung Tangan

Ini sangat penting lagi-lagi kalau pergi ke tempat yang berangin, dan suhu dia bawah dari 5°C. Ada 2 jenis sarung tangan yang biasanya ada dijual di pasaran, satu adalah jenis kain dan satu lagi jenis kulit. Kalau nak main ais dan sebagainya adalah lebih baik kulit la, sebab ia tak basah kalau pegang ais, dan sudah semestinya lebih selesa dan panas memakainya.

Salah satu masaalah kalau pakai glove ni adalah susah nak touch screen, jadi adalah terbaik invest duit lebih sikit untuk dapatkan glove yang ada fungsi boleh touch screen. Memang berbaloi.

4. Muffler / Scarf

Muffler atau scarf ni bukan sahaja salah satu aksesori fashion hari ini, ia juga berfungsi untuk memanaskan leher dan dada anda. Lagi tebal muffler atau scarf tu lagi baik. Cuba dapatkan muffler yang diperbuat daripada benang kait. Sangat selesa walaupun tebal.

pakaian-musim-sejuk

HeatTech, Muffler, Stokin, Gloves antara aksesori penting untuk travel pada musim sejuk.

5. Leg Warmer

Selain dari pakai stokin, adalah disarankan juga untuk pakai leg warmer. Ini adalah khusus kepada mereka yang pakai seluar yang nipis. Kalau pakai jeans jenis tebal tu, tak ada masaalah.

6.Sweater

Nak lebih panas dan selesa, pakai sekali sweater. Walaupun anda dah pakai HeatTech, harus ingat yang HeatTech tu nipis, jadi kalau kena angin, konfirm mengigil punya, jadi pakai la sweater sekali. Maknanya layer pertama HeatTech dan layer kedua adalah sweater.

7. Jacket atau Winter Coat

Ada banyak jenis Jacket atau Winter Coat yang anda boleh dapati di pasaran pada hari ini. Haritu uncle beli jacket uncle dekat Kok Kong Winter Wear Kuala Lumpur, banyak jenis pakaian musim sejuk yang ada dijual disana. Uncle beli siap dapat diskaun RM50 dan free scarf lagi hehe.



8. Topi atau Snow cap

Uncle tak pakai pun snow cap, sebab salji tak turun sepanjang trip uncle. Tapi uncle selitkan juga untuk senarai pakaian untuk bercuti pada musim sejuk ini. Ia akan sangat berfungsi kalau anda punya jacket tak ada hood, dan kalau tiba-tiba hujan atau snow.

9. Thermal Earmuff

Salah satu aksesori penting untuk musim sejuk sebab telinga ni salah satu anggota badan yang sangat terdedah dengan kesejukkan. Jadi kalau anda berada di tempat dimana suhunya sangat la sejuk, selalu salji, amat penting untuk pakai earmuff ni sebab ia akan membantu memanaskan telinga anda.

10. Winter Boots

Sesuatu yang anda akan sangat sayangi lebih lebih lagi apabila ke kawasan yang bersalji. Salji kan licin, jadi dengan memakai winter boots yang anti-slip, anda akan rasa selesa berjalan di atas salji. Selain itu, boots juga membantu memanaskan kaki.

11. Krim / Lotion / Lip Balm

Cuaca sejuk akan membuatkan kulit anda kering, dan bibir anda pecah-pecah dan kekeringan. Jadi perlu bawa krim atau lotion kulit dan lip balm. Dan jangan lupa, banyakkan minum air panas atau air suam. Kurangkan minum kopi di musim sejuk, sebab kopi akan banyakkan anda ke tandas.

Guess where I’m going? #AmnaHome #BeyondHomestay #ProjekTravel

A post shared by Muhammad Syazwan Norhalik (@unclezuan11) on

Baik, itu adalah 11 barang yang perlu anda bawa ketika bercuti di musim sejuk. Tak semestinya travel di musim sejuk anda kena bawa banyak barang.

Kalau rasa pening kepala sebanyak macam banyak je barang nak kena bawak ketika bercuti pada musim sejuk, anda hanya perlu fikirkan mana yang penting dan mana yang tak penting. Senaraikan, dan kemudian asingkan mana yang tak penting, dan yang penting tu semua masukkan terus dalam beg.

Oh ya, perfume tak perlu la bawa pada musim sejuk, tak penting pun.

Harap perkongsian ini bermanfaat kepada anda terutama sekali pada yang pertama kali nak travel pada musim sejuk.

Nasihat uncle, travel je, tak perlu risau sejuk pun, yang penting kita enjoy dan ada detik-detik manis ketika travel tu.




4,082 total views, 26 views today

Share
Comments
  1. zik
  2. lokmanamirul
  3. Emily
  4. Farena FC
  5. Rane Chin
  6. ruggedmom
  7. Anis
  8. RAIHANAH AHMAD
  9. Mohd Aswad
  10. Bro Framestone
    • Uncle Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge